Assalamualaikum..Wbt..
Sebut sahaja tentang “ Hakikat Insan” berapa ramai pula diantara kita pada
hari ini yang mengetahui tentang hakikat insan..? Begitu banyak
tulisan-tulisan menarik dan hebat-hebat di blog-blog dan tak kurang juga
website peribadi menulis atau membicarakan tentang hakikat insan…tetapi
berapa ramai pula orang-orang yang hebat yang mengambil pelajaran atau
erti hakikat insan ini..? Sesungguhnya yang menulis tetap terus menulis
dan yang membaca tetap juga terus membaca..namun jika hanya sekadar baca
sahaja tidak pula mengambil erti, itu hanya perbuatan sia-sia sahaja.
Pada membicarakan tentang hakikat insan
ini marilah kita kaji atau renungi sedikit untuk apakah kita ini
daripada tiada kemudian diadakan..? Apakah hanya sia-sia..? Lihat pula
pada firman Allahu Ta’ala ini yang berbunyi :-
( Afa
hasibhtum annama kholaqnaakum ‘abasha, wa annakum ilaina la turjau’un,
Maka apakah patut kamu mengira Kami hanya menciptakan kamu ( dari tiada
kepada ada ) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu..? Dan
kamu ( Menyangka pula ) tidak akan di kembalikan kepada Kami )
Ayat diatas cukup menerangkan kepada kita
bahawa kita ini bukan dijadikan hanya sia-sia, sudah tentu ada tujuan
dan maksudnya, apakah maksudnya dan tujuannya..? Sudah tentu untuk
memperkenalkan diriNya. Sepert firman Allahu Ta’ala yang berbunyi:- ( Aku suka untuk memperkenalkan diriKu
). Siapakah yang bertanggungjawab mengenalnya..? Sudah tentu kitalah
yang bertanggungjawab mengenalnya, tapi bagaimana..? Bolehkah kita
mengenalinya..? ( Man arofa nafsahu faqod arofa robbahu, barangsiapa kenal diri maka kenal lah Tuhannya ).
( Al insanul sirruhu wa ana sirruhu, manusia itu adalah rahsiaKu dan Aku adalah rahsianya ). Sesungguhnya kita semua ini adalah rahsia ke”Wujudan “ Allah, dan bagi untuk menyatakan kewujudannya maka terlebih dahulu di tajallikan dirinya kepada “ Nur Muhammad
“ yakni sifat bagi Zat, ( untuk membincangkan tentang Hakikat Muhammad
ini memerlukan penjelasan yang agak panjang ), tapi disini saya tidak
berhasrat untuk menjelaskan kesemuanya kerana sudah banyak penjelasan
tentang hakikat Muhammad ini di blog-blog yang lain terutama di blog Jalan Akhirat. Kemudian
di tajallikan pula ke alam “ Ruh “ seterusnya sampailah ke alam insan (
Manusia ). Nah! Inilah tanggungjawab yang dipikul oleh makhluk yang
bernama insan ( Insan Kamil )untuk mengenali penciptanya, tetapi..ada
tapinya..apakah makhluk yang bernama insan ini benar-benar boleh
mengenal penciptanya..? Apakah bisa sampai kepada Tuhannya..? Tapi
bagaimana..?
Bagaimana pula dengan firman Allahu Ta’ala ini..? ( Man ‘arofa nafsahu faqod ‘arofa Robbahu, barangsiapa kenal dirinya maka kenal-lah Tuhan-nya
). Kenal diri sebenar diri, bukan diri yang fana’ atau yang hancur
binasa, kenal asal muasal dari mana kita datang maka ke situlah tempat
kembali kita. Kenal diri yang mana..? Adanya kita sudah tentu adanya
pencipta, berdirinya kita sudah tentu ada yang mendirikan, melihatnya
kita sudah tentu ada yang memberi penglihatan, tapi siapakah dia..?
Adakah Allah..? Kalau Allah..mana dia..? Ada nama sudah tentu ada
tuan-nya, tapi adakah dengan menyebut Allah itu sudah bererti itu
tuan-nya..? Tidak..itu hanya nama yakni (makna ) pada Zat-nya, apakah
manusia boleh mengenal Zat-nya..? Jawapan-nya tidak..hanya Allah yang
boleh mengenal Allah yakni dirinya sendirilah yang boleh mengenal
dirinya.
Tetapi mengapa manusia di per
tanggungjawab kan untuk memikul rahsianya..? Kerana manusialah yang
sanggup menjadi khalifah di muka bumi ini dan menanggung rahsia Allah
S.W.T. Demi untuk memperkenalkan dirinya maka di tajallikan dirinya
kepada sifatnya..yakni ” Nur Muhammad “, nur Muhammad ( Sifatullah
)inilah yang menanggung perbuatan Zat, tetapi itu tidak bereti perilaku
zat Allah, janganlah terus di anggap bahawa apakah Allah seperti
kita..? Tidak, maksud menanggung perbuatan zat itu ialah setiap
perilaku sifat muhammad itu adalah kekuasaan Allah semata-mata, kemudian
di tajallikan pula ke alam insan yakni alam zahir, Adam a.s (
afa’alullah ), diri yang zahir ini pula menanggung perbuatan qodim iaitu
sifatullah ( Nur Muhammad ) semata-mata hanya untuk menyatakan dirinya
wujud yang hakiki. Perilaku diri yang zahir inilah yang banyak
menampakkan kekuasaan Allah, wajah Allah.
Sabda baginda S.A.W yang berbunyi: “ Kemana sahaja kamu hadapkan mukamu disitu kamu akan lihat wajah Allah “, apakah dengan melihat wajah orang lain itu sudah bererti nampak wajah Allah..? Tidak..” Syuhudun wahid fi kasrath, lihatlah diri yang satu (Esa) kedalam yang banyak “, kemudian “ Syuhudun kasrath fi wahid, lihatlah diri yang banyak itu kedalam diri yang satu (Esa). Inilah yang dikatakan wajah-wajah Allah, melihat kebesaran dan keagungan Allah disebalik wajah-wajah yang mulia lagi suci.
Maka inilah yang dikatakan “ Al insanul sirruhu wa ana sirruhu, manusia itu adalah rahsiaKu dan Aku adalah rahsianya “
rahsia kewujudan-nya dengan maujudnya manusia yang zahir ini lagi
bakal hancur dan binasa, yang kekal hanya Allah semata-mata. Hakikat
manusia yang sebenar ialah diri yang qodim itu ( batin ), barangsiapa
sudah mencapai martabat ini maka ia sudah menjelajahi alam Akhirat yakni
( Kekal ) dalam baqa’ billah. Tetapi, apakah ini yang di cari..?
Bukan
ini yang kita mahukan..akan tetapi diri empunya diri yang tiada binasa
tiada hancur dan tiada, tiada, tiada…bahkan ia bersembunyi di dalam
nyata, bahkan rahsia yang di pikul tiada terbeban rasa di pikul, rahsia
yang di kandung tiada rasa ia di kandung. Untuk mencapai martabat ini
carilah guru “ Mursyid “ lagi ‘alim dengan pengetahuan-nya, kemudian carilah pula guru sebenar “ Guru “ baru bisa sampai kepadanya. Sekian wassalam…..
sumber : PERJALANAN MUKMIN
11 comments:
jrang ada owg post sal ilmu hakikat ni
nice
bagus info ni.thanks deq
nice sharing deq :)
nice info yunk :)
tengs for the info sayang, baru tahu jugak neh! :)
Semoga kita menjadi insan yang menghambakan diri kepada Penciptanya, mengikut sunnah rasulnya dan berbakti kepada sesama insankan Deq...
thanks for sharinggg...
good sharing..org yg mengerti akn terus merasai nya dan org yg mengetahui akn terus memahaminya dan org yg mengamalkan akn terus mencapai nya.
Penjelasan begini adalah info bg mgundang minat si peminat...penjelasan syariat namanya wlaupun ceritanya hakikat..jika djelaskn lebih terperinci akan menjadi FITNAH sbb Adab ilmu itu tak mengizinkn bkn pada tempatnya..dmajlis ilmu jugalh tempatnya Adab tawasul juga mulanya..sbb penjelasan KAEDAH TAIP itu tidaklh ia brkalam sbb "KALAM dalilullah" KALAM itulah yg mnyampaikn...semakin panjang bicara semakin brdusta sbb bukan pd tmpatnya"MELETAKKN SESUATU PADA TEMPATNYA" cr lh guru yg murshid melengkapi usul fiqah tasauf bkn hakikat semata2,hakikat tanpa syariat hampa
Alhamdulilah syukur pd nya kerna telah mengerak kn sahabat utk memberikan kata2 semangat kpd yg masih mencari cari jalan kembali pd nya,erti kata lain masih Kosong lg,
Pd sya no comen sbb ia sungguh mantap sekali coretan mu yg berlandaskan kalam allah .moga diri mu sahabat kn tenang sentiasa kerna telah ketemui nya.
Post a Comment