11 July 2013

7 Sebab Anda Patut Makan Kurma

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. 
  
1. Membuat Anda Bertenaga

Paling cepat diproses dan diserap, sekali gus memberikan tenaga segera.

Kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.


2.  Kaya dengan serat dan potassium

 


Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu, kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.


3.  Penguat memori

Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Kurma amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.


4. Baik untuk wanita mengandung/bersalin


Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.


5. Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah RA, “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”


6. Merawat penyakit

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ia direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.


7. Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.



5 comments:

Anonymous said...

insyaALLAH akan diamalkan ketika sahur dan berbuka.. :)

Unknown said...

thanks for sharing :)

Unknown said...

kurma ni byk keistimewaanya kan

Unknown said...

setuju.. kurma jugak boleh buat wanita hamil sebnrnya.. byk kan khasiatnya... =)

Athirah said...

Kurma kering sedap, xmanis sgt..ehehe.. Slmt berpuasa kak jie ^__^