2 November 2013

TUNANG | SEDIAKAN CHECKLIST

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu akan bertunang dahulu sebelum menuju ke gerbang perkahwinan. Persiapan menjelang majlis pertunangan juga tidak banyak bezanya dengan persediaan majlis perkahwinan. Ada yang sukakan majlis meriah dan ada juga sukakan yang serba sederhana. Tidak kira bagaimanapun bentuk acara yang bakal berlangsung, senarai penting atau checklist tetap perlu dibuat bagi mengelakkan masalah di kemudian hari. Singkir segala kekusutan, checklist istimewa dihidangkan buat anda.


TARIKH / WAKTU / TEMPAT
Sama seperti majlis perkahwinan, pemilihan lokasi untuk melangsungkan majlis pertunangan juga sangat penting. Lokasi di sini tidaklah bermaksud sama ada dewan ataupun rumah. Cukup sekadar berlangsung di rumah tetapi dengan hanya menentukan sama ada upacara menyarung cincin dilakukan di ruang tamu ataupun di dalam bilik.

PELAMIN MINI / HIASAN
Seakan menjadi trend, setiap majlis pertunangan pasti akan diserikan dengan pelamin mini sebagai tempat si gadis menunggu untuk cincin disarungkan. Variasi pelamin mini terdapat di pasaran dan juga boleh dibuat sendiri. Namun, ada juga yang lebih suka menggunakan bilik tidur yang dihiasi begitu indah sempena hari bermakna itu.

HANTARAN
Menentukan jumlah hantaran yang perlu diberi dan ditukar merupakan salah satu perkara penting dalamchecklist. Jumlah standard adalah lima dulang daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan. Selain itu, pemilihan warna tema untuk hantaran juga perlu ditulis agar lebih selaras. Untuk memudahkan perancangan, tentukan sama ada ingin menggubah sendiri hantaran atau menempahnya.  

WARNA TEMA
Warna tema majlis, busana dan konsep hantaran penting untuk menimbulkan mood tersendiri. Bergantung pada tema yang dirancang, segala persiapan harus disenaraikan dengan teliti. Apa yang paling penting adalah busana pertunangan. Jika anda tidak menggunakan khidmat butik pengantin, pastikan busana tersebut ditempah lebih awal. Begitu juga dengan kelengkapan lain yang perlu disenarai penting.

WANG HANTARAN / MAS KAHWIN
Jumlah wang hantaran dan mas kahwin antara senarai penting dan kebiasaan, jumlahnya ditentukan mengikut negeri. Dalam adat masyarakat Melayu, sekiranya upacara merisik tidak dijalankan, maka cincin merisik akan naik sekali bersama cincin bertunang. Manakala mas kahwin dan wang hantaran akan diserahkan pada hari pernikahan.

SOLEKAN / JURUGAMBAR
Checklistyang keenam membawa anda kepada perkara yang kononnya dianggap remeh namun masih penting dalam sesebuah majlis pertunangan. Pemilihan jurusolek dan jurugambar harus dibuat dengan betul agar memori hari pertunangan dapat diabadikan dengan sempurna.

JAMUAN MAKANAN
Sediakan peruntukan untuk bahagian jamuan makan. Anda mempunyai pilihan sama ada ingin menggunakan khidmat katering ataupun masak sendiri. Bergantung kepada bajet, duduk berbincang bersama ahli keluarga untuk menentukan makanan apa yang hendak dihidangkan kepada para tetamu.

WAKIL KELUARGA
Mungkin ramai yang terlupa untuk memasukkan  senarai yang satu ini. Untuk pengetahuan anda, menentukan wakil keluarga untuk berbincang bersama keluarga pasangan adalah penting. Pilih wakil yang berpengalaman dan pandai berkomunikasi agar mesej mudah disampaikan. Kemudian, maklumkan kepada keluarga pasangan jumlah keluarga yang akan turut serta menghantar rombongan meminang.


PERKARA-PERKARA YANG PENTING AKAN DIBINCANGAN DIHARI PERTUNANGAN :
  •        Tarikh nikah dan kenduri?
  •        Jumlah wang hantaran dan mas kahwin?
  •        Jumlah dulang hantaran yang akan diberikan?


+ majalah pengantin 

7 comments:

Vee said...

byk perkara yg perlu diambil kira bila nak wat majlis kawin ... rancang awal elak stress ...

Unknown said...

dup dap dup dap ye dear.. hihi..

Syira Lokman said...

mcm nervous pulaa...hehe

ainur roslan said...

kenapa jumlah dulang kena ganjil? just wondering..hmmm

ainur roslan said...

suka majlis tunang yang sederhana jer, hanya sanak saudara dan kenalan terdekat je datang...

ainur roslan said...

majlis tunang je pun, sye rse x perlu lah grand sangat2, just my opinion :)

ainur roslan said...

leave my footstep here too ~