30 September 2012

POSMEN DATANG BERLUMBA-LUMBA

assalamualaikum ..

wot wot .. kihkih ..

eh .. apa yang kat pintu kedai aku tu .. 
macam bungkusan something je .. 
kaler koko pula tu sampul dia ..
surat ugutan kah ? 
surat cinta kah ?

hahahaha ..

tak tak .. 

surat tu adalah daripada KAKJAJA .. 

isi kat dalam tu ada butang dan rantai .. cun wey ..



ngeee~ 

pertama kali dapat free gift dari sahabat blogger ..

terima kasih kak jaja .. tak sangka dapat rantai pula .. 

so ..

dengan ini .. 

dengan rasminya ..

aku dEdEQ dE wIshEs bergelar TEAM BLOGGER ACTIVE (TBA) ..

p/s : korung nak macam aku ? cepat pergi gitau kakjaja .. hehe ..
dan .. kalau ada yang baik hati nak bagi free gift lagi .. jangan malu-malu untuk minta alamat ngan aku erk ? .. wahaha .. (muka tak tahu malu) ..

SAYA FOLLOW AWAK , AWAK FOLLOW SAYA

assalamualaikum ..

selamat pagi dan selamat semua .. ngee~

pagi ni datang kerja .. lepas makan je .. terus on lappy ni ..

pe lagi ..

terus buka blog dan terjah komen yang waiting .. haha

eh ada la .. sekarang alhamdulillah .. walaupun orang komen sikit .. tapi tiap-tiap hari .. mesti ada .. dan salah satu komen yang tengah tunggu nak di publish tu daripada KAQMOI a.k.a KAQEMY .. dia cakap da tagkan aku tuk segmen ADIK NURUL SYAFIQA  .. so apa lagi .. terjah-terjah dan terjah .. haha

so .. aku join ..


 FOLLOWER AKU SEKARANG 722 ORANG SAHAJA (30 september / 9.57 am)

BETULKAH PEROKOK JUGA ADA HAK ?

YA ! HAK UNTUK MENGETAHUI HAKIKAT SEBENAR DI SEBALIK HARGA SEBATANG ROKOK ..

dengan membayar 50 untuk sebatang rokok , anda sebenarnya membelanjakan :
  • 24 sen untuk cukai hasil tembakau 
  • 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok
  • 5 sen untuk peruncit
  • 1 sen untuk keuntungan pemborong / pengedar rokok
  • 1 sen untuk dinikmati penanam / pengawit tembakau
nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5 sen !

setiap rokok yang dihisap , anda sebenarnya menghadiahkan diri dengan :
  •  20 kali lebih risiko kanser paru-paru
  • 10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru
  • 10 kali lebih padah saluran darah tersumbat
  • 4 kali lebih ancaman serangan jantung
  • 2 kali lebih risiko serangan strok
  • 50% risiko kematian akibat tabiat merokok
paling utama , anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda .

BERHENTI SEBELUM TERLAMBAT !!!!!!

 

29 September 2012

LIRIK LAGU | AKUR JANJI (EDDIE & WANIE)




Tak pernah ku menduga
Kan bertemu denganmu
Bersatu di alam cinta

Tak pernah ku merasa

Bahagia begini
Di sisimu

Kekasih ku sayang kan kamu

Cintaku kasihku untukmu
Kekasih hanya kau ku mahu
Hidup dan mati bersamamu

Akur janji setia padamu

Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu

Akur janji ku hanya untukmu

Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu

Aku tak bisa sendiri tanpamu

Sedetik pun ku tak mampu
Sejuk hatiku oh tenang jiwaku
Memandangmu

Hatiku hatimu telah bertemu

Sayangmu sayangku jadi satu
Rindumu rinduku disimpulkan
Terciptalah sebuah ikatan

Akur janji setia ku padamu

Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu

Akur janji ku hanya untukmu

Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu

Ku percaya

Jodohku denganmu
Ku percaya
Kau permaisuriku
Ku percaya
Kasih sayang kita kan kekal abadi
Moga Tuhan merestui


p/s : giler beshhh lagu ni .. dengar je lagu ni kat radio tadi .. terus mesej INCIK HUBBY suruh dengar .. haha .. 

korung suka tak ? aku suka sangat-sangat .. jom dengar dan menghayati .. ekeke ..

28 September 2012

PTPTN

PTPTN OH PTPTN .. 


kenapa pihak PTPTN baru hantar surat kat aku ? kawan-kawan aku da lama sampai .. haaa . ni mesti tak kasi aku bayar la ni kan kan ? hahaha

cehhh .. poyo je .. kalau meminjam .. kena la bayarkan .. jangan la wat derkk pula ..

aku duk tilik duk belek surat "cinta" yang PTPTN hantar ni .. pening gila ..
sebab .. aku tak tahu cara nak bayar .. haha

ok .. di sebabkan semangat gila aku nak bayar ni .. aku search la MADAM GOOGLE sebab .. hanya dia yang boleh tolong aku .. ekeke .. 
*ayat takleh blaaaa ..

TARAAAA ..

jumpa da pun .. jom skodeng kat bawah ..

Kaedah bayaran balik: 

PTPTN memperkenalkan pelbagai kaedah untuk meningkatkan jumlah bayaran balik pinjaman. Pendekatan yang diketengahkan oleh PTPTN adalah dengan menggunakan pelbagai saluran seperti bayaran melalui kaunter bank, kaunter PTPTN, iaitu di One Stop Center (OSC) atau Ibu Pejabat PTPTN, saluran internet dan pejabat Pos Malaysia. Ini jelas membuktikan PTPTN bersungguh-sungguh untuk memastikan peminjam dapat membayar pinjaman mereka dengan cara yang paling mudah dan berkesan. Antara cara diperkenalkan ialah:



  • Melalui potongan gaji
PTPTN bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memastikan bayaran balik melalui kaedah ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
Saluran ini adalah kaedah yang perlu diberikan keutamaan oleh peminjam kerana ia lebih berkesan dan dibayar tepat pada waktu dan menjimatkan masa bagi yang tiada kelapangan kerana sibuk dengan urusan kerja.



  • Melalui Kaunter
PTPTN menjalinkan kerjasama dengan beberapa institusi kewangan bagi memudahkan urusan pembayaran balik pinjaman PTPTN melalui kaunter yang terpilih saja. Antara institusi kewangan dilantik sebagai ejen penerima bayaran balik ialah CIMB Bank (CIMB), Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Pos Malaysia Berhad dan Ibu Pejabat LHDN.

Bagi peminjam yang memilih membuat bayaran melalui kaedah ini, mereka dikehendaki mengisi slip pembayaran bil yang disediakan oleh institusi kewangan itu setiap kali ingin membuat bayaran balik pinjaman.


Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran kerana PTPTN tidak akan mengeluarkan resit rasmi bagi pembayaran yang dibuat melalui ejen, melainkan pembayaran dibuat terus di kaunter PTPTN.



  • Secara On-Line
Kaedah pembayaran lain yang disediakan adalah melalui perbankan internet. Antara institusi kewangan yang dilantik sebagai ejen bayaran balik pinjaman melalui kaedah ini ialah


Semua institusi kewangan di atas mengenakan caj antara 50 sen hingga RM1 bagi setiap transaksi dengan tempoh kemas kini selama tiga hari.


Melalui kaedah ini, peminjam hendaklah mempunyai akaun di bank itu dan seterusnya mendaftar sebagai pengguna perkhidmatan perbankan internet bank itu. Pembayaran melalui kaedah ini tidak dikeluarkan resit rasmi oleh PTPTN. Peminjam hendaklah mencetak resit yang boleh dijana oleh sistem yang disediakan bank berkenaan dan menyimpannya sebagai rujukan dan bukti pembayaran. Caj perkhidmatan akan dikenakan oleh bank berkenaan bagi setiap transaksi dilakukan bagi pembayaran melalui kaedah ini.

  • Melalui FPX
FPX ialah singkatan bagi Financial Process Exchange iaitu perkhidmatan pembayaran dalam talian yang ditawarkan bank yang turut serta dalam FPX bagi memudahkan pembayaran pinjaman PTPTN. FPX menawarkan pembayaran atas talian yang diproses secara masa nyata (real time) iaitu di mana saja dengan secara langsung mendebitkan terus dari akaun pelanggan.

Bayaran secara perkhidmatan FPX boleh dilakukan di
www.ptptn.gov.my. Peminjam boleh membuat pilihan nombor pinjaman yang hendak dijelaskan. Peminjam yang mempunyai akaun BIMB Bank, CIMB Bank, Maybank, Hong Leong Bank atau Public Bank boleh menggunakan cara ini dan caj perkhidmatan RM0.50 dikenakan bagi setiap transaksi.


  • Bayaran Terus
Bayaran balik pinjaman melalui pos boleh dilakukan dengan mengemukakan bayaran dalam bentuk bank deraf atau kiriman wang berpalang saja dan dibayar atas nama PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL. Pastikan nombor kad pengenalan dan nama peminjam ditulis dibelakang bank deraf/kiriman wang itu. Manakala bayaran TUNAI atau segala urusan berkaitan bayaran balik pinjaman boleh dilakukan di kaunter PTPTN di alamat:

One Stop Center PTPTN , 
Unit 1 & 2A, 2B Level 2, 
Stesen Sentral Kuala Lumpur, 
50470 Kuala Lumpur 

atau 

Ibu Pejabat PTPTN, Tingkat 6, 
Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, 
Damansara Heights 
50490 Kuala Lumpur.

  • Pengeluaran Akaun II KWSP
Peminjam PTPTN boleh membuat pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membayar balik pinjaman. Bagi pengeluaran oleh ahli (bagi peringkat Diploma dan Ijazah), perjanjian mestilah bertarikh 2 Januari 2000 ke atas. Bagi pengeluaran oleh ibu bapa, perjanjian pinjaman mestilah bertarikh April 2001 dan ke atas untuk peringkat ijazah, manakala bagi peringkat diploma, perjanjian pinjaman mestilah bertarikh 17 Januari 2006 ke atas. Semua syarat pengeluaran ditetapkan oleh KWSP.

p/s : harap dapat membantu korung yang tengah pening memikirkan cara nak membuat pembayaran k ..  

ENTRY BERGAMBAR | SI BEBEAR DAN SI ADIK






balik je dari kedai tadi .. aku nampak adik aku yang no 8 9 dan 10 ni duk pakaikan baju kat bebear .. so .. aku yang takda idea nak update blog malam ni .. terus dapat idea .. haha

aku : ah , ain , chacha .. cepat pakaikan baju untuk bebear semua ni .. nak ambil gambar .. masuk dalam blog ..

adik-adik : ok ..

aku pun apa lagi kan .. susun atur semua bebear yang da ciap diorang pakaikan baju .. snap snap sekali dengan mereka .. hahaha ..
 
p/s : aku suka tengok gelagat adik-adik aku yang leh wat aku gelak sendiri .. 
i m sorry .. adik-adik ni seksa-seksa sikit .. haha

27 September 2012

BAIK

► Kita tulis benda2 baik..Tak semestinya kita baik..
»» tapi sekurang kurangnya kita tak tulis sesuatu tak baik kan? ✔

► Kita cakap benda baik, tak semestinya kita baik..
»» tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara2 tak baik kan? ✔

► Kita buat baik, tak semestinya baik..
»» tapi sekurang-kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan? ✔

••► Kita bukanlah bagus sangat..tapi InsyaAllah, tak salah kita menuju dan berusaha untuk menjadi baik..Amin Ya robbal 'alamin

SEGMEN : TANGKAP FOLLOWER SEBANYAK MUNGKIN

assalamualaikum .. selamat petang dan selamat bercuti ..

wahhh .. rindunya kat blog ni ,, dah 2 hari tak buka .. haha .. 

ok .. tadi aku ada blogwalking kat blog-blog mereka-mereka dan ternampak la satu segmen ni yang dianjurkan oleh adik NABILA MEDAN kita ni .. 

so .. dengan tak membuang masa .. aku nak join .. sebab .. wat masa sekarang ni .. aku nak wat entry pun takdo idea .. ngeee~ ..


follower sekarang 708 ORANG SAHAJA ..

p/s : jom pakat join ramai-ramai .. tak rugi pun larr .. lai lai

24 September 2012

akulah HARAPAN ..


seorang budak perempuan menyalakan empat batang lilin di dalam sebuah bilik yang gelap .. Lalu , terdengarlah lilin yang pertama bersuara : "Namaku DAMAI .. sayangnya manusia tidak mahu menjagaku .. mereka lebih suka huru-hara , mengganggu kedamaian . Lebih baik aku mati daripada terus memberikan sinar ". Lalu padamlah lilin pertama itu ..

Kemudian lilin kedua pula menyambung .. "Namaku IMAN .. sayangnya tidak ramai manusia mahu mengenaliku .. hiburan duniawi lebih berguna daripadaku .. apalah gunanya aku terus menyala". dan padamlah lilin kedua itu ..

Lilin ketiga pula menyambung perbualan .. "Namaku CINTA .. tapi manusia tidak mengganggapku berguna .. mereka saling membenci walaupun darah daging sendiri .. tiada gunanya aku terusmenyala". padamlah lilin ketiga itu ..

budak perempuan itu menangis ketakutan ..

"apakah yang telah terjadi ? mengapa hanya satu yang menyala ? aku tidak mahu begini .. aku takut kegelapan .. sebatang lilin tidak cukup untuk menerangi bilik gelap ini", ujarnya tersedu-sedu ..

melihat budak kecil itu ketakutan .. lilin keempat pun bersuara : jangan takut .. selama aku ada , kau tetap mampu menyalakan ketiga-tiga lilin tadi walaupun banyak mana ia terpadam ".

"siapakah engkau ?" tanya budak kecil itu ..

"Akulah HARAPAN .." jawab lilin keempat ..

budak itu berhenti menangis . diambilnya lilin keempat lalu di cucuhkan untuk menyalakan ketiga-tiga lilin yang mati tadi ..

bilik itu terang-benderang semula .. budak itu tersenyum ..

p/s : HARAPAN tidak pernah mati .. sebaliknya ia mengembalikan semula cahaya yang telah hilang ..

23 September 2012

I M SICK | HOSPITAL BESAR SETIU

assalamualaikum ..

korung .. rindu aku tak ? aku rindu sangat kat korung . taw taw ?

maafla .. dah lama aku tak on9 kan kan ? sebab ?

sebab yang pertama .. adik aku yang no 2 tu bawak dua-dua laptop ke sana .. dan sebab yang kedua .. aku admit kat hospital la .. dari 20.9.2012 (pukul 1.30 pagi) hingga 22.9.2012 (12 tengahari) ..

aku sakit ..
kesian kan kat aku ..
hehe ..

sakit aku tak la banyak tapi banyak juga la .. haha .. capat macam keling..

aku masuk hospital sebab sakit perut .. dan . doktor suspek aku ada ependik .. tapi bila masuk wad tu .. penyakit aku bertukar jadi jangkitan kat limpa pula .. haha .. macam-macam kan .. dan .. bila da duk sana .. asthma aku mula la gatal nak tompang juga .. so .. sepatutnya 21 tu da boleh keluar .. tak dapat la keluar lagi .. kesian engko najihah .. haha ..

apa lagi .. ubat memang banyak gila la kan .. setiap 4 jam aku kena sedut ubat .. dan setiap tu juga la aku kena makan ubat dan kena masuk ubat melalui branula .. sakit sangat .. sob sob ..

nah aku sajikan makanan aku kat hospital sepanjang 3 hari dan dengan gambar aku sekali .. selamat menjamu selera .. haha ..

branular kaler hijau .. sakit woo .. panjang gila plastik dia tu .. haha ..

ni dah separuh ubat yang tinggal ..

 best duk hospital ni .. dapat tag nama free je .. huhu

 ada nampak gaya muka orang sakit tak .. ngee~
(baju gedabak besar ..)

terpaksa di tanggal awal-awal sebelum balik sebab da bengkak dan merah ..

 bila da tanggalkan .. mula la asa pelik kan .. haha 

 kubikal yang aku duk ni sekali dengan ibu bersalin .. sebab .. dewan bersalin dia tengah di baiki ..

ni stok ubat-ubat aku kat umah untuk 3 tahun kut .. haha

p/s : terima kasih kepada para pelawat yang sudi datang lawat aku kat hospital selama aku di tahan kat situ .. terharu sangat ..
dan 
terima kasih gak kat INCIK HUBBY sebab selalu teman time bosan dan tak dapat tidur .. 

16 September 2012

ENTRY BERGAMBAR | PANTAI RHU SEPULUH

assalamualaikum .. salam 1 malaysia ..

hari ni aku , mama , adik-adik dan sepupu pergi ke pantai rhu sepuluh untuk ....
untuk menyambut kepulangan adik aku no 2 dari UMT ..
hahaha .. macam jauh je UMT tu kan ?
padahal 45 minit je untuk pergi sana .. hahaha

ok .. sebenarnya pergi pantai rhu sepuluh saja je tuk jalan-jalan ambil angin sebab dah lama tak keluar jalan-jalan dengan pamily kan .. so .. apa lagi .. masa habis kerja awal la nak pergi situ pergi sini pun kan .. huhu ..

ok .. aku sekarang ni malas nak menaip sangat .. sebab mood demam .. 
hikhik .. bestkan aku .. main petik je alasan demam .. padahal malas ..
ala .. biasala manusia .. penuh dengan alasan .. kuangkuang ..

oppss .. membebel panjang-panjang pun korang tak baca kan kan .. hohoho .

ke baca ni ? waaa .. terima kasih sahabat ..

jom tengok gambar kat bawah ni .. 

selamat menjamu mata dengan gambar-gambar ni .. hehe ..



















OK .. habis sudah ..

hehehe ..

terma kasih sudi bace dan tengok-tengok ..

15 September 2012

SELAMAT HARI MALAYSIA BUAT SAHABATKU ...


 kita bagaikan nasi lemak .. kenapa ? sebab ada antara kita yang semasin ikan bilis .. ada yang selemak telur .. ada yang gebu umpama nasi .. dan ada pula yang sejuk macam timun ..bila ditambah sambal yang manis dan pedas .. cukup lengkap semua rasa .. kita umpama adunan sempurna dalam sebuah negara yang sentosa .. seperti hidangan kegemaran kita .. kan kan .. hehe ..

SELAMAT HARI MALAYSIA ..




14 September 2012

I M SORRY

  
I M SORRY ..

aku minta maaf dengan seikhlas hati sebab .. dengan ENTRY aku yang PUNCA PENYAKIT TB YANG TERBARU .. ada anonymous yang da marah ..


maaf .. aku tak terniat pun nak wat semua marah dengan entry aku yang tu ..
aku cuma terhibur dengan telatah adik aku .. then aku nak kongsi .. tapi .. tajuk ENTRY aku tu mungkin tak sesuai kot .. 
aku minta maaf kewh .. aku tak pernah terniat pun ..

p/s : rasa bersalah tapi dalam pertimbangan untuk memadam ENTRY tu ..
 

13 September 2012

PUNCA PENYAKIT TB YANG TERBARU .....

assalamualaikum ..

korung .. tahu tak sebab penyakit TB yang terbaru ?
hah ? tak tahu ? 
adik aku yang umur 6 tahun tahu ..

...................................
baru balik dari kedai ..

....................................

bunyi adik umur 2 tahun setengah duk gaduh dengan yang umur 6 tahun untuk tukar siaran tv ..

chacha umur 2 tahun setengah dan ain 6 tahun ..

chacha : nak encet tv ..
ain : mana boleh main ..
chacha : ulehla ..
ain : tak leh ..

terus chacha pergi dekat tv ..

ain : cha .. jangan pergi kat tv ..
chacha : akpe ..
ain : kejap lagi kalau chacha sentuh tv tu .. chacha akan nyakit TB ..

hahaha .. kami yang mendengarnya terus tergelak ..

sentuh je TV .. akan dapat penyakit TB ..

amacam ? hahaha ..

encet - remote
ulehla - bolehla
akpe - kenapa
TB - tuberculosis

 

ENTRY BERGAMBAR | TARIK NAFAS .. HEMBUS ..


jom buat senaman pernafasan pagi-pagi ni ..

p/s : cun gegila kan ? hahaha

11 September 2012

SANGGUP MAKAN ? ?


Nasi Goreng Pataya

p/s : cun kan ? hahaha .. kalau aku kan .. dapat nasi macam ni .. compirm ambil gambar sini situ sana .. hahaha .. compirm sangat-sangat ..