31 July 2013

TIPS | PERSEDIAAN UNTUK BERTUNANG

Assalamualaikum

hai .. semalam cakap pasal simpan duit .. hari ni nak bagi tips untuk yang bakal bertunang .. TERMASUKLAH aku .. eh aku ke ? hahaha . wait n see .. kihkih .. 

jom jenguk bawah .. mana tahu serba sedikit boleh membantu .. hihi


Senarai Semak Sebelum Bertunang


1. Pilih tarikh/waktu/tempat
– Rumah (hall) atau dalam bilik atas katil pengantin.


2. Tentukan jumlah hantaran L/P
– Contoh: 7 dulang (P) balas 5 dulang (L)
(Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan nombor ganjil).


3. Pilihan tema hantaran
– Biasanya pemilihan warna yang lembut seperti soft pink, soft yellow atau putih.


4. Pilihan gubahan sendiri / tempah
-Buat sendiri (lagi jimat).


5. Pilihan warna pakaian L/P
– Bergantung pada tema.


6. Tentukan jenis barang hantaran
– Contoh: Perempuan : 7
(listkan barang-barang yang hendak diberi)


7. Tentukan jenis barang hantaran
– Contoh: Lelaki : 5
(listkan barang-barang yang hendak diberi)


8. Jumlah wang hantaran & mas kahwin
– Hantaran : ? , Mas Kawin : (ikut negeri)


9. Cincin tunang & risik
– 2 cincin ( ikut pilihan sendiri sama ada nak bagi 2 sekali atau nak bagi cincin tunang saje pun boleh)


10. Pilihan dais / pelamin
- Bergantung. Setengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yg dihias cantik. Nak jimat DIY (Do it yourself).


11. Makeup
– Makeup soft kalau boleh.


12. Jurugambar


13. Sediakan bajet jamuan makan tengahari / petang/ malam
– Katering atau pun masak sendiri.


14. Tentukan wakil pihak L/P sebagai jurucakap
– Biasanya orang tua yang berpengalaman.


15. Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – Contoh: (L ) - 7 orang, (P) - 10 orang

Di Hari Pertunangan

Perkara-perkara yang akan dibincang oleh kedua keluarga pada hari pertunangan:

1. Tarikh nikah/ berlangsung kat mana?
2. Tarikh kenduri ?
3. Jumlah wang hantaran?
4. Jumlah wang mas kahwin ?
5. Jumlah barang hantaran semasa kahwin?

credit to SOLEHAH SHAMSUDDIN (sori sygg . excited sangat ni haa . jangan marah haa akak copy .. hihi)

11 comments:

ma ❥ said...

ehem ehem nak bertunang ke..best nye hehe :D

Lady said...

Wah wah. Nice info. kalau nak bertunang pun ape salahnyee kan. hehe

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Wahhh nak bertunang dah ke syg?? ena dlu dah bertunang, tapi tak ade jodoh dan tak ada rezeki, terputus jua akhirnya..

Dzureen Darwis said...

Wah,kita lama lagi kot hehe masih belajar.

Lelaki said...

adoi pening...hehe

Deqla Manjew said...

ada bau darah2 manis la..hahhaha.. bila nk betunang tu dear?

sYiRa LoKMaN said...

nice ni..sukaaa

ainur roslan said...

ye, semua perkara ni perlu ambil perhatian betul2 , nak bertunang kan bukan main-2 hehe

ainur roslan said...

wooo banyaknya, macam mana laa klau aku bertunang nnti ?

ainur roslan said...

singgah sini :).

ainur roslan said...

leave my footstep here too ~