18 May 2013

TIPS MEMILIH BARANG HANTARAN DAN CONTOH

 TIPS MEMILIH BARANG HANTARAN
 
1.   Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang perlu anda sediakan dan senaraikan barang-barang hantaran kedua-dua belah pihak seelok-eloknya berbincang bersama keluarga sekali.Jangan sesekali anda bercadang untuk buat kejutan untuk si dia, takut nanti anda pula yang terkejut! Hantaran yang datang sama warna dengan hantaran yang anda sediakan untuk si dia, ataupun jumlah hantaran lelaki jauh lebih banyak dari pihak perempuan! Dari sinilah orang menilai muafakat dan sepakat si mempelai..

2.   Tetapkan kombinasi dulang hantaran yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika lelaki bagi 11 dulang hantaran..pihak perempuan kena balas 13 dulang.Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Jumlah yang terlalu banyak menjadikan hantaran anda kelihatan tidak eksklusif lagi.. jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. (cth: Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).

3.   Dalam senarai barang perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung, kasut, beg tangan, set perfume, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya..

4.   Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. pastikan anda tau saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah.Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.

5.   Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil.Contohnya pilihlah saiz bag tangan bersaiz sederhana atau kecil.

6.   Boleh juga sesuaikan pemilihan barang mengikut kerjaya pasangan jika kerja di pejabat bolehlah beri kasut formal, klu kerja yang tak memerlukan kasut yg formal anda bolehlah memilih kasut yang lebih kasual n santai. Pastikan anda tidak memilih kasut but untuk dijadikan sebagai hantaran utk si dia kerana bentuknya kurang manis dan tak sesuai untuk diletakkan atas dulang hantaran, apatah lagi jika dihiasi bunga dan riben! Tentu anda dapat bayangkan bukan?

7.   Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Utk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.

8.   Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.

  9.   Boleh juga anda pilih warna-warna natural atau warna-warna selamat untuk barang hantaran contoh warna hitam, kelabu, coklat atau putih agar mudah disesuaikan dengan warna tema hantaran anda. akak bagi contoh kasut warna hitam atau tuala berwarna krim.


10.  Anda boleh kombinasikan 1 - 3 warna barang hantaran dan tema warna hantaran, so jangan terlalu banyak warna yer..nanti nampak berkecamuk pulak hantaran anda.

11.  Sekiranya anda bercadang ingin memberi buah sebagai salah satu hantaran, pilihlah jenis dan warna buah yang sesuai dengan tema warna hantaran anda. Memadai jika anda memilih 1 hingga 3 jenis buah saja. Jumlah buah biarlah tidak terlalu bnyk bagi mengelakkan dulang hantaran menjadi terlalu berat. 


COPY FROM http://www.seri-sentuhan.com/2011/06/tip-memilih-barang-hantaran.html

 CONTOH BARANG HANTARAN 

Berikut disenaraikan antaran barang-barang yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:
  1. Sirih junjung
  2. Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
  3. Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
  4. Kain songket (kain pelekat pun bleh gak..:-))
  5. Sejadah
*source: http://www.setelkahwin.com/sribridal
6.   Tuala
7.   Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
8.  Coklat atau manisan lain
9.  Kek
10.  Potpourri
11.  Buah-buahan

Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
  1. Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
  2. Tepak sirih
  3. Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
  4. Telekung sembahyang
  5. Kek
  6. Buah
  7. Coklat atau manisan lain
  8. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
*source: http://www.setelkahwin.com/sribridal


*source: http://www.setelkahwin.com/sribridal


19 comments:

zaza nizam said...

suka bju ngan tudung blue kaler :)

Fiza Sharif said...

Salam kenal..

jalan-jalan cuci mata :)

lagi 1.. nih berdasarkan exp sendiri laa.. beli berangan yang memang kita guna sahaja.. contohnya laa kalo jarang bermekap.. xperlu laa hantaran set mekap.. kalo x guna nanti sayang

Deqla Manjew said...

take note ye bakal2 pengantin sekalian.....hihi...

diana said...

nice sharing..:)

Amanina Mads said...

tips yg berguna buat bakal pengantin

hainom OKje said...

Kalau dah keluar barang hantaran cenggini memang dah dekat no ni!hehe

nik ros said...

tips bagus ni. tak lama agaknya majlis ni yea.hehe

.::: Princess MOMOY :::. said...

wow wow. tips yg bagus untuk pasangan yg nak bertunang atau kawen

azifah yazid said...

berguna ni... :)

Anonymous said...

Adoi..masih xtau nk letak tema ape....ermmmm

Anonymous said...

nk tunang bln hujung bln 11..igt nk knakn tema purple cmpr hijau..tm ksh akk bg tips utk pemberian hntrn ni..sy x tau nk beri ape utk hntrn

Anonymous said...

Tq tok tips kt atas..cuma pening sbb x tau nk plih warna tema lg..ary ptunangan dah dkt..awal bln November ni...boleh bg suggestion x warna apa yg cntik n nmpk natural hntran phk perempuan. .

M. Izwan said...

Kalo dh bg hantaran bertunang ms kawin kang x pyh dh? Berlenggang je kang?? -Jejaka buntu-

M. Izwan said...

Kalo dh bg hantaran bertunang ms kawin kang x pyh dh? Berlenggang je kang?? -Jejaka buntu-

sYiRa LoKMaN said...

terima kasih bg info ni ^_^

ainur roslan said...

haha, kasut but !, sape nak cube bleh cipta sejarah ni keke

ainur roslan said...

klau pergi majlis tunang mana2, sirih junjung/tepak sirih tu macam kewajipan laa, mesti ada nyer

ainur roslan said...

singgah sini :p

Anonymous said...

Stress dgn persiapan.. Sabah+penang=dua adat yg berbeza... Nun jauh..