30 October 2013

SELEPAS 3 jam , dapat TALAK 3

Georgetown: “Luluh hati saya sebaik mendengar suami menceraikan saya dengan talak tiga, hanya tiga jam selepas kami bernikah. Saya merayu dan meminta penjelasan mengapa dia menceraikan saya, tetapi hingga hari ini (semalam), dia masih terus mendiamkan diri,” kata Sasha, 21, yang hanya sempat bergelar isteri kira-kira tiga jam sebelum diceraikan suaminya, Ahad lalu.
Menurutnya, dia dan suami yang berusia 19 tahun selamat bernikah jam 2 petang Ahad lalu, di sebuah masjid di Teluk Kumbar selepas mereka mengenali hati budi masing-masing sejak dua tahun lalu. 
Katanya, sebelum diijabkabulkan, hubungan mereka sudah mulai dingin, tetapi tetap meneruskan perkahwinan itu selepas keluarga kedua-dua pihak bersetuju. 

“Hubungan kami mula dingin sejak dua bulan lalu, malah dia tidak pernah meluahkan hasrat untuk membatalkan perkahwinan ketika kami berbincang mengenai hal itu, tetapi saya hairan mengapa dia tiba-tiba bertindak begitu,” katanya.
Foto
SASHA menunjukkan mas kahwin dan cincin (gambar bulat) yang diterimanya.

Sasha bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah bagaimanapun berkata, hasrat untuk berkahwin tetap diteruskan terutama selepas abang iparnya memainkan peranan menguruskan majlis berkenaan.

4 comments:

Aefa Aerisya said...

kesiannya.. kalau tau tak ready kenapa teruskan perkahwinan. teruk betul lelaki mcm ni..

merahitujambu said...

senang aja diorg main kata2 cerai..lepas tu rujuk blk gila talak..jgn la main2 perkataan itu

Unknown said...

ingat keje kawen cerai tu main2 ker.. ish2.. kot ye pun berikanlah penjelasan.. x psl2 dpt title janda di usia muda.. kalo x nikah lg bagus!

Athirah said...

bc berita ni smlm,,, kesian kt dy, dh xde jodoh kot,,,huhu