10 July 2013

RAMADHAN 1 | RESEPI AYAM PERCIK DARI DAPUR DEDEQ

Bahan-bahan (kuah percik) 10 orang makan
9 ulas bawang besar merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
4 sudu besar lada mesin
400 ml santan pekat
1 sudu kecil halba
4 batang serai (diketuk)
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan air
Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan (perap ayam)
1 ekor ayam
2 ulas bawang putih
2 ulas halia
2 batang serai
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih

Cara-cara
  1. Kisar bahan-bahan untuk memerap ayam. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak.
  2. Untuk kuah, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar. Kacau sekata, kemudian masukkan air.
  4. Masukkan santan, halba, dan serai. Kacau hingga sekata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak sehingga kuah menjadi pekat (30-40 minit).
  7. Bila siap, curahkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar.

6 comments:

huny madu said...

Pandai deq masak.. nampak sedap

dEdEQ dE wIshEs said...

KAK . HAHAHA . NAMPAK JE .. NTAH SEDAP ENTAH TIDAK . HAHA . FIRST TIME TRY BUAT

trah zain said...

Wawawa... terer msk rpanya kk jie ni...hihji

dEdEQ dE wIshEs said...

HAHAHAHA . XPANDAI PUN .. NI BRU BLJAR DIK .. MA SUH MASAK

zaza nizam said...

terbaikk!! nti leh cuba :)

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

Nampak sdap tu:-)