4 October 2020

FOOT THERAPY MASK (Ninety88)

ANDA MENGALAMI MASALAH BERIKUT ?

* Kaki berbau ?
* Tumit kaki merekah & pecah ?
* Kulit kaki berkerak & berkaki ?
* Kulit kaki keras dan kasar ?
* Kulit kaki kering dan kusam ?
* Kulit kaki gelap dan sunburn ?
* Atau mengalami lain-lain masalah kulit kaki ? FOOT THERAPY Mask NINETY88 boleh membantu!


KELEBIHAN PRODUK
~ Stoking terapi kaki terbaik dan wangi 
~ Jimat masa dan wang
~ Ringan , mudah disimpan dan senang digunakan
~ Berasaskan bahan semulajadi serta bebas bahan terlarang
~ Hasil terbukti berkesan hanya dengan sekali penggunaan
~ Kesan pantas seawal 3hari
~ 99% testimoni penggunaan positif dan berpuas hati
~ Dihasilkan oleh kilang bertaraf GMP, mendapat kelulusan KKM dan juga persijilan SIRIM

CARA PAKAI FOOTMASK
1. Rendam kaki dalam air suam selama 5-10 minit untuk kesan yang lebih baik
2. Jika taknak rendam, pastikan basuh kaki dahulu sebelum memakai FOOTMASK
3. Buka bungkusan dan gunting FOOTMASK pada 2 bahagian (kiri dan kanan)
4. Ketatkan FOOTMASK menggunakan pelekat yang disediakan
5. Sarung FOOTMASK dan biarkan selama 45-60 minit sahaja. Kemudian buka dan bilas
6. Sila buang FOOTMASK yang telah dipakai. Jangan simpan atau ulang pakai yang sama
7. Pakai 7 hari sekali sahaja

RM22.90 je 1pasang 
Harga xtermasuk pos tau

BERMINAT ? 
Boleh roger dedeq

28 September 2020

APA ITU COVID 19 ?

COVID 19 atau CORONAVIRUS (cov) adalah nama virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-Cov dan SARS-Cov

Tanda-tanda orang terkena jangkitan COVID 19

* Demam
* Sakit badan
* Pening kepala
* Batuk
* Sukar bernafas

Pencegahan untuk elakkan COVID 19

* Cuci tangan dengan air dan sabun
* Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk
* Masak daging dan telur dengan sempurna
* Elak bersentuh dengan individu yang mempunyai gejala



24 September 2020

Nak Bercuti,Pusing Selangor Dulu

PROGRAM JELAJAH PESONA SELANGOR 2020 Edisi "Nak Bercuti,Pusing Selangor Dulu"


Alhamdulillah berkesempatan untuk menghadirkan diri dalam Perasmian program jelajah promosi Pelancongan Negeri Selangor Bukti Tourism Selangor Komited dalam memperkasa Sektor Pelancongan Domestik Pasca Pandemik Covid-19 .. 


Program semalam turut menglibatkan 9 operator produk pelancongan Negeri Selangor seperti Sunway Lagoon,Sunway Resort Hotel&Spa,Farm in the City,Chocolate Museum,Gm Klang,Sky Mirror Tour&Travel,Persatuan Homestay Selangor,Selangor Fruit Valley dan Jumpstreet Asia.


Teruja giler dapat join .. sebab selama ni dengar je selangor .. terus terpikir pusat shopping mall dan rumah mak angkat je .. hahaha .. Lepas ni .. dah boleh masukkan dalam list la untuk pergi jelajah selangor pulak .. 


Program Jelajah Pesona Selangor ini akan melabuhkan tirai untuk tahun 2020 di 
Pulau Pinang pada 7- 9 Oktober 2020. Program Jelajah yang sarat dengan initipati 
pelancongan ini dilihat mampu memberi manfaat dua hala kepada Kerajaan Negeri 
Selangor dan Kerajaan Negeri tuan rumah bagi memacu industri pelancongan Negeri 
dan meningkatkan bilangan pelancong domestik, khususnya pasca pandemik 
Covid-19.


Tuan Azrul Shah bin Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam 
sebuah kenyataan berkata, 

“Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini merupakan sebuah landasan terbaik bagi memperkenalkan Negeri Selangor sebagai destinasi percutian unggul yang sarat dengan produk pelancongan menarik sama ada yang baharu mahupun sedia ada”.

“Diharap kerjasama pintar ini dapat memberi manfaat bersama yang akan memakmurkan lagi industri pelancongan ke tahap terulung. Hal ini secara tidak langsung akan membuka peluang yang lebih luas dalam usaha mempergiat Pelan Promosi Pelancongan bagi menggalakkan lebih ramai kemasukan pelancong domestik, khususnya ke Negeri Selangor Darul Ehsan”, tambah Tuan Azrul Shah.

Seiring dengan Kempen Pusing Selangor Dulu yang giat dipromosi di laman media 
sosial rasmi Tourism Selangor seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan 
Linked
 
Program Jelajah PesonaS 2020 merupakan sebuah penambahan 
yang signifikan kepada Pelan Promosi Pelancongan Tourism Selangor kerana 
potensi besar yang dimilikinya dalam memperkenalkan Negeri Selangor sebagai 
sebuah destinasi pelancongan pilihan di Malaysia.

Apa yang lebih menarik, penglibatan operator produk pelancongan Negeri Selangor dalam Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini membolehkan sesi promosi dan pengenalan produk dilakukan secara terus kepada penggiat industri pelancongan. 

Hasil perkongsian dijangka dapat disampaikan kepada golongan sasar yang terdiri dari pelancong tempatan yang bermastautin luar dari Negeri Selangor - penyumbang kepada peningkatan ekonomi Negeri menerusi dapatan industri pelancongan.

Untuk informasi lanjut tentang inisiatif Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dan juga produk pelancongan terbaharu dan sedia-ada di Negeri Selangor, 

Layari  Laman web: www.selangor.travel
                 Facebook: TourismSelangor
                 Instagram: discoverselangor

2 March 2020

EKSPLORASI 3HARI 2MALAM BERSAMA PIHAK UMT DAN MEDIA DI TASIK KENYIR

PENGALAMAN 3 HARI 2 MALAM BERSAMA TEAM UMT . MEDIA DAN BLOGGER DI TASIK KENYIR


Alhamdulillah .. syukur diberi peluang untuk mengikuti eksplorasi ni .. first time tido atas house bot .. first time jugak pergi kenyir untuk belayar macam naik kapal star crush 😅 . Seronok





Hari pertama kami ke Pulau aman herba ..
Pulau herba merupakan salah satu pulau yang terdapat di tasik kenyir. Pulau herba mempunyai kira2 26 ribu pokok herba. Di sana kami juga boleh mencuba minum air herba dan melihat sendiri herba direneh dengan dapur kayu.







Lepas tu terus ke Kelebu ..
House bot pusat penyelidikan UMT turut dibawa untuk kami melihat dan merasa sendiri pengalaman pelajar2 yang buat penyelidikan dengan lebih dekat. Usaha berterusan martabatkan Kenyir sebagai  GeoPark.

Oh ya ..

Tahukah anda bahawa UMT adalah hanya satu-satunya universiti di Malaysia yang menawarkan program dalam bidang Sains Marin dan bidang Maritim. Kemudahan yang disediakan juga adalah bertaraf antarabangsa. Menarik lagi ia mempunyai 4 pusat penyelidikan alam semulajadi di pulau, tasik dan pesisir pantai Terengganu serta pusat simulator navigasi kapal yang pertama di Pantai Timur.



Kelebu juga salah satu port memancing dan house bot yang kami naiki berhenti kat sana untuk bermalam .. kaki2 pancing tak lepaskan peluang . Turut masuk pertandingan memancing . Ada yang dapat ikan kecil,ada yang dapat ikan besar .. hehe .. atas nasib .. dan ada jugak yang tak dapat langsung .. tapi untuk yang bukan kaki pancing .. mereka ambil peluang untuk berborak kenal2 .. berkaroke .. dan masing2 ada aktiviti yang nak dilakukan ..






Hari kedua kami bergerak ke Gua bewah dan air terjun Lasir ..
Gua bewah adalah ketinggian 578 meter dari aras laut adalah sebuah bukit batu kapur yang terletak dikawasan Taman Negara di Tasik Kenyir. Perkataan bewah dikatakan merujuk kepada aktiviti penduduknya pada zaman dahulu yang suka melakukan kenduri kendara.

Dalam Gua bewah juga terdapat kehidupan lain seperti .. kelawar .. ketam dan lipas2 ..


Air terjun Lasir menjadi sebutan ramai dek kehebatan air terjunnya yang tinggi kira2 500 kaki dan membentuk kolam di setiap tingkatnya. Manakala bagi penggemar fotografi,air terjun lasir merupakan tempat yang menjanjikan pelbagai landskap serta flora dan fauna yang indah untuk dirakam . Air terjun yang terdapat di sekitar tasik kenyir ini juga merupakan tarikan utama perlancongan.



Hari ketiga pula kami ke air terjun Sauk .

Jika air terjun lasir mempunyai tingkat 7 aras untuk mandi manda .. saok ni hanya mempunyai 1 sahaja .. keistimewaan setiap tempat air terjun ni adalah keadaan air terjun tu sendiri.



Sayangg sungguh trip kali ni tak boleh nak lasak .. 2 hari sebelum pergi .. ASMA menyerang .. tak dapat jugak nak mandi manda lama2 sebab risau sejuk2 boleh sebabkan asma balik .. hehe ..

Terima kasih tak terhingga pada pihak UMT sebab sudi menjemput untuk menyertai eksplorasi ni .. semoga ukhuwah yang terjalin ni berpanjangan ..

UMT di media sosial
Facebook: @OfficialUMT
Instagram: @OfficialUMT
YouTube: OfficialUMT
Twitter: @UMT_Official

22 January 2020

OYO | AJ SUITE HOTEL

Assalamualaikum ..

Done check in hotel free oyo 😂😂 .. best oi .. katil besar gedabak .. yela .. dapat suite family kan . Haha .. anak-anak puas tukar2 katil . Kejap lompat2 .. hepi weh .. tilam dia kat umah tak lembut camni .. hahaha .. mama pun bagi tido atas tilam je kan 🤣🤣🤣 .. 




Bilik mandi pun luas weh . Haha . Anak2 mandi berejam .. air panas kan .. tu dah duk mintak .. suruh mama belikan macam yang kat hotel ni . Hahaha ..


Haa lagi satu .. Parking senang tau .. kalau takde kat depan .. kat belakang hotel ada di sediakan parking tau .. kawasan rumah2 orang .. 

Kalau tak free pun memang akan datang lagi kot nanti . Hehe .. 

Bagi 5bintang .. 

Cuma tv je la .. selalu je no signal .. tapi tak kisah pun . Sebab memang kalau dah layan hp memang tak layan mane tv .. 

Hehe . Ok dah . Ni je review kali ni .. next ketemu lagi .. daaa
 

17 January 2020

HOTEL FREE

HOTEL OYO FREE WEH🤭🤭

Sape nak tido hotel free .. haha .. jom la apply .. tak tahu nak apply ?

Boleh register kat link ni eh . .
https://share.oyorooms.com/NAJIVLOM6N or use code: NAJIVLOM6N

Pastu lepas register .. korang pilih la tarikh .. nak berapa bilik .. berapa orang .. dan jenis bilik untuk korang nak .. masa nak booking tu .. korang edit kod baucer letak yang ni IGRM100A2CQAABKHA ..

Deq mengada .. alang2 selasa nanti nak gi COD PIZZA LIZZA .. deq check in selasa .. senang kan .. check in .. g COD .. settle cod .. rehat kat hotel .. malam boleh bawak anak2 jalan2 pulok .. walaupun umah mertua area terengganu jugak .. saje nak gunakan peluang HOTEL FREE ni . Hahaha

Pape tak paham boleh roger deq je .. www.wasap.my/60199474903








13 January 2020

SEMAKAN WANG YANG TAK DITUNTUT

ADA LAGI KE YANG TAK TAHU ❓

Dah boleh check online untuk Wang Tak Dituntut (WTD)
Daftar sekejap je lepas tu tengok kalau2 ada duit yang tak dituntut..
 Sehari terhad kepada 2 carian sahaja. Boleh check untuk sapa-sapa pun, asalkan ada no IC dia..
🗒Kemaskini 2020 : Cara Semak Online Wang Anda yang Tidak Dituntut (WTD)
.
1. Sila ke link https://egumis.anm.gov.my/
2. Terdapat pautan disediakan
3. Klik “pendaftaran”
4. Isi butiran peribadi
5. Dah sattle pegi ke bahagian semakan
6. Isi nombor kad pengenalan
7. Keluar jumlah duit yang ada dalam akaun bank atas penama seperti dalam gambar bawah ini..

PENTING** Bagi pengguna eGumis yang masih belum menerima katalaluan (password) semasa pendaftaran dilakukan, mohon kerjasama tuan/puan membuat pendaftaran semula di Portal eGumis.. SHARING IS CARING


*DONE CHECK .. ALHAMDULILLAH .. ADE REZEKI 🥰🥰🥰🥰

7 January 2020

IPAD UNTUK BLOG

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah dapat Peluang beli IPAD untuk berblogging .. yang penting murah dan dapat bayar ansur2 .. hehehe ..

Semoga lepas ni makin rajin buat ENTRY.. 



3 January 2020

KELENDAR DAN VIDEO AKTIVITI MENARIK DI TERENGGANU 2020

Assalamualaikum ..

Ada perancangan nak datang terengganu tapi tak tahu aktiviti menarik yang ada diterengganu ? Haa . Moh ler intai kelendar sepanjang tahun 2020 ni .. 

Pelbagai aktiviti menarik yang ada di terengganu ..

Terdapat 26 acara utama yang akan bakal berlangsung pada tahun 2020

1. Gathering of Young “Pendikir”

2. TSG Shimand Fellowship Ride

3. Terengganu Bike Week

4. “Candat Sotong” Carnival

5. Terengganu International Paragliding Tournament

6. Berang Rivers Kayak & Fishing Expedition

7. Drawbridge “Kolek” Festival

8. Madinah Ramadhan

9. Beautiful Terengganu “Pelita Raya” Competition

10. Turtle Conservation & Preservation Campaign

11. Setiu Wetlands Festival

12. Terengganu International CFA Cat Show

13. Kenyir Festival

14. Terengganu International Islamic Tourism Conference & EXPO

15. Terengganu Open Gamelan Music Competition

16. Terengganu Peranakan Festival

17. Sound & Taste of Terengganu

18. Terengganu Beach Carnival

19. Sultan Mahmud Bridge International Run

20. Terengganu Tenggiri Challenge

21. Terengganu Mosque Carnival

22. Sultan Mizan Cup

23. Perhentian Island Challenge

24. Kemaman International Motorcross Challenge

25. Terengganu MonsoonChallenge

26. ASEAN Monsoon Casting Tournament

Dah tahu kan ? Apa lagi ..   jangan lepaskan peluang turut serta dalam acara menarik di negeri Terengganu taw .. 


Video pun ada .. lagi jelas nampak gambaran tau .. nanti jangan termimpi2 taw .. set kan waktu cuti anda untuk datang ke terengganu nanti .. jangan LUPA tau ..


#BeautifulTerengganuMalaysia
#TerengganuKuComey
#VisitMalaysia2020
#TerengganuMajuBerkatSejahtera