5 September 2013

LAWAK | UCAPAN BEFDAY

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. 

"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu."Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki 
itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan
terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH." 

6 comments:

Sue Bee said...

kwang3x..salah faham tu..hahahaaa!!!..lawak petang ni..

Deqla Manjew said...

hahhahahahhaa... vengong betul la..

Asmar Arafad said...

http://asmarpunyablog.blogspot.com/2013/09/segmen-sabtu-by-emas-putih-dedeq.html

follow here...

sha (chirp chirp) said...

hahaha. sengal gila org yang tulis tu. sebijik2 dia tulis :D

blogger lelaki said...

dalam maksudnya tue

hainom OKje said...

Hehe....18 sx ni Deq...