KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet semalam bersetuju agar belia berumur
21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua
jenis telefon pintar tanpa mengira harga untuk mendapatkan rebat RM200
seperti yang diumumkan dalam Bajet 2013.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu
kenyataan di sini menjelaskan, keputusan itu diumumkan oleh Menteri
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selepas
mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian tersebut semalam.
Pemberian rebat RM200 kepada 1.5 juta belia itu dilaksanakan di bawah
Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan pembentangan Bajet 2013
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu.
Menurutnya, pelaksanaan skim tersebut berdasarkan prinsip 'siapa
cepat dia dapat' sehingga peruntukan RM300 juta untuk skim itu habis.
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah
koordinasi SKMM ialah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile
dan YTL Communications.
SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam
pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga
patut.
Tinjauan di laman web PKB di https://komunikasibelia.skmm.gov.my semalam mendapati hampir 8,000 belia telah mendaftar untuk mendapatkan rebat tersebut.
Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam reaksi segera semalam menyambut
baik keputusan kerajaan melonggarkan syarat pembelian telefon di bawah
skim itu.
Naib Presidennya, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, keputusan itu
membuktikan kerajaan telah mendengar dan memenuhi kehendak golongan
muda.
"Kelonggaran itu bermakna generasi muda ada lebih banyak pilihan model telefon pintar untuk dibeli.
"Namun MBM sekadar mengingatkan mereka membeli mengikut kemampuan dan elak daripada pembaziran," katanya.
Menurutnya, pemilikan telefon pintar 3G membabitkan kos lebih tinggi
seperti bayaran bulanan untuk pakej jalur lebar mudah alih dan
sebagainya.
13 comments:
nak mohon utk adik
hmm cam tak layak je huhu
boleh mohon yea deq. rugi tak mohon tu..hehe
hehe... tak paham lagi pasal benda ni,,huwaaa
Yea2! Nak isi jugak
wah bertambah seronoklah deq ek... deq dah isi ke borang online?
baru pohon tapi still tulis xleh lebih dari rm500 kan.. huhu
Untung muda mudi skrg kan.
try lg bukak website but still xblh..huhu
nk try la.. mna tau dpt ke.. hihi
nak isi jugak la..mane tahu layak dapat ke..hee
untungg laa pada yg boleh mohon.. ;)
Oh.. Okje terlebih umur sudah he..he...
Post a Comment