9 November 2013

BERITA | Kapak Akhiri Nyawa

Assalamualaikum ..

Astagfirullah Halazim .. Nyawa kita sekarang ni makin murah kan ? 

Penampang: Mayat sepasang suami isteri yang dipercayai dibunuh dengan kejam menggunakan kapak ditemui berlumuran darah dalam bilik tidur di kilang memproses makanan laut di Pusat Perindustrian Oriental, HSK Jalan Bundusan di sini, semalam.
Mayat Chen Ching Woei, 41, ditemui di atas katil dengan kesan luka di kepala manakala isterinya, Chang Ling Ping, 44, ditemui dengan kesan luka di tengkuk dan mulut di atas lantai.
Mayat pasangan berasal dari Kuching, Sarawak itu ditemui oleh penyelia kilang berkenaan yang mahu dikenali sebagai Chang, 37, kira-kira jam 7.30 pagi.

Kedua-dua mangsa dipercayai mati akibat dipukul menggunakan objek keras dan polis turut menemui satu kapak kecil di dalam tong cat di lokasi kejadian.
Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital bagi bedah siasat. Gambar kecil, Chen (kiri), Chang (kanan).

Kapak itu disyaki senjata digunakan untuk membunuh mangsa namun tiada kehilangan harta benda dikesan, selain tiada juga kesan pecah masuk pada mana-mana bahagian pintu bangunan kilang berkenaan.

3 comments:

Unknown said...

ke mana perginya nilai kemanusiaan..?

Unknown said...

menggerunkan la kan dedeq
hope pesalah tu dpt ditangkap n dikenakan hukuman paling berat

Sue Bee said...

suka hati dia je nak tetak orang..harap dapat ditangkap org yg bunuh pasangan malang ini