28 November 2013

Statement 'kubur masing-masing'

Statement 'kubur masing-masing' antara alasan tipikal yang kerap diguna pakai oleh mereka yang sangat-sangat ego dan bongkak untuk menerima teguran atas kejahilan yang mereka lakukan. Berikut adalah 10 contoh ayat makan dalam yang boleh dipraktikkan ke atas golongan macam ni. Memanglah Kubur Masing-Masing. 

TAPI.... 

1. Mati nanti, kau mandi sendiri, kafan sendiri, solat jenazah sendiri. Kubur pun kau gali sendiri, tanam sendiri. 

2. Sebab kubur masing-masing la aku nak nasihat kau. Kalau kita sekubur, boleh jugak aku tolong jawab bila Malaikat soal. Kalau nak kena balun, boleh aku tolong cover kau. 

3. Aku takut orang tak nak datang baca Yassin nanti sebab tak tahan bau busuk jenazah kau. Nak ziarah atau cium jenazah kau pun tak sanggup sebab berulat.

4. Aku tak nak dapat dosa sebab tak tegur kau. Tak naklah teman kau kat neraka tu. Takde air-cond. 

5. Pastikan kau tulis wasiat supaya kubur kau ditanam di tanah perkuburan khas untuk kau sorang je. Sebab takut orang lain dalam kubur sebelah rasa terganggu sebab asyik dengar suara kau terpekik terlolong kena siksa. 

6. Bukan setakat kubur. Rumah pun orang duduk asing-asing. Tapi kalau kau buat bising, rumah kau busuk, kotor, kau ingat jiran sebelah suka? 

7. Kau ingat dalam kubur tu macam hotel ke boleh santai-santai walaupun buat dosa? Dengan sempitnya, ular, kala jengking dan macam-macam lagi azab siksa kubur. 

8. Kesianlah kat orang yang nak usung jenazah kau tu. Patah tulang bahu diorang nanti sebab mayat kau berat sangat. Tak pasal-pasal nanti nak kena sewa kereta kebal pulak usung mayat kau. 

9. Kau yakin ke mati nanti kau masuk kubur? Aku takut tanah tak nak terima jenazah kau je. Orang lain jugak susah nak kena ke laut semata-mata nak campak mayat kau tu. 

10. Aku nak tolong kau kat dunia ni sebab bila dah masuk kubur tak boleh nak tolong dah. Sebab semua orang akan buat hal masing-masing. Hinggakan, walau kita semua bertelanjang bulat kat padang mahsyar nanti, takdenye ada orang nak peduli tengok kau punya. 

p/s : Buat golongan yang suka bagi alasan kubur masing-masing tu, insaflah. Jangan dibuat main dengan siksa kubur. Apatah lagi azab neraka kelak. Jangan berlagak tak kena tempat bila ditegur. Memang kubur masing-masing. Tapi jangan menyusahkan orang lain yang nak menguruskan jenazah kau sebelum dibawa masuk ke kubur masing- masing kau tu.
 




8 comments:

Nae said...

benci dengan statement macam nie..agak2 dia masuk kubur tu dengan bergolek sndiri kot.. bukanke dalam islam patut dititiberatkan tentang menegur antara satu sama lain sebagai tanda prihatin??? yang taknak terima teguran tu ego dah mencanak naik sgt kot.. :)

nae nematoda said...

selalunya orang yang suka bagi statement kubur masing2 , orang yang ego...tak boleh terima nasihat

Engku Muzahadin said...

Hahaha, ambik ko...

H A N said...

hahaha amekaw...

Suka no 2, 4, 6, 8 & 9...

Biasanya org yg selalu cakap benda2 tu dia tak sedar yg tanggungjawab kita sbg saudara seagama utk tegur menegur kalau ada salah kan, yelah, kalau hidup sorg2 je mana tau betul, mana tau salah kan...

wallahualam...

sabrinashekhahmad said...

Betul tu kak...

Unknown said...

tau takpe, bajet tak susahkan org. fikir dulu before cakap..

TelingaBulat said...

tuh la biase klu kite menegur itu la jawapannya..sombong sgt.kite hnye sekadar mengingatkan tp sbb bongkak menguasai diri gitu laa jd nyee hurm

Unknown said...

hmm betul tu.. mati org gak yg tlg tanamkan.. bknnya masok kubur sendiri..