Showing posts with label TIPS PILIH BARANG TUNANG. Show all posts
Showing posts with label TIPS PILIH BARANG TUNANG. Show all posts

26 August 2013

MAJLIS BERTUNANG TIDAK PERLU TERLALU MEWAH

Bertunang adalah perkara yang paling mengembirakan bagi pasangan yang akan ke jinjang pelamin .. ini kerana ia merupakan salah satu jalan untuk ke fasa yang seterusnya .. dan masa yang paling baik untuk saling mengenali dan memahami pasangan .. ini hanyalah adat untuk berkenal-kenalan dan sebagai persiapan untuk menjadi seorang suami dan isteri .. Pada masa kini , bertunang bukan hanya adat semata-mata .. bahkan dah menjadi trend yang memerlukan belanja yang besar .. Pihak lelaki dan pihak wanita perlu mengeluarkan bajet dan modal yang besar untuk memastikan majlis meriah dengan ramai tetamu undangan ..

Untuk memastikan anda masih bertunang mengikut bajet yang ada , pastikan anda membuat senarai agar tidak terlebih daripada bajet yang ada kerana anda masih memerlukan bajet untuk berkahwin dan sebagainya .. Disediakan tips untuk anda agar majlis pertunangan anda meriah dan diberkati serta masih dalam bajet yang rendah dan tidak dikira membazir ..

1) Dulang hantaran
Tetapkan berapa hantaran yang anda perlukan untuk kedua-dua belah pihak san tidak terlalu banyak .. Contohnya 5 hantaran dari lelaki dan dibalas 7 hantaran dari pihak perempuan .. 

2) Pelamin
Pastinya anda menginginkan pelamin yang ditempah pada hari pertunangan anda nanti bukan ? apa kata anda mendekorasi mini pelamin anda sendiri dan mencita hiasan anda mengikut contoh-contoh yang sedia ada ..

3) Kenduri
Buat senarai semak berapa orang yang akan dijemput nanti agar mudah untuk anda tentukan bajet ..

4) Busana Tunang 
Pada hari pertunangan anda nanti , pasti anda ingin tampil cantik dan bergaya seperti mempelai diatas elamin indah yang digubah oleh anda sendiri ..anda boleh menemah baju kurung atau mengikut fesyen yang anda inginkan dimana-mana kedai jahit ..

5) Mekap dan jurugambar
Kenalpasti rakan atau saudaramara anda yang mahir untuk menyolek dan menghias anda nanti dihari pertunangan .. dan untuk potret kenangan indah anda , apa kata anda dapatkan rakan-rakan yang mahir dengan DSLR untuk merakamkan detik-detik indah itu nanti .


TIP EKSTRA
  • Untuk pilihan tema pada hari pertunangan nanti , pilihlah warna yang lembut dan tidak terlalu terang ..
  • Pastikan untuk dekorasi pelamin mini anda nanti .. siapkan juga sedikit ruang untuk sesi menyarung cinsin dijalankan oleh bakal ibu mertua anda .. 


31 July 2013

TIPS | PERSEDIAAN UNTUK BERTUNANG

Assalamualaikum

hai .. semalam cakap pasal simpan duit .. hari ni nak bagi tips untuk yang bakal bertunang .. TERMASUKLAH aku .. eh aku ke ? hahaha . wait n see .. kihkih .. 

jom jenguk bawah .. mana tahu serba sedikit boleh membantu .. hihi


Senarai Semak Sebelum Bertunang


1. Pilih tarikh/waktu/tempat
– Rumah (hall) atau dalam bilik atas katil pengantin.


2. Tentukan jumlah hantaran L/P
– Contoh: 7 dulang (P) balas 5 dulang (L)
(Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan nombor ganjil).


3. Pilihan tema hantaran
– Biasanya pemilihan warna yang lembut seperti soft pink, soft yellow atau putih.


4. Pilihan gubahan sendiri / tempah
-Buat sendiri (lagi jimat).


5. Pilihan warna pakaian L/P
– Bergantung pada tema.


6. Tentukan jenis barang hantaran
– Contoh: Perempuan : 7
(listkan barang-barang yang hendak diberi)


7. Tentukan jenis barang hantaran
– Contoh: Lelaki : 5
(listkan barang-barang yang hendak diberi)


8. Jumlah wang hantaran & mas kahwin
– Hantaran : ? , Mas Kawin : (ikut negeri)


9. Cincin tunang & risik
– 2 cincin ( ikut pilihan sendiri sama ada nak bagi 2 sekali atau nak bagi cincin tunang saje pun boleh)


10. Pilihan dais / pelamin
- Bergantung. Setengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yg dihias cantik. Nak jimat DIY (Do it yourself).


11. Makeup
– Makeup soft kalau boleh.


12. Jurugambar


13. Sediakan bajet jamuan makan tengahari / petang/ malam
– Katering atau pun masak sendiri.


14. Tentukan wakil pihak L/P sebagai jurucakap
– Biasanya orang tua yang berpengalaman.


15. Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – Contoh: (L ) - 7 orang, (P) - 10 orang

Di Hari Pertunangan

Perkara-perkara yang akan dibincang oleh kedua keluarga pada hari pertunangan:

1. Tarikh nikah/ berlangsung kat mana?
2. Tarikh kenduri ?
3. Jumlah wang hantaran?
4. Jumlah wang mas kahwin ?
5. Jumlah barang hantaran semasa kahwin?

credit to SOLEHAH SHAMSUDDIN (sori sygg . excited sangat ni haa . jangan marah haa akak copy .. hihi)

18 May 2013

TIPS MEMILIH BARANG HANTARAN DAN CONTOH

 TIPS MEMILIH BARANG HANTARAN
 
1.   Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang perlu anda sediakan dan senaraikan barang-barang hantaran kedua-dua belah pihak seelok-eloknya berbincang bersama keluarga sekali.Jangan sesekali anda bercadang untuk buat kejutan untuk si dia, takut nanti anda pula yang terkejut! Hantaran yang datang sama warna dengan hantaran yang anda sediakan untuk si dia, ataupun jumlah hantaran lelaki jauh lebih banyak dari pihak perempuan! Dari sinilah orang menilai muafakat dan sepakat si mempelai..

2.   Tetapkan kombinasi dulang hantaran yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika lelaki bagi 11 dulang hantaran..pihak perempuan kena balas 13 dulang.Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Jumlah yang terlalu banyak menjadikan hantaran anda kelihatan tidak eksklusif lagi.. jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. (cth: Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).

3.   Dalam senarai barang perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung, kasut, beg tangan, set perfume, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya..

4.   Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. pastikan anda tau saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah.Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.

5.   Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil.Contohnya pilihlah saiz bag tangan bersaiz sederhana atau kecil.

6.   Boleh juga sesuaikan pemilihan barang mengikut kerjaya pasangan jika kerja di pejabat bolehlah beri kasut formal, klu kerja yang tak memerlukan kasut yg formal anda bolehlah memilih kasut yang lebih kasual n santai. Pastikan anda tidak memilih kasut but untuk dijadikan sebagai hantaran utk si dia kerana bentuknya kurang manis dan tak sesuai untuk diletakkan atas dulang hantaran, apatah lagi jika dihiasi bunga dan riben! Tentu anda dapat bayangkan bukan?

7.   Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Utk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.

8.   Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.

  9.   Boleh juga anda pilih warna-warna natural atau warna-warna selamat untuk barang hantaran contoh warna hitam, kelabu, coklat atau putih agar mudah disesuaikan dengan warna tema hantaran anda. akak bagi contoh kasut warna hitam atau tuala berwarna krim.


10.  Anda boleh kombinasikan 1 - 3 warna barang hantaran dan tema warna hantaran, so jangan terlalu banyak warna yer..nanti nampak berkecamuk pulak hantaran anda.

11.  Sekiranya anda bercadang ingin memberi buah sebagai salah satu hantaran, pilihlah jenis dan warna buah yang sesuai dengan tema warna hantaran anda. Memadai jika anda memilih 1 hingga 3 jenis buah saja. Jumlah buah biarlah tidak terlalu bnyk bagi mengelakkan dulang hantaran menjadi terlalu berat. 


COPY FROM http://www.seri-sentuhan.com/2011/06/tip-memilih-barang-hantaran.html

 CONTOH BARANG HANTARAN 

Berikut disenaraikan antaran barang-barang yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:
  1. Sirih junjung
  2. Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
  3. Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
  4. Kain songket (kain pelekat pun bleh gak..:-))
  5. Sejadah
*source: http://www.setelkahwin.com/sribridal
6.   Tuala
7.   Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
8.  Coklat atau manisan lain
9.  Kek
10.  Potpourri
11.  Buah-buahan

Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
  1. Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
  2. Tepak sirih
  3. Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
  4. Telekung sembahyang
  5. Kek
  6. Buah
  7. Coklat atau manisan lain
  8. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
*source: http://www.setelkahwin.com/sribridal


*source: http://www.setelkahwin.com/sribridal