22 November 2013

EKZOS MELETUP

Kuala Lumpur: Tindakan seorang ‘mekanik amatur’ menyiram ekzos motosikal dibaikinya dengan petrol mengundang padah apabila ekzos itu meletup, menyebabkan muka, telinga dan tangannya melecur.
Kejadian berlaku di rumah mangsa, Fathul Mizan Albar di Kampung Pandan, di sini, ketika remaja berusia 17 tahun itu membaiki motosikal Yamaha 125Z milik abangnya, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Fathul berkata, sebelum kejadian abangnya meminta dia membaiki ekzos motosikal yang dikhuatiri tersumbat.

“Saya tanggalkan ekzos itu dari motosikal dan memeriksanya. Yakin ekzos itu tersumbat, saya menyiram dengan petrol dan membakarnya seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini sebelum memadamnya kembali.
Foto
FATHUL menerima rawatan di HKL, semalam.

“Namun, beberapa minit kemudian ekzos itu tiba-tiba meletup,” katanya ketika ditemui wartawan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.

6 comments:

ma ❥ said...

ish takut dengar.....

Mimi Azirah said...

sermnye akak dngar

Hanih Borhan said...

Tudia... Bahaya ni... Sy kadang2 pun kalau rosak, mmg nak try fix sendiri dulu, tp still kena jaga2 lah kan...

Farah Waheda Wahid said...

semoga beliau cepat sembuh, hurmm, kenalah berhati2 dalam kes kes mengendali pembaikan enjin, jentera dan kenderaan...

husna zahidi said...

cari penyakit lah budak nih..

moga cepat sembuh..

nik ros said...

seram kot bila baca. bahaya btol la