28 March 2015

AWAS ! Antibiotik mungkin bahaya


Apa itu ANTIBIOTIK ?
Antibiotik hanya membunuh atau merencat pertumbuhan kuman bakteria. Ia tidak membunuh kuman lain seperti virus dan kulat.

Mengapa ANTIBIOTIK diperlukan ?
Antibiotik hanya berkesan terhadap jangkitan bakteria. Antibiotik yang berbeza diperlukan untuk merawat jangkitan bakteria yang berlainan. Doktor akan menentukan jenis antibiotik yang sesuai untuk anda.

Tahukah anda ?
  • Batuk dan selesema biasanya TIDAK MEMERLUKAN antibiotik dan biasanya akan pulih dengan pengambilan air dan rehat secukupnya.
  • Sekiranya disalahguna , kerintangan antibiotik mungkin berlaku dan boleh menyebabkan hilang keberkesanan.
  • Bakteria yang telah mengalami kerintangan antibiotik akan menyebabkan jangkitan yang lebih serius dimasa akan datang.
Peranan anda untuk mengurangkan kerintangan ANTIBIOTIK
  • Ambil antibiotik mengikut arahan.
  • Elakkan meminta antibiotik daripada doktor. Doktor akan menentukan jika anda memerlukan antibiotik.
  • Jangan guna semula antibiotik untuk penyakit dikemudian hari.
  • Berjumpa dengan doktor sekiranya anda demam dan sakit lebih daripada 2 hari.

GUNAKAN ANTIBIOTIK SECARA BIJAK DEMI KESIHATAN ANDA DAN GENERASI AKAN DATANG



No comments: