26 November 2012

SEGMEN FOLLOW DAN BLOGWALKING OLEH MIALIANA.COM

eh KAK MIALIANA a.k.a BLOGGER FEMES wat segmen la .. jom pakat ramai-ramai kita join .. boleh sambil-sambil naikkan trafik blog .. hehe ..


jumlah follower sekarang 



smile .. sMiLE .. SMILE
 suka blog kak mia ni sebab blog CEPAT LOADING dan OWNER seorang PERAMAH ..

25 November 2012

JOM TERAPI DIRI



MAAFKAN ISTERI MU SAYANGG

Cerpen Pengajaran
Tajuk: Maafkan Isterimu Sayang

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.



"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat, itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik

bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.

Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.


Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.


Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa

berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi.
Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung

anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa
mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. . Nisa dah 2 bulan... Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.


"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka

berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa
pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa


"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.


"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang?" terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.


"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni" kutuk Zakri lagi pada Nisa.


"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.



"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya ke dunia,"ucap

Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.


Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.

Kalau diminta jemput... macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa,
perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula... bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh... Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.


Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding... Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi

ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton.

"Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti" desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa


"Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri.


"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.


Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya

YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding
dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je.... " Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.


"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha, ha, ha" gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.


"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia" cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau... mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.


"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.


"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri,

sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri.

"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ." panggilan kecemasan dari Doktor Johari

"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.

"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..." ajak Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri.
"Alah jom ler cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang
serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.

Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa.... baginya Nisa mengada-ngada.. saja buat sakit untuk minta

simpati... tetapi sebaliknya.....

Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di

operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan
tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm
really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata
Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari, Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .


Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"


Assalamualaikum.


Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..

Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti
kita baru kahwin... Abang panggil Nisa AYANG... terasa diri dimanja bila
Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu
seketika sahaja.

Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang... mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa.

Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka... Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.
Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma
menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah
Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan
mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama di samping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...
Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang.. Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa... Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya... setiap perbuatannya... seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya... kejamnya aku... Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.


Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam

pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka
Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.

Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan.


Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya... meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan... YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH.... akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH, Zakri, Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak... kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...
p/s : air mate aku senang bertitik lepas bace cerpen ni .. korung ? hayati lah .. ngee~
sumber : fesbook .. 

24 November 2012

DEMAM CREPE DURIAN

crepe crepe .. crepe ape ? crepe durian .. crepe durian ..
hehehe ..

sana sini .. dalam facebook dalam blog .. atas bawah .. semua duk bual pasal crepe durian .. sedap kah ? kuikui ..

iye .. ternyata sungguh sedap .. sedap sampai menjilat jari .. tak menyesal beli walaupun mahal .. eh mahal ke ? aku rasa tak mahal kot .. sebab barang-barang nak buat sekarang ni mahal dan yang paling penting .. durian tu yang mahal .. hehe .. nak yang fresh kan .. takkan nak letak yang lama .. baru lah rasa tempoyak kan ? hahaha

BAHAN-BAHAN CREPE
  • 250gm TEPUNG GANDUM
  • 2/3 biji TELUR
  • 500ml SANTAN (pakai je santan kotak)
  • 100ml AIR (mangkuk kecil)
  • 1/2 sudu teh GARAM
  • 1 sudu teh PEWARNA (ikut suka nak guna pewarna apa .. tapi lebih sesuai kaler kuning telur)
 CARA-CARA 
  1. Satukan semua bahan dlm bekas dan kacau.
  2. Masukkan dalam blender dan blend. Kemudia tapis.
  3. Sediakan kuali leper non stick.
  4. Panaskan kuali dan letak sdkt myk.
  5. Tuang 1 senduk kecil dan msk crepe. X perlu di terbalikkan.
  6. Buat sampai habis adunan.

BAHAN-BAHAN FILLING
  • Isi durian secukupnya
  • 1 cawan non dairy whippg cream

CARA-CARA
  1. Pukul whipping cream dlm mixer hingga kental.
  2. Asingkan isi durian dgn biji. Lumatkan sidikit.

CARA-CARA BUNGKUS CREPE
  • Bentangkan 1 keping crepe.
  • Letakkan whipping cream.
  • Letakkan isi durian.
  • Kemudian ttp semula dgn whipping cream.
  • Lipat crepe. Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.


JUAL .. 3 KETUL CREPE DURIAN NI RM5.50

NABILA MEDANS GIVEAWAY

assalamualaikum 

tadi aku on je FB .. tengok ada KAK SITI AFIPAH HARUN ajak aku untuk join GIVEAWAY ni .. so dengan senang hati aku join ..  korung .. jomla  join sekali GIVEAWAY yang kedua dari NABILA MEDAN .. hadiah dia menarik taw .. jom jom jom .. 


Syarat Penyertaan Nabila Medan's Giveaway
1.Follow blog NABILA MEDAN
2.Buat satu entri berkenaan giveaway ini beserta
- Banner giveaway dan linkkan ke sini
- Tag 2 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu
3.Follow dan like semua sponsor *amaran tegas!*
4.Tinggalkan link entri not your link blog di kotak komen
5.Sebarang perubahan akan diberitahu kelak


Hadiah-Hadiah Nabila Medan's Giveaway
Rilakumma Cute Keychain X 3 , Domokun Purse X 1 , Cute Note Pad X 2 , Rilakumma Wood Clip X 1 , 
1 Set Handmade Card X 1 , Topup RM30 X 1 , Topup RM5 X 2 , Topup RM5 X 1 , Topup RM10 X 3 , 
Cute Doodle X 4 , Topup RM5 X 2 , Topup RM20 X 1 , Topup RM20 X 1

Pemilihan Pemenang Untuk Nabila Medan's Giveaway
Cabutan bertuah dan Top refferal 
TAGKAN KAK SITI DAN KAK SHIDA

: : KeiSTiMeWaaN SuRaH YaSiN : :

RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s. a. w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s. a. w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s. a. w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik. 

BUDAK HITAM


Ada sepuluh budak hitam main tengah jalan
satu kena langgar dah tinggal sembilan

Ada sembilan budak hitam main tepi kolam
satu sudah lemas dah tinggal lapan

Ada lapan budak hitam main tanam-tanam
satu tertanam terus dah tinggal tujuh

Ada tujuh budak hitam main buaian

satu terjatuh dah tinggal enam

Ada enam budak hitam main dalam gua
satu bertapa dah tinggal lima

Ada lima budak hitam sorok2
satu dah hilang dah tinggal empat

Ada empat budak hitam main tepi gaung
satu terjatuh dah tinggal tiga

Ada tiga budak hitam main kat taman
satu taknak main dah tinggal dua

Ada dua budak hitam main tepi batu besar
satu kena hempap dah tinggal satu

Ada satu budak hitam tinggal sorang2
kesian gila akhirnya. 
 
TamaT

23 November 2012

LIRIK LAGU | TERLUKA - EREN



Ku sangkakan madu ternyata racun
Ku sangka bahagia ternyata sengsara
Manis mulutmu bicara aku tergoda
Pahit ku dapat sampai ku tak menyangka

Kesetiaanmu hanya sesaat saja
Hanya membuat luka perasaanku
Setelah ku melihat kau bersamanya
Ku putuskan saja pergi jauh darimu

Aku kecewa, aku terluka

Sakitnya hatiku sampai tak tertahan
Tak rela diriku kau buat begini
Ku pasrah walaupun terasa sesak di dada
Ku mengalah demi kebahagiaanmu

Semoga semua menjadi pelajaran
Kisah cinta ini tak akan ku ulangi lagi
Cukuplah sudah sampai di sini saja
Lebih baik ku hidup sendiri

Aku kecewa, aku terluka

Sakitnya hatiku sampai tak tertahan
Tak rela diriku kau buat begini
Ku pasrah walaupun terasa sesak di dada
Ku mengalah demi kebahagiaanmu

Semoga semua menjadi pelajaran
Kisah cinta ini tak akan ku ulangi lagi
Cukuplah sudah sampai di sini saja
Lebih baik ku hidup sendiri

Lebih baik ku hidup sendiri ooh ooh

22 November 2012

SIAPKAN DIRI

assalamualaikum ..

jom siapkan diri dengan ilmu pengetahuan ..


TANDA-TANDA ORANG YANG HENDAK MATI ITU BANYAK ..

antaranya ialah :
  1. tapak kakinya lurus
  2. hidungnya tunduk
  3. sendi pergelangannya renggang
  4. pelipisnya lekuk dan mukanya jernih
SAAT-SAAT KEMATIAN
  1.  sunat di ajar kalimah tauhid LAILAHAILLALLAH sekali-kali .. jangan kerap-kerap supaya ia mendengar dengan jelas dan turut mengucapkannya bersama-sama 
  2. sunat dibacakan surah yasin dihadapannya
  3. hendaklah diberi minuman jika ia dahaga ketika nazak
  4. sunat disugikan giginya semoga memudahkan keluar rohnya dari jasad
  5. sunat dihadapkan ke qiblat , kepalanya ditinggikam sedikit diatas bantal
p/s : besh bace buku ni .. semua yang kita nak tahu pasal urus jenazah ada .. cari la satu .. tak rugi .. ILMU 

HAINOM OKJE

assalamualaikum ..

buka je kat komen .. tengok ada komen yang belum di approve .. hehe .. tengok-tengok .. sampai spam tau ..
Mana entri baru ni DeQ? boringlah asyik ni aje.... kuikuikui ( ikut deq kali ni) KAK HAINOM OKJE
 nah .. hahaha .. akak .. kite kasi post kat entry ni.. hohoho .. jangan marah haaa ..

korung .. mesti korung kenal kan sapa kak HAINOM OKJE ni ? dia blogger yang sedang meningkat naik .. dan dia seorang peramah .. sporting .. comel .. hehe ..
kalau korang tak kenal .. memang rugi .. kenapa ? sebab rugi la .. haha ..

KAK HAINOM OKJE adalah seorang ISTERI yg manja kepada suaminya, IBU yg mengharapkan kasih sayang dari seorang anak dan ANAK yg mengharapkan keberkatan doa dari seorang yg bernama ibu .....

kak HAINOM OKJE ni mula berblogging atau On Blogger since April 2012 .. akak kite ni da ramai follower taw .. walaupun baru je ada blog .. hehe ..

ni wajah-wajah kebahagiaan kak HAINOM OKJE kite ..



oh ye .. SELAMAT ANIVERSERY KAK (biarpun lepas tapi setiap hari aniversery kak okje kan kan ) .. hehe .. semoga akak dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat .. jadi seorang ibu yang power RANGERS okeis .. kuikui .. OH LUPE 1 MENDE PENTING ! ! .. kalau masuk je blog akak kite nih .. mesti PEROT mintak makan dan AIRLIUR mintak keluar dari mulut .. hahaha ..

akak .. sori kalau tak pandai nak bercerita .. sebab kan sebab kan .. kepala tengah pusing .. tapi nak juga buat entry .. hohoho ..

14 November 2012

SEGMEN | GEDIK2 TAMBAH FOLLOWER SAMPAI LEBAM

assalamualaikum ..

bangun je pagi tanpa mandi .. terus aku bukak blog .. haha .. ye la .. sat gi da nak gerak gi KL kan .. alang-alang tu .. tengok chatbox .. dan terus join SEGMEN yang di tag oleh blogger femes .. sape lagi kalo bukan KAK MIALIANA .. mesti semua kenal kan ? kalo tak kenal memang rugi .. haha .. JOM join SEGMEN yang dianjur oleh CIK ICECREAM ..


KENAPA AKU xsuka blog CIK ICECREAM : hanya letak 1 lagu .. ( hehe .. sebenarnya takde yang xsuka .. tapi disebabkan cara penyertaan dia camni .. terpakse la .. ngee~ )

nak tag SEMUA BLOGGER yang masuk blog ni .. harap join tuk meriahkan lagi segmen ni dan sambil-sambil tambah kenalan .. weeeee~

tamat : 12-11-2012 hingga 16-11-2012 (jam 5.00 pm)

p/s : siap-siap nak gi KL dah .. assalamualaikum ..

13 November 2012

Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih


JOM korung .. pakat join SEGMEN yang di anjur oleh UZU a.k.a EMAS PUTIH .. senang je syarat dia .. hehe ..

Due date : 13.11.12/00.00am - 03.12.12/11.59pm (3 Weeks)

RM10 topup untuk 3 blogger bertuah by random.

11 November 2012

SIRAT MUSTAQIM


[pesanan awal - Gambar di atas adalah bukan sama sekali dengan gambaran sebenar syurga dan neraka l ianya adalah bertujuan untuk menampakan gambaran kasar buat yang kurang faham terhadap penjelasan ] waallahualam

Perihal Sirat Mustaqim.


Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.

2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.

3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.

4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.

5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.

6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.

7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.

8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.

9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.

10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.

Semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

p/s : sama-sama kite renungkan ..

SUMBER : FESBOOOK

8 November 2012

SPONTANEOUS THURSDAY | BOHONG

kita mampu berbohong dengan orang lain tentang apa yang kita rasa, tetapi,ketahuilah bahawasanya kita tidak mampu untuk berbohong dengan diri sendiri


7 November 2012

KUMBANG MEKAH

assalamualaikum .. 

selamat malam korung semua .. sihat ? aku alhamdulillah sihat ..

KUMBANG MEKAH ialah binatang yang ada kat MEKAH dan makanan dia adalah RAGI ..
kumbang ni boleh merawat penyakit lelah ..

aku baru je dengar dan tengok kumbang ni dan baru je lepas makan KUMBANG MEKAH ni ..

mudah-mudahan lelah aku baik .. 

AMIN ..

 amek nan pakcik n makcik google

 harap pasni da tak perlu guna inhaler ni .. amin

p/s : korung da pernah makan kumbang mekah ?

AKU ANAK PERTAMA

1) ANAK MANJA EMAK ♥
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.

2) ANAK DEGIL
Anak pertama dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yg betul. Dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg betul. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

3) TAK PANDAI PUJUK
MJemang anak no 1 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia.

4) BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban.

5) HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.

6) HATI
Anak no 1 ni juga nampak aje keras, tp hati dia lembut. Satu lagi perangai dia tak boleh ditegur.

7) BERDIKARI
Very independent. Memang betul. Tp kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.

8) ARAHAN
Anak no 1 ni juga dia payah nk terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

9) PEMAAF & CARING
Tidak dinafikan anak no 1 ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham je lah.

10) PAKAIAN
Nak semua up to date. Semua nak kemas.
 
 hokhokhok .. 
 
* KORUNG anak ke BERAPA ?

p/s : aku follow muka bapak aku kan ? hehe

6 November 2012

AKU DAH .. KORUNG DAH ?

assalamualaikum ..

hi korung .. 

umur korang berapa ? da layak untuk mengundi ? hahaha ..

eh .. kenapa tetiba je aku ni kan ?

taklah .. tadi masa aku berniaga kan .. adalah pakcik tu yang entah datang dari mana tanya aku ..

pakcik : mek ni umur berapa ? jual sorang-sorang tak takut ke ?
aku : bakpe pokcik ?
pakcik : tengok kecik je .. macam budak tingkatan 1 je ..
aku : hahaha .. da layak mengundi ni pokcik ..

nah nah nah .. amik kau .. amik kau .. kecik sangat kah aku ni ? huarghhh ..

hahaha .. 

ok .. 

sebenarnya aku nak gitahu yang aku da layak untuk mengundi dan da siap daftar mengundi .. 
ni first time aku nak pergi mengundi .. haha . macam mana la ken ken ?


p/s : JOM gi MENGUNDI ,, pilih la yang mana menjadi pilihan korung .. kuikui

5 November 2012

WORDLESS MONDAY


4 November 2012

HABISKAN DUIT GAJI

assalamualaikum ..

selamat petang semua ..

31.10.2012 aku dapat gaji tau ..

eh ? keja sendiri pun dapat gaji ka ?
hahaha .. apa ? ingat keja sendiri takde gaji ?
takkan la aku nak campur adukkan duit putar-putar nak beli or tambah barang kedai dengan duit belanja aku kan kan ? sapa setuju aku cakap ni ? angkat telinga cepat .. hahaha

ok .. tadi aku ada chat dengan ADIK  aku ni dekat FB ..

tanya dia pakai minyak wangi apa .. haha ..
dia cakap pakai minyak wangi APPLE .. eh ? betul ke dik ? akak lupa .. hoho
pastu adik aku ni saran kan aku pakai SWEET HONESTY ..

eh eh .. kenapa ? kenapa ?
selama ni aku tak pernah pakai minyak wangi ke ?
hahahaha ..

selama ni pernah je aku pakai minyak wangi .. tapi minyak wangi DUNHILL .. beshh gila bau dia .. tapi sayang da habis dan dapat tentangan hebat sama INCIK HUBBY .. haha .. 

dulu INCIK HUBBY minta aku tukar minyak wangi .. tapi aku wat tak dengar sebab aku minat bau DUNHILL tu .. hohoho ..

ok ok .. da ..
 meh tengok aku habiskan duit gaji aku dengan apa ..

taraaaa ..


 INFINITE MOMENT PERFUME dan dapat perfuma MUG .. 

PERFUME ni wangi giler la wei .. mmmuah .. i loike it .. hehe .. dan MUG dia .. giler comel .. 

+ adik .. haha .. akak tak dapat nak beli minyak wangi perempuan .. hati terpikat dengan minyak wangi ni lagi .. hahaha ..

selain beli perfume .. aku ada beli 3 helai baju kelmarin .. haha .. tapi tak dapat nak masukkan pic sebab basuh .. kuikui

beshh jugak kadang-kadang ni bila shoopinggg .. ngee~

p/s : adoi .. da jenuh pikiaq .. apa la aku nak bagi hadiah untuk BAPAK MERTUA ni ? korung .. plezz bagi idea .. blurrrr ..

3 November 2012

EH EH EH ? HAHAHA

assalamualaikum ..

izinkan aku gelak kejap ..

hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha .. nah .. amik kau .. panjang kan aku gelak .. 

haish .. korung mesti cakap aku gila kan kan .. hoho ..

korung tahu tak ? aku ada fb taw taw .. 
dan .. DP fb aku tu .. aku wat pic comel giler .. tapi semua mintak aku tukar .. haha ..

nah .. aku mempersembahkan ..







p/s : pendapat korung pic kat DP aku tu comel tak ? hahaha

SUBHANALLAH ! CAKAP MAK MACAM TU ? ?


* korung .. ambil la pengajaran .. aku masukkan mende ni dalam entry aku .. bukan untuk meng"aib"kan budak ni .. 

WALAU SESIAPA PUN KITE ..
WALAU SEHEBAT MANA PUN KITE ..
WALAU BERJAYA SETINGGI LANGIT PUN ..
TETAPI TANPA DOA DAN RESTU SI IBU YANG MELAHIRKAN KITE ..
MAKA TIADALAH KEBERKATAN HIDUP

1 November 2012

PERSEDIAAN PERKAHWINAN YANG WAJIB DI KETAHUI

1. Memilih jodoh
Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya serta suami masing-masing seperti yang diterangkan sebelum ini.

2. Memilih bakal isteri

Sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu. Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai bagi mereka. Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat, seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan yang telah diberikan oleh Nabi S.A.W. iaitu mementingkan faktor agama selain daripada keturunan, harta dan kecantikan.

3. Memilih bakal suami

Perempuan juga digalakkan untuk memilih bakal suami yang baik dan mulia. Nabi S.A.W. menggalakkan wanita supaya memilih lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut:
-Beragama
-Berakhlak mulia
-Beradab
-Mempunyai harta dan keturunan mulia

Diantara tujuan pemilihan calon suami dan isteri ialah untuk memberi kepuasan hati dan keyakinan dalam memilih dan menentukan pasangan suka dan duka kelak. Ini penting sebagai ikhtiar dan permulaan kepada perancangan kehidupan berkeluarga.



4. Meminang

Meminang ialah lamaran seseorang lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya. Dalam maksud lain meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk melangsungkan perkahwinan.




5. Mas kahwin

Setiap akad perkahwinan mestilah mempunyai mas kahwin dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah serta manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana akad perkahwinan.


Mas kahwin dibahagikan kepada dua jenis:


1. Mas kahwin yang ditentukan dan disebutkan semasa majlis akad dan dinamakan mahar musamma. Mahar musamma dibahagikan kepada 2 jenis:


-Mahar musamma al-Mua'jjal

Mas kahwin yang disebut di dalam akad serta dibayar oleh suami secara tunai dan segera.

-Mahar musamma al-muajjal

Mas kahwin yang disebut semasa akad, tetapi dibayar secara tangguh dan hutang.


2. Mas kahwin yang tidak ditentukan jumlahnya sewaktu akad dan dinamakan mahar mithil. Mas kahwin jenis ini mestilah dibayar kepada pengantin perempuan mengikut kadar penilaian ahli keluarga dan sandara perempuan isteri...



6. Hantaran

Hantaran mengikut adat orang melayu ialah barang yang terdiri daripada mas kahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan. Hantaran dibawa pada hari berlangsungnya perkahwinan dan akad nikah sama ada bagi pihak pengantin lelaki kepada perempuan dan pengantin perempuan kepada lelaki dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11. Membawa hantaran adalah harus dalam syariat Islam selagi benda tersebut bernilai dan membawa faedah serta suci dan tidak ditegah oleh syara'.




7. Kenduri kahwin

Kenduri ialah jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki ataupun perempuan. Mengadakan majlis kenduri sunat muakkad hukumnya, iaitu sunat yang sangat dituntut supaya dilaksanakan walaupun secara kecil-kecilan sahaja. Apa yang penting majlis kenduri bukanlah satu cara untuk menunjuk-nunjuk kekayaan dan tidak mencampurkan unsur-unsur maksiat dalam majlis yang berkat itu.



Itulah antara persediaan yang perlu ditempuhi oleh pengantin lelaki dan wanita untuk menempuhi dan melangsungkan perkahwinan. Apa yang penting, Islam tidak pernah menyusahkan seseorang dalam satu perkara. Jika tidak mampu untuk berbelanja besar, cukuplah dengan sekadar apa yang ada dan bersederhana dalam perbelanjaan.


SUMBER : FESBOOK 

p/s : bercinta sudah  + bertunang pun sudah = jom nikah pulak (^_^)

NOVEMBER

assalamualaikum ..

selamat tengahari .. sekarang ni kawasan setiu tengah di landa hujan rahmat tau tau .. alhamdulillah ..

AUCUMMM .. haha .. sebut je hujan .. memang wajib aku akan selsema .. al-maklum la .. antibody low .. sabau je la .. kuikui

ok .. ada apa dengan NOVEMBER ? 

bulan november ni ada 4 perkara yang penting .. 
  1. BEFDAY bapak mertua 9 NOVEMBER
  2. BEFDAY incik hubby 28 NOVEMBER
  3. BEFDAY AKAK MSVELENTINE 18 NOVEMBER
  4. sijil DIPLOMA IN NURSING dalam genggaman 
  5. SHOPING , ENJOY , dan dapat jumpa KAWAN-KAWAN
syiok tak bulan NOVEMBER aku ? haha .. kalo korang tak rasa syiok .. takpe .. sebab bagi aku .. syiok .. hokhok ..

p/s : nak minta IDEA boleh ? hehe .. 

+ HADIAH apa erk nak kasi nanti ? hohoho