Awak ,
Awak mungkin jenis lelaki yang boleh mencintai ramai PEREMPUAN dalam 1 masa yang sama dan berkali-kali , Tapi saya seorang PEREMPUAN yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 lelaki , 1 cinta dan 1 perkahwinan ..
Kita hidup sekali , mati sekali dan mencintai hanya sekali ..
Melangkah pergi meninggalkan awak .. telah mengambil semua kekuatan yang saya ada .. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya benci awak ..
Bagaimana harus saya bencikan awak .. sedangkan hari-hari saya rindukan awak .. biapun pada ketika itu awak berada disisi saya ..
Awak ,
Sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak .. saya ingin bagitahu sesuatu .. kerana saya mencintai awaklah saya melangkah pergi .. demi kebahagiaan awak .. Saya berdoa semoga suatu hari nanti awak temui apa yang awak cari .. Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti CINTA yang sebenar ... Supaya suatu hari nanti awak akan dapat mengetahui bagaimana rasanya terlalu MENCINTAI seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya .
Awak ,
Saya percaya dengan pertemuan ini .. saya tahu ada hikmah disebalik semua ni .. dan saya tidak akan menyoal .. saya jugak tidak pernah kesal .. sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak .. saya telah bersikap jujur dan ikhlas dengan perasaan saya .
Saya juga percaya .. jika awak adalah jodoh saya .. awak akan kembali kepada saya .. Itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar pasrah dengan ketentuan ALLAH .. dan walaupun awak takkan pernah kembali pada saya .. saya percaya .. mungkin itu yang terbaik ..
Awak ,
Dan sekarang .. saya percaya .. SI MAMAT .. adalah yang terbaik untuk saya .. dia adalah 1 lelaki .. 1 cinta dan bakal menjadi 1 perkahwinan dalam hidup saya ..
Ingat .. setiap apa yang berlaku .. ada hikmah disebaliknya .. bersyukur sebab diuji sebegini rupa .. ALHAMDULILLAH ..