13 October 2012

MEMBERI ITU SAHAM KE SYURGA

Apabila timbul keinginan untuk memberi menjadikan seorang itu lebih kuat berusaha untuk mencari rezeki .. 

Kejayaan dalam hidup ini tidak mampu dan tidak boleh diraih seorang diri .. orang paling berjaya didunia ini ialah mereka yang membawa orang lain untuk berkongsi kejayaan bersamanya ..

Ramai diantara kita hanya memikirkan untuk memuaskan diri sendiri .. padahal tindakan itu tidak bertepatan dengan ajaran Islam .. maka , mula tingkatkan usaha kita menjadi golongan pemberi yang mampu menggembirakan hati orang lain ..

Keluarkan diri dari menjadi golongan "penadah" atau hanya menerima pemberian orang .. hakikatnya .. sifat memberi dan menerima itu bukan saja diukur dari sudut harta benda semata-mata tetapi termasuk juga ilmu , iman dan takwa ..

Sifat pemurah memberikan ketenangan kepada diri selain turut disayangi orang lain .. kita perlu sentiasa ingat .. apa yang kita miliki terdapat hak orang lain yang wajib ditunaikan ..

Ramai menganggap kejayaan yang dinikmati membuatkan mereka lebih berbahagia .. namun kehidupan yang bahagia sebenarnya bertitik tolak dengan apa yang sedang dan akan terus kita berikan ..

Sifat memberi tidak akan mengurangkan sedikit pun .. Saidina Ali berkata : "Rezeki kamu adalah apa yang kamu gunakan dan apa yang kamu belanjakan ke jalan ALLAH ..

Abu Hurairah melaporkan , Nabi Muhammad s.a.w menerangkan .. " Setiap awal pagi , dua malaikat turun ke bumi .. malaikat pertama berdoa " YA ALLAH , gantilah harta yang sudah dibelanjakan oleh orang ini ."
malaikat kedua berdoa " YA ALLAH , hancurkan harta orang yang kedekut ini ." (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Pemberian kita itu pastinya akan menjadi "saham" besar buat kita di akhirat kelak .. apabila timbul keinginan untuk memberi .. menjadikan seorang itu lebih kuat berusaha untuk mencari rezeki ..

"wang ringgit , kemewahan , kesihatan , pangkat , keuntungan perniagaan , kecantikan , anak , kecerdikan dan kemahiran , kekuatan adalah rezeki daripada ALLAH s.w.t .. 

 sumber dari pakcik dan makcik google

p/s : aku ingin mencintaimu dengan sederhana .. erk ? haha .. takde kena mengena dengan ayat kat atas tu ..

* tangan memberi lebih baik daripada tangan yang menerima ..

7 comments:

~AmyLiana86~ said...

betul3..saham sampai ke matikan

lg satu tangan yg memberi lg baik dr tangan yg menerima.. =)

cci said...

setuju.. meh sini bg cci duit ehehe.. :P

◕ Kawaii D Y S H A ◕ said...

sgat senang nak cari pahala tp lg senang dapt dosa

nik ros said...

btol.sedekah ni bagus. blh tolong kita kat sana nanti.yg penting kita ikhlas

hainom OKje said...

Tangan yg di atas tu kan lebih baik dpd tangan yg di bawah!...

Anonymous said...

I just added your web page to my bookmarks. I enjoy reading your posts. Thank you!

shidaR said...

betul tu dear..yg mmberi lagi baik dr mnerima..tp yg mnerima ssh plak nk tolak kalo dah beri kan hehee :P