28 September 2012

PTPTN

PTPTN OH PTPTN .. 


kenapa pihak PTPTN baru hantar surat kat aku ? kawan-kawan aku da lama sampai .. haaa . ni mesti tak kasi aku bayar la ni kan kan ? hahaha

cehhh .. poyo je .. kalau meminjam .. kena la bayarkan .. jangan la wat derkk pula ..

aku duk tilik duk belek surat "cinta" yang PTPTN hantar ni .. pening gila ..
sebab .. aku tak tahu cara nak bayar .. haha

ok .. di sebabkan semangat gila aku nak bayar ni .. aku search la MADAM GOOGLE sebab .. hanya dia yang boleh tolong aku .. ekeke .. 
*ayat takleh blaaaa ..

TARAAAA ..

jumpa da pun .. jom skodeng kat bawah ..

Kaedah bayaran balik: 

PTPTN memperkenalkan pelbagai kaedah untuk meningkatkan jumlah bayaran balik pinjaman. Pendekatan yang diketengahkan oleh PTPTN adalah dengan menggunakan pelbagai saluran seperti bayaran melalui kaunter bank, kaunter PTPTN, iaitu di One Stop Center (OSC) atau Ibu Pejabat PTPTN, saluran internet dan pejabat Pos Malaysia. Ini jelas membuktikan PTPTN bersungguh-sungguh untuk memastikan peminjam dapat membayar pinjaman mereka dengan cara yang paling mudah dan berkesan. Antara cara diperkenalkan ialah:



  • Melalui potongan gaji
PTPTN bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memastikan bayaran balik melalui kaedah ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
Saluran ini adalah kaedah yang perlu diberikan keutamaan oleh peminjam kerana ia lebih berkesan dan dibayar tepat pada waktu dan menjimatkan masa bagi yang tiada kelapangan kerana sibuk dengan urusan kerja.



  • Melalui Kaunter
PTPTN menjalinkan kerjasama dengan beberapa institusi kewangan bagi memudahkan urusan pembayaran balik pinjaman PTPTN melalui kaunter yang terpilih saja. Antara institusi kewangan dilantik sebagai ejen penerima bayaran balik ialah CIMB Bank (CIMB), Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Pos Malaysia Berhad dan Ibu Pejabat LHDN.

Bagi peminjam yang memilih membuat bayaran melalui kaedah ini, mereka dikehendaki mengisi slip pembayaran bil yang disediakan oleh institusi kewangan itu setiap kali ingin membuat bayaran balik pinjaman.


Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran kerana PTPTN tidak akan mengeluarkan resit rasmi bagi pembayaran yang dibuat melalui ejen, melainkan pembayaran dibuat terus di kaunter PTPTN.



  • Secara On-Line
Kaedah pembayaran lain yang disediakan adalah melalui perbankan internet. Antara institusi kewangan yang dilantik sebagai ejen bayaran balik pinjaman melalui kaedah ini ialah


Semua institusi kewangan di atas mengenakan caj antara 50 sen hingga RM1 bagi setiap transaksi dengan tempoh kemas kini selama tiga hari.


Melalui kaedah ini, peminjam hendaklah mempunyai akaun di bank itu dan seterusnya mendaftar sebagai pengguna perkhidmatan perbankan internet bank itu. Pembayaran melalui kaedah ini tidak dikeluarkan resit rasmi oleh PTPTN. Peminjam hendaklah mencetak resit yang boleh dijana oleh sistem yang disediakan bank berkenaan dan menyimpannya sebagai rujukan dan bukti pembayaran. Caj perkhidmatan akan dikenakan oleh bank berkenaan bagi setiap transaksi dilakukan bagi pembayaran melalui kaedah ini.

  • Melalui FPX
FPX ialah singkatan bagi Financial Process Exchange iaitu perkhidmatan pembayaran dalam talian yang ditawarkan bank yang turut serta dalam FPX bagi memudahkan pembayaran pinjaman PTPTN. FPX menawarkan pembayaran atas talian yang diproses secara masa nyata (real time) iaitu di mana saja dengan secara langsung mendebitkan terus dari akaun pelanggan.

Bayaran secara perkhidmatan FPX boleh dilakukan di
www.ptptn.gov.my. Peminjam boleh membuat pilihan nombor pinjaman yang hendak dijelaskan. Peminjam yang mempunyai akaun BIMB Bank, CIMB Bank, Maybank, Hong Leong Bank atau Public Bank boleh menggunakan cara ini dan caj perkhidmatan RM0.50 dikenakan bagi setiap transaksi.


  • Bayaran Terus
Bayaran balik pinjaman melalui pos boleh dilakukan dengan mengemukakan bayaran dalam bentuk bank deraf atau kiriman wang berpalang saja dan dibayar atas nama PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL. Pastikan nombor kad pengenalan dan nama peminjam ditulis dibelakang bank deraf/kiriman wang itu. Manakala bayaran TUNAI atau segala urusan berkaitan bayaran balik pinjaman boleh dilakukan di kaunter PTPTN di alamat:

One Stop Center PTPTN , 
Unit 1 & 2A, 2B Level 2, 
Stesen Sentral Kuala Lumpur, 
50470 Kuala Lumpur 

atau 

Ibu Pejabat PTPTN, Tingkat 6, 
Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, 
Damansara Heights 
50490 Kuala Lumpur.

  • Pengeluaran Akaun II KWSP
Peminjam PTPTN boleh membuat pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membayar balik pinjaman. Bagi pengeluaran oleh ahli (bagi peringkat Diploma dan Ijazah), perjanjian mestilah bertarikh 2 Januari 2000 ke atas. Bagi pengeluaran oleh ibu bapa, perjanjian pinjaman mestilah bertarikh April 2001 dan ke atas untuk peringkat ijazah, manakala bagi peringkat diploma, perjanjian pinjaman mestilah bertarikh 17 Januari 2006 ke atas. Semua syarat pengeluaran ditetapkan oleh KWSP.

p/s : harap dapat membantu korung yang tengah pening memikirkan cara nak membuat pembayaran k ..  

21 comments:

-meeSUPERGIRL- said...

bayar jgn tak bayar. .hehe

Everything's Everythings said...

Alamak mcm melecehkan je cara bayaran dia kan?
Tak mesra pengguna betul xD

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

jgn jadi kacang lupakan kulit..hehe..selalu byar kat kaunter sb da x keje

syafiqa said...

err baru buat penangguhan

Mohamad Fathi said...

Bayaq jangan tak bayaq... ^_^

Wa pinjam kat MARA.. Hehe..

.::: Princess MOMOY :::. said...

terima kasih info berguna ni dear

Jna marcello said...

so pilih laa nk buat pembayaran mcne ye syg heheh ;D

Khalilah said...

Tak lama lagi giliran saya dapat surat cinta la tu... Hu~!

Btw, sy baru kat sini;)

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Yana tak perlu bayar..haha , takdak pinjam pun kat PTPTN nii , tunggu laa , siapa tk byr PTPTN kena jadi ahlong sudaa !hahaha

*singgah sini jom,, kalau rajin..senamkan jari memfollow..kalau tk rajin..ummm..takpela..btw , sy dh follow sini :D

Himawari Mirsada said...

ok..jgn lpa byr..hehe

Nik said...

sis byr kat bank islam :)

Unknown said...

cara dah ada..ape lagi..pi la bayar..hehe..XD

cci said...

rajin2 le membayar semula ek..^_^

ajax85 said...

bayar je lah..walaupun sikit..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Shida Radzuan said...

heheee..bayar jgn xbayar nasib shida xpinjam mna2 pihak hehee :)

Nora Karim said...

betul tu... kalau dan pinjam... kena byar balik...

**nasib baik akak tak buat pinjaman PTPTN tu... heheh**

Ayuni Sara said...

hehe. tq najihah. oke, kita sama hadapi masalah ni sekang.

Syira Lokman said...

syira teringin nak jdkan ptptn ni biasiswa nnti :)

ainur roslan said...

yelah, kene bayar la,tak psl2 kene blacklist pulak nanti kan..:p

ainur roslan said...

sangat membantu kpd sesape yg nk bayar ptptn tapi x thu camane :)

ainur roslan said...

singgah sini juge woo~