19 November 2013

JPJ Segera Haram Kereta 12 Tahun Ke Atas di Jalan Raya. Alasan? Demi Melindungi Anda Semua!

Kereta 12 Tahun JPJ
Kewangan rakyat Malaysia akan menjadi semakin lemah selepas ini. Digasak untuk terus berhutang-hutang bagi memenuhi keperluan hidup di Malaysia.
Bagi menggalakkan rakyat Malaysia membeli dan menggunapakai kereta baru untuk menjadi rakyat Malaysia seperti negara maju Singapore, kereta 12 tahun ke atas di jalan raya akan diharamkan tidak lama sahaja lagi. Butirannya? 

JPJ Haram Kereta 12 Tahun Ke Atas Di Jalan Raya?

jpj kereta 12 tahunSIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat. Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.
“Jabatan Pengangkutan Jalan sedang melaksanakannya di seluruh negara. Melalui penyediaan profil ini, kami akan dapat mengenal pasti dan bertindak terhadap pemandu yang mempunyai saman tertunggak atau mempunyai laporan polis untuk memastikan mereka tidak lagi memandu di jalan raya.
Kami mahu melindungi orang ramai. Kami tak mahu pemandu bermasalah ini mengancam keselamatan penumpang mereka atau pengguna jalan raya lain,” katanya. – Sumber berita BERNAMA

Setuju Atau Tidak Haram Kereta 12 Tahun Ke Atas di Jalan Raya?

Jikalau sebelum ini kerajaan Malaysia mahu haramkan motosikal masuk ke lebuhraya atau dalam cadangan untuk mengenakan tol di atas laluan khas motosikal, kali ini giliran pemilik kereta pula menerima arahan terbaru daripada kerajaan. Di mana JPJ akan haram kereta 12 tahun ke atas supaya dilupuskan, semuanya dilakukan dan mahu dilaksanakan atas nama keselamatan anda semua.
Bagi Berita Semasa, kami setuju untuk andaikata mahu scrap kereta-kereta lama. Tetapi…
Tetapi dengan syarat laksanakan dahulu had pinjaman kereta kepada 5 tahun. Bagaimana mahu laksanakannya? Turunkan cukai kereta yang tinggi dikenakan (SEPERTI DI SINI) kepada rakyat Malaysia selama ini. Pada masa itu barulah sesuai untuk dilaksanakannya. Realitinya sekarang ini, andaikata dilaksanakan segera seperti yang dikehendaki menteri, kewangan dan perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia dalam bahaya selepas ini.
“Ibarat rakyat Malaysia selama ini hanya menyewa kereta milik sendiri (hutang 9 tahun), cukup tempoh kereta lama dilupus mula sewa kereta baru dengan buat hutang baru dan begitulah seterusnya sehingga ke akhir hayat”
Tambahan pula alasan kereta lama membahayakan rakyat malaysia di jalan raya tidak boleh kami terima sama sekali. Bahaya atau tidak terletak kepada faktor :
  • cara pemanduan pemandu kereta itu sendiri
  • pemantauan terhadap lori-lori yang keluar masuk menggunakan jalan raya yang adakalanya kenderaan mereka kelihatan usang dan pemanduan mereka agak membahayakan pemandu lain
  • cara penyelenggaraan kereta
  • Ada yang anda mahu tambah?
  • bukannya usia kereta

Jualan Kereta Merosot!

Hakikatnya di Jepun, rakyat Jepun contohnya tukar kereta 3-4 tahun disebabkan harga kereta murah di sana. Di Malaysia? Kebanyakan rakyat Malaysia berhutang 9 tahun untuk beli kereta baru. Selesai hutang 9 tahun, bebas daripada sebarang hutang selama 3 tahun dan tahun berikutnya menjadi hamba sekali lagi kepada pihak bank. Apa kata anda pula mengenai cadangan pelaksanaan segera haram kereta berumur 12 tahun ke atas?
P/S : Jualan kereta Malaysia yang merudum sekarang ini akan kembali bernas dan rancak kembali selepas ini. Proton & Perodua akan tersenyum lebar selepas ini…Rakyat?

3 comments:

Chot said...

step by step la kalau nk lupus kereta lama..turunkan dlu rege kereta baru baru lupus kalau nk..kalau kereta 20 tahun tu ok lagi rasanya nk lupus. 12thn? hmmm

izan mama mia said...

ntah apapa punya undang 2 laa kalau dh termaktub nnt...ingat kita semua ini hamba hutang ??

Rosmiza Ali said...

Apesal makin lama makin teruk undang2 Malaysia ni? Dah jadi macam kerajaan diktator plak.. Nak paksa2 orang beli kereta baru.. Dia ingat sume orang kaya raya ke asik nak kena berhutang ngan bank beli kereta baru? Eeeee, bengang pulak dengar..
http://miezashaklee.blogspot.com