29 December 2013

CARA BAYARAN BR1M 3.0 2014 : MASUK KE AKAUN BANK PENERIMA

Assalamualaikum

Selamat pagi ahad .. fuh . pagi-pagi dah redah hujan .. hihi .. kat SETIU dah nak banjir .. ngee .. Ingat lagi tahun lepas .. ambil BR1M dalam banjir .. hikhik .. sonok pulak .. 

Tadi blogwalking dan singgah kat blog KAK MIA .. dan nampak ENTRY CARA BAYARAN BR1M 3.0 2014 : MASUK KE AKAUN BANK PENERIMA .. dan macam berguna lak maklumat ni .. untuk yang baru nak mohon atau yang perlu kemaskini .. 

Jom baca 

Bagusnya cara kaedah pembayaran BR1M 3.0 2014 kali ini yang dijangka akan mula dibayar / dimasukkan terus dalam akaun bank penerima pada bulan Februari 2014. Maklumlah sekarang ini semua urusan sudah melalui online. Jadi, tidak perlulah beratur panjang-panjang seperti tahun ini, 2013 dan tahun lepas, 2012. Amat memudahkan dan menyenangkan rakyat.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan dan sumber di SINI, ia akan dimasukkan ke akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan.

Dimaklumkan bahawa penerima BR1M yang sedia ada tidak perlu  mendaftar untuk kali kedua. Penerima boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank secara online.

Jika ingin bayaran dibuat terus ke dalam akaun bank, sila kemaskini / masukkan maklumat akaun bank anda secara online dengan betul di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Sebarang soalan juga boleh diajukan kepada Pasukan Bajet 2014 melalui 03-88829089 atau email di bajet2014@treasury.gov.my

Kepada yang belum lagi berbuat demikian, disarankan agar kemaskini / masukkan butiran akaun bank dengan kadar segera bagi memudahkan urusan pembayaran.


Read more: http://www.mialiana.com/2013/12/cara-bayaran-br1m-30-2014-masuk-ke.html#ixzz2op0Xljx0

KREDIT TO KAK MIALIANA


5 comments:

NJ said...

betul ke ni? tahun lepas pun kata masuk akaun tapi tak gak..

Lyeen De Syifa said...

ok la klu mereka guna mcm ni kn..senang..sebab xyah atur pnjg2..hehehe

huny madu said...

Betul ke ni? Kalau betul okla sebab xperlu nak beratur panjang plus nak amik cuti bagai kan.. hehhee..

.::: Princess MOMOY :::. said...

bestnya.... tap momoy tak layak. mampu tengok kegembiraan kawan-kawan je la

Mia Liana said...

thanks for the backlink dear...