28 October 2012

SAYA TAHU SAYA TIDAK CANTIK

Saya tahu saya tidak cantik..
Tapi, walaupun saya tidak cafntik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik,

Saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik,

Saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik,
Saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik,

Saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik,

Saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik,

Akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu..

Saya tidak cantik pada pandangan manusia..

Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar...

Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..

p/s : UNTUNG sungguh aku .. alhamdulillah .. hehe ..

SUMBER : FASBOOK

13 comments:

nursuriani said...

betul tuh setuju. payah gak jadi orang cntek kan? tapi cantek tu sbjektif, pada kita tak cantik pada orng lain mungkin cntek! u pun cantek dear! :)

Nina said...

I Like This!

Encik H said...

teringat kata ustaz azhar idrus..tak cantik takpe, boleh tutup lampu..kehkehkeh

ainil fazieda said...

wow ! puitis sgguh ayt2 kamu yea . suka :) done follow

Jna marcello said...

deq xbaik merendah diri mcm tu..
na tgk deq cantik je lagi2 bertudung..manis sgt :D Allah jd kn SEMUA umatnya cantik deq..

✿INA AINAA✿ said...

betul tu sis... biarlah tak cantik, asal kan kita ni jenis yg reti bersyukur.. ni harapkan cantik, tapi tak reti nk bersyukur, tak ada gunanya.. nice entry

eita said...

betol tu..
kadang tu bila comel cepat sangat bertukar jadi riak..tambah plok kalau ada yg bersiul...

cci said...

setuju... ini kerana cci x cantik.. ^_^

OKje said...

Agreed dgn Sue cantik ni subjektik.... Allah itu menciptakan hambanya dengan penuh keindahan dan keadilan... ...walau secantik mana pun manusia itu ia tetap ada kekurangan jadi sentiasalah bersyukur.... dan yg penting bagi OKje, kita tetap cantik di mata suami.... he...he...

Cikgu Ma said...

btol..btol....

saya pun x cantik...

Mrs Velentine said...

setuju..akak x cantik manis je..wakaka...boleh pulak kan..

Razf said...

saya pon untung..alhamdulillah :)

Shida Radzuan said...

<--- tak cantik jugak ^_^