8 October 2013

Orang Minyak dah TEWAS

GAMBAR SEMALAM... Rabidin (kiri) kelihatan tenang selepas mengaku bersalah atas tiga lagi tuduhan rogol di Mahkamah Sesyen Raub, Pahang.


RAUB - Seorang perogol bersiri dikenali sebagai Orang Minyak berasal dari Sabah yang sedang menjalani hukuman penjara 133 tahun dan sebatan 50 kali bakal berdepan hukuman tambahan apabila dia mengaku salah terhadap tiga lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Rabidin Satir, 42, mengaku salah atas tuduhan melakukan rompakan dan merogol seorang wanita berusia 28 tahun yang juga isteri seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Daerah Bentong sehingga boleh menyebabkan kematian mangsa.
Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut ke atas mangsa berkenaan pada 3 November tahun lalu.
Tertuduh membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Hakim Shahrizat Ismail.

7 comments:

Niena Reen said...

haih.. eloklah tu kena hukuman. tapi seriously 133 tahun? mati je lah dia dalam penjara kalau gitu...

Nadia Johari said...

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..patut tali gantung je

Nadia Johari said...

Patut ke tali gantung je

Sue Bee said...

perbuatan tak elok memang akan ada balasan..

UA said...

Baru-baru ni pun ada kes org minyak kat kampung UA. Masuk surat khabar gak masa dapat tangkap, tp ramai yg ckp tu bukan dia, org lain. Huhu. Takut laaa.

Athirah said...

Hish, org ni sgt menyakitkan hati...huhu

Unknown said...

haishh.. xde keje lain ke nak buat.. org minyak jugak yg dia nak jadi.. ish.. berat hukuman tu.. sebatan 50 kali? alahaii.. sakit wooo..