MOHD Saiful Izuan Daud, 27, dan isterinya, Nur Azilla Ibramsah, 25, bersama cahaya mata kembar mereka yang diperoleh menerusi proses persenyawaan `in vitro' (IVF), di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar. Nur Azilla melahirkan Dhia Danish (2.6 kilogram) dan Dani Danish (2.3 kilogram) kira-kira 2.45 tengah hari. FOTO Hafizuddin Mohd Safar
PERSENYAWAAN IN VITRO
Persenyawaan in vitro (IVF) merupakan proses di mana sel telur disenyawakan oleh sperma di luar rahim, in vitro. IVF merupakan rawatan utama bagi kemandulan apabila kaedah teknologi membantu pembiakan telah gagal. Proses ini membabitkan pengawalan hormon bagi proses ovulatori, mengambil ovum (telur) dari ovari wanita dan membiarkan spermamensenyawakannya dalam perantaraan cecair. Telur yang telah disenyawakan (zigot) kemudian dipindahkan kepada uterus pesakit dengan matlamat menghasilkan kehamilan.
3 comments:
Bestnya kmbar.. My sis salah sorg yg gnakan ivf tuk pregnt..harap2 nnt dia dpt baby kembr. Tp org ckp ivf ni sakit gak...huhu
tahniah buat mereka,
kecik je 2 kg tu.
rezeki dpt kembar. cx nak sgt ank kembar :)
Post a Comment