19 November 2013

10 Soalan Wajib Tanya Sebelum Anda Berkahwin

sebelum anda mengikat tali perkahwinan, tanyakan dahulu pada pasangan 10 soalan yang rasanya mampu mengubah perspektif kewangan anda nanti. Anda juga boleh merancang kewangan yang stabil untuk jangka masa panjang. Yang penting, anda berdua harus bersikap terbuka ya!

1.      Ada membuat pinjaman?
Jika ada, berapa banyak? Berapa lama tempoh pinjaman? Dengan mengenal pasti beban pinjaman yang anda berdua ada, anda boleh merancang pelan kewangan yang lebih efektif. Pinjaman ini termasuklah pinjaman peribadi, kereta, rumah, PTPTN dan sebagainya. Mulakan proses perbincangan dengan mengenal pasti cara terbaik untuk melangsaikan semua pinjaman, sama ada berkongsi bayar atau membayar sendiri.

2.      Adakah sebarang pelaburan?
Jika ada, bagaimana cara anda berdua mengendalikannya apabila sudah berkahwin kelak. Adakah akan dijadikan pelaburan bersama dan apakah prosedur yang harus dilakukan? Bagaimana pula dengan keuntungan pelaburan? Walaupun dalam Islam, ia merupakan harta sepencarian, namun tidak salah jika perkara ini ditentukan terlebih dahulu supaya tidak ada ungkit mengungkit di kemudian hari. Apatah lagi, jika anda dan pasangan mempunyai sebarang masalah nanti.

3.      Di mana kita nak tinggal?
Soalan ini nampak ringkas tetapi sangat penting untuk merancang kewangan anda. Jika anda sepakat untuk tinggal sendiri dengan pasangan, mungkin bajet bulanan tidak terlalu tinggi dan boleh dikongsi bersama. Namun, jika anda berdua akan tinggal bersama keluarga, berapakah sumbangan kewangan yang akan dikeluarkan bagi membantu keluarga seperti bayaran bil, belian barangan runcit dan sebagainya. Jika pasangan anda merupakan penyumbang tunggal, ini akan lebih membebankan dan perlu diberi perhatian serius. Secara amnya, jumlah bajet bulanan isi rumah yang perlu anda berdua keluarkan tidak harus melebihi 25 peratus daripada pendapatan bulanan.

4.      Bagaimana cara kita kendalikan duit?
Anda dan pasangan perlu faham maksud ‘berkongsi’ dari segi jumlah pendapatan atau pembayaran bil yang ada. Cara yang terbaik adalah mewujudkan akaun bersama (walaupun jarang dipraktikkan di negara kita). Alternatif lain pula ialah mempunyai tiga akaun iaitu satu akaun bersama dan dua akaun individu. Akaun bersama untuk simpanan dan pembayaran bil/hutang yang dikongsi. Akaun individu pula tertakluk kepada hak peribadi masing-masing.

5.      Bagaimana pula dengan insuran?
Semua insuran yang anda dan pasangan punyai seperti insuran nyawa, kereta, rumah dan apa sahaja perlu dikaji semula dan digabungkan untuk memastikan anda berdua mendapat manfaat dan faedah yang diperlukan untuk kehidupan selepas berkahwin.

6.      Bagaimana pula dengan harta?
Walaupun Islam menetapkan akan harta sepencarian, tidak salah jika perkara ini ditetapkan sebelum berkahwin untuk kepentingan bersama.

7.      Adakah bajet tertentu?
Mempunyai bajet bagi setiap perkara adalah satu perkara yang sangat bagus untuk diamalkan. Perancangan bajet yang baik terutamanya untuk majlis perkahwinan mampu mengelakkan anda dan pasangan daripada beban hutang selepas berkahwin. Selain itu, ia juga membantu anda untuk berjimat dan menyimpan untuk masa depan bersama.

8.      Bagaimana pula selepas bersara?
Walaupun perkara ini masih jauh tetapi tidak salah sekiranya ditimbulkan dalam perancangan kewangan ini. Anda dan pasangan perlu merancang sama ada masih mahu bekerja atau menikmati sahaja persaraan tersebut. Ini membantu untuk anda menetapkan jumlah simpanan yang perlu ada sehingga saat anda bersara untuk menampung kehidupan, bil kesihatan dan sebagainya.

9.      Status cukai?
Selalunya selepas berkahwin, akaun cukai anda dan pasangan akan digabungkan. Namun, tetapkan siapa yang perlu membayar cukai supaya anda dan pasangan mempunyai kelebihan dalam hal ini.

10.  Perlukah perjanjian sebelum kahwin?
Perjanjian ini tidak diamalkan oleh pasangan Melayu. Perjanjian ini selalunya dilakukan oleh pasangan Barat untuk mengelakkan bebanan hutang kepada mana-mana pihak andai satu pihak mempunyai beban hutang/liabiliti melebihi pihak yang satu lagi terutamanya bagi pasangan yang kaya. Namun, perjanjian ini boleh dijadikan garis panduan untuk masa depan kewangan yang lebih sihat.

8 comments:

Farah Waheda Wahid said...

great piece of sharing deq...

Teena Tna said...

Nice sharing :)
Terbuka kotak fikiranku

ma ❥ said...

nak tanya orang yang berkenaan la hehehe

Unknown said...

yeahhh.. mmg perlu dititik beratkan...

shafiq said...

Terbaek... ;p

ainur roslan said...

semua ni penting dan perlukan persefahaman antara satu sama lain :)

ainur roslan said...

check dlu ye semua ni sblm nk kawen tu, tips penting nie keke

ainur roslan said...

leave my footstep here too ~