hai .. semalam cakap pasal simpan duit .. hari ni nak bagi tips untuk yang bakal bertunang .. TERMASUKLAH aku .. eh aku ke ? hahaha . wait n see .. kihkih ..
jom jenguk bawah .. mana tahu serba sedikit boleh membantu .. hihi
Senarai Semak Sebelum Bertunang
1. Pilih tarikh/waktu/tempat
– Rumah (hall) atau dalam bilik atas katil pengantin.
2. Tentukan jumlah hantaran L/P
– Contoh: 7 dulang (P) balas 5 dulang (L)
(Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan nombor ganjil).
3. Pilihan tema hantaran
– Biasanya pemilihan warna yang lembut seperti soft pink, soft yellow atau putih.
4. Pilihan gubahan sendiri / tempah
-Buat sendiri (lagi jimat).
5. Pilihan warna pakaian L/P
– Bergantung pada tema.
6. Tentukan jenis barang hantaran
– Contoh: Perempuan : 7
(listkan barang-barang yang hendak diberi)
7. Tentukan jenis barang hantaran
– Contoh: Lelaki : 5
(listkan barang-barang yang hendak diberi)
8. Jumlah wang hantaran & mas kahwin
– Hantaran : ? , Mas Kawin : (ikut negeri)
9. Cincin tunang & risik
– 2 cincin ( ikut pilihan sendiri sama ada nak bagi 2 sekali atau nak bagi cincin tunang saje pun boleh)
10. Pilihan dais / pelamin
- Bergantung. Setengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yg dihias cantik. Nak jimat DIY (Do it yourself).
11. Makeup
– Makeup soft kalau boleh.
12. Jurugambar
13. Sediakan bajet jamuan makan tengahari / petang/ malam
– Katering atau pun masak sendiri.
14. Tentukan wakil pihak L/P sebagai jurucakap
– Biasanya orang tua yang berpengalaman.
15. Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – Contoh: (L ) - 7 orang, (P) - 10 orang
Di Hari Pertunangan
Perkara-perkara yang akan dibincang oleh kedua keluarga pada hari pertunangan:
2. Tarikh kenduri ?
3. Jumlah wang hantaran?
4. Jumlah wang mas kahwin ?
5. Jumlah barang hantaran semasa kahwin?
credit to SOLEHAH SHAMSUDDIN (sori sygg . excited sangat ni haa . jangan marah haa akak copy .. hihi)