26 March 2015

PENTING | AMBIL TAHU ALAHAN UBAT ! !

Assalamualaikum

Tadi ke klinik lagi untuk IM INFERON .. tapi tak boleh cucuk sebab LEPAS DOS TRIAL INFERON HARITU .. ADE S.O.B & HEADACHE .. INGATKAN NORMAL .. RUPA-RUPANYE AKU ALERGIK DENGAN IM INFERON NI .. 2 HARI DAH SUNTIK .. REAKSI SAME JE .. LAST KENE REFER DOKTOR .. DAN STOP IM INFERON .. DOKTOR SURUH TERUSKAN UBAT IBERET . HAHAHA .. DUGAAN SGGUH PREGGY NI ..

Pastu .. masa nak balik tu .. aku ada amik pamplet pasal AMBIL TAHU ALAHAN UBAT ni .. hahaha .. maka terhasillah ENTRY ni .. 

Jom baca kat bawah ni ..

Apakah Alahan Ubat ?

Alahan ubat merupakan kesan tidak diingini yang berlaku akibat tindak balas ketahanan badan terhadap ubat tertentu yang diambil

Tanda dan Kesan
  • Reaksi alahan ubat-ubatan tidak berlaku kepada semua orang dan mungkin berbeza bagi setiap individu
  • Ia terdiri daripada ruam biasa , kegatalan pada kulit atau mata , bengkak pada bibir , lidah , mata atau muka
  • Ia juga boleh menjadi serius sehingga mengancam nyawa
Contoh Alahan Ubat
  • Ruam - Alahan ubat yang paling kerap berlaku
  • Lepuh (blister) - Ia amat menyakitkan dan biasanya menyebabkan permukaan kulit melecet
  • Sindrom Stevens-Johnson(SJS - Merupakan reaksi yang bermula dengan lepuh dan menyebabkan pengelupasan kulit yang serius
  • Anafilaksis - Tindak balasnya termasuk kesukaran bernafas , resah , berdebar-debar , loya , muntah , bengkak , kekejangan otot dan pitam . Tindak balas ini berlaku dengan pantas dan boleh membawa maut.
PERINGATAN : SEKIRANYA ANDA MENGALAMI TANDA-TANDA DI ATAS , SILA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR .

2 comments:

Cik Ash said...

Ok deq...

sHaRiNa eLyaNa said...

so far sha blum ada kena alahan ubat..kcuali kacang hahaha...nice sharing deq :)