Sebaiknya sebelum berkahwin setiap wanita meneliti pelbagai aspek diri lelaki yang diputuskan untuk menjadi pasangan hidupnya. Baik daripada sifat, tingkah laku dan juga kebiasaan dirinya.
Anda tidak tahu mungkin ada ciri pada lelaki pilihan anda ini yang sangat bertentangan dengan diri anda. Walaupun hanya perkara kecil namun mungkin akan memberi kesan sesudah anda melangkah ke alam perkahwinan.
Perhatikan beberapa kriteria berikut pada teman lelaki anda sebelum anda memutuskan untuk naik ke jinjang pelamin bersamanya. Teruskan perkahwinan jika bakal suami anda mempunyai sikap:
Banyak persamaan
Persamaan baik dari segi minat mahupun pendapat. Hubungan akan lebih tenang jika anda berdua memiliki komunikasi yang seiringan. Anda takkan sukar untuk
menyesuaikan diri.
Gentlemen sejati
Tutur katanya sopan dan dia tidak ‘double standard’ dalam melayani orang lain. Daripada tukang jaga parking sehinggalah anak majikannya semua dilayani dengan ramah. Dia juga sentiasa memberi perhatian penuh pada anda ketika bersamanya dan selalu berusaha menghargai keinginan anda.
Tidak takut pada komitmen
Sebelum meletakkan harapan yang tinggi pada dirinya tak salah jika anda terus terang bertanya pendapatnya tentang komitmen perkahwinan. Kalau jawapannya sekadar ‘Saya rasa mahu enjoy dulu la” atau ‘saya tak suka terikat’ sebaiknya berfikir dulu sebelum meneruskan hubungan.
Kelakar
Lelaki yang memang punya humor akan melontarkan lawak atau jenaka tanpa memburukkan pihak lain. Dia juga tidak akan malu mentertawakan kekurangan dirinya untuk menghidupkan suasana. Biasanya lelaki jenis ini memiliki visi yang jelas akan masa depannya dan hidupnya seimbang kerana dia menikmatinya kehidupan dengan relaks dan tanpa beban.
Ingin mengenal diri lebih dekat
Sekiranya dia menunjukkan keprihatinan terhadap kehidupan peribadi anda seperti bertanyakan minat dan perkara-perkara yang membuatkan anda gembira bermakna dia ingin mengenal anda dengan lebih serius. Baginya anda bukan sekadar penglipur lara yang mengisi harinya yang sepi sebaliknya ingin menjadikan anda teman hidupnya.
Memberi semangat
Adahari-harinya anda akan terus menerus mengalami peristiwa buruk dalam hidup hingga membuatkan diri begitu tertekan. Pada waktu ini anda memerlukan pendorong yang boleh diharapkan.
Jika teman lelaki anda mahu menjadi pendengar setia, berusaha menggembirakan anda dengan humor atau kejutan yang menyenangkan, inilah pasangan yang boleh diharapkan untuk tetap setia baik dalam ketawa mahupun tangis.
sumber : mingguan wanita
6 comments:
Bukan seorang yang pemarah dan yang penting, memahami :)
Sahizatul Sahimi
yg penting bertanggungjawab
pemberi semangat, isteri tu perlukan suami yg boleh push dye ktika susah or senang
kelakar dan ye Syira, bertanggungjawab tu penting sangat2 :)
absolutely Syira, dia mestilah bertanggungjawab
leave my footstep here too ~
Post a Comment