13 March 2015

WANITA | LELEHAN CECAIR MACAM KEPUTIHAN TAPI BANYAK

Assalamualaikum

ADEH .. sungguh open tajuk dan entry aku petang ni kan ? Maaf bagi yang tak suka .. tapi ENTAH la .. nak jugak luahkan .. kot ada yang pernah alami macam aku .. sekarang ni tengah BLURR ..

Dah 2 hari ada lelehan cecair macam keputihan tapi banyak dan yang penting jernih .. baby pun kerap je mengeras .. aiyoyo .. tapi tanda-tanda macam nak bersalin tu takde .. cuma rasa macam perit-perit je dalam perot ..

Keputihan ke macam tu erk ? Tapi kalau pakai spender tu .. basah sampai kena seluar / kain .. tu pelik .. tak pernah terjadik pun sebelum ni .. dalam 2 hari ni je ..

Tadi tanya mertua .. napa baby selalu mengeras je ..  mertua cakap sebab aku aktif .. banyak berjalan dan duduk je kat kedai .. tak baring-baring .. kot baby tak selesa .. sebab tu mengeras .. pasal lelehan cecair yang keluar tu .. mertua tak berani nak jawab .. tapi dia cakap kalau banyak lagi .. baik pergi klinik .. tanya nurse normal ke tak .. uhuk .. 

HMMM .. sebabkan nak lagi kepastian .. aku search gugel .. dan ni yang aku dapat carik ..

"Semasa seorang wanita sedang hamil, bayi dalam rahem dilindungi oleh selaput yang dikenali sebagai amniotic membrane dan mengandungi cecair, yang disebut sebagai air tuban, atau ‘amniotic fluid”.
Ia bertujuan untuk melindungi bayi dari ancaman gegaran dan hentakan dari luar dan menjadi medium untuk perkumuhan. Bayi akan bebas bergerak di dalamnya, ibarat bayi yang sedang bermain dalam kolam air yang cetek.
Apabila selaput ini bocor, ia akan menyebabkan air tuban akan keluar dari rahem melalui faraj. Dalam istilah perubatan ia dinamakan SROM (spontaneous rupture of membranes).
Selalunya apabila wanita hamil sedang mengalami proses kelahiran, selaput tuban akan mula bocor dan mengeluarkan air tuban. Dalam hal ini, ia adalah kejadian yang normal.
Namun sebahagian kecil wanita yang hamil mengalami kebocoran tuban sebelum berlakunya proses kelahirnan ini dan berlaku pada usia kehamilan kurang dari 37 minggu.
Mereka tidak merasa sakit perut seperti rasa mahu bersalin kerana proses kelahiran belum bermula. Selalunya proses kelahiran dan sakit perut akan berlaku dalam masa 24 jam.
“Apa yang perlu dilakukan?”
Jangan panic. Letakkan pad atau tuala atau kain yang bersih pada kemaluan. Selalunya air tuban yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan. Ada juga bercampur dengan sedikit darah.
Jumlah air yang kecil berbeza-beza. Ada yang keluar sedikit, dan ada yang keluar dengan banyak seperti ‘empangan yang pecah’, sehingga membasahi kain yang dipakai.
Oleh itu saya mencadangkan agar segera membuat persiapan untuk ke hospital, walau pun tidak merasa sakit perut untuk melahirkan. Di hospital doctor akan membuat pemeriksaan dan mungkin ditahan di wad.
Doktor akan memastikan bahawa air yang keluar itu adalah air tuban, bukan air kencing atau lendiran dari faraj. 
Pemeriksaan ultrasound dilakukan bagi memeriksaan air tuban yang tinggal dalam rahem, selalunya menjadi kurang.

Pemeriksaan ultrasound juga dapat melihat pergerakan dan fizikal bayi."

Normal ke tak eh ? alahai .. kakak2 or adik2 yang pernah preggy dan dah jadi ibu sekarang pernah alami tak macam deq alami ni ?




8 comments:

Farah Waheda Wahid said...

haaa, yang ini akak tak pasti dan tak boleh nak bantu sebab tak mengalami simptom seperti ini sebelum ini... hu hu hu... apa-apa pun akak doakan yang terbaik buat deq...

Maria Firdz said...

Normal jika wrna putih dan... Tak normal jika banyak.. Smpai bsh seluar dlm.. Dan tak normal kalau smpai keluarkan bau dan wrna bertukar ke kuning dan hijau...

Mrs Velentine said...

baik pergi klinik tanya deq

azizah green line said...

keputihan tu deq..sebab skrg dah nak dekat2 due kan..lg banyak kuar sbb rahim makin membuka..kalau keputihan tukar kaler cepat2 g hospitalb takut infection

mawar berduri said...

g klinik lah check untuk kepastian..

Cik Candy said...

Semoga segalanya dipermudahkan, aamin.

hainom OKje said...

Assalam Deq.....okje tak pasti apakah itu. Tp setahu okje cecair jernih tu mmg ada keluar walau tak pregnent pun terutamanya waktu subur.
Betul kat mil tu, utk kepastian better tanya doktor.

Lenovo A536 said...

Sya pon ade..tpi x kahwin lg..cmne..huhu