20 March 2022

Part 1 | Trip Jalan2 Kelantan

Ps:/ Trip ditaja oleh POKET En ❤️

Jam 11 pagi aku pergi ambil dia kat tempat kerja sebab kereta dia bagi aku guna selama dia duk kerja .. dalam perjalanan tu aku sempatla isi minyak kat Petronas Permaisuri..

Lepas amik En ❤️ .. kami pun gerak la ke tempat yang dituju..

Carwash JERTEH (BAJET RM7)

Oppps sebelum tuu .. disebabkan kereta aku naik tak basuh .. hahaha . macam ape dah kereta .. En ❤️ singgah masuk mesin carwash kat jerteh . Xpernah2 aku masuk dalam mesin weh . pirst time .. jakung . haha . 

Selesai je basuh kereta .. kami bertolak ke kelatey .. hahaha

Dalam perjalanan. . 

En ❤️ : Nak makan kat mana ?
Aku : Nasi ulam budu
En ❤️ : Ok jom 

Nasi Ulam + budu BUKIT YONG , JERTEH (BAJET RM27)


Wallaweh .. kalau bab makan ni .. jarang aku tolak .. nak nak kalau ulam budu .. mak mertua lalu pun xperasan .  haha .. nasib la 1 kepala 

#hahaha .. kalau bab makan ni jarangla kami tak 1 kepala.

Settle makan2 .. perut dah full .. ngantuk la plok .. nak tido kan tak tergamak biarkan dia drive sorang2 kan .. so kita suruh dia karoke 😝 .. pasang lagu peberet dia kuat2 .. 

Next part 2 ..........

14 March 2022

MYLEA APPRECIATION NIGHT 2020 & 2021

Kuala Terengganu, 13 Mac 2022- Amyle Group Sdn Bhd atau dikenali MYLEA telah mengadakan Mylea Appreciation Night 2020 & 2021 bagi meraikan para fighter (business partner), ejen-ejen dan kakitangan Amylea Group Sdn Bhd untuk pencapaian tahun 2020 dan 2021. 

Majlis ini telah diadakan di Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu. Majlis ini sepatutnya diadakan pada tahun 2020 lagi tetapi terpaksa ditunda disebabkan wabak covid-19.


Turut sama dalam pelancaran ini adalah pengasas Mylea iaitu Pn. Amylia Farhana dan En. Mohd fakhrulrazi.



Pada majlis makan malam ini juga, turut diadakan perlancaran New Packaging Dream Curve. Dream Curve merupakan minuman campuran berperisa Hazelnut Latte. Minuman ini menfokuskan penyelesaian masalah berat badan yang mana telah diberi nafas baru dengan kombinasi jus minuman detox dan meal replacement didalam satu kotak. Dirasmikan oleh Pengasas Mylea itu sendiri iaitu Pn. Amylia Farhana dan En. Mohd fakhrulrazi.



Malam ini juga, seramai lapan (8) orang telah mendapat pakej umrah bagi pencapaian jualan mereka bagi tahun 2021. Empat daripadanya kategori fighter, dua orang dari kategori ejen dan manakala dua orang lagi adalah kategori kakitangan Mylea.


Bagi kategori fighter, penerima adalah seperti dibawah:

1. Pn. Azliza Binti Ibrahim 2020- RM 1,889,639.00, 2021- RM 2,559,529.00.

2. En. Ahmad Firdaus Bin Mohamad 2020- RM 1,044,848.00, 2021- RM 
1,672,030.00

3. Hf Stylish Enterprise 2020-RM1, 607,414.80 , 2021- RM 1,430,155.00

4. En. Ahmad Zakhirie Bin Mohamad 2020 - RM 958,602.00, 2021- RM 1,112,543.00.

Manakala bagi kategori ejen, penerima adalah seperti dibawah:

1. Pn Najihah binti Yusof 2020- RM 262,421.40, 2021- RM 419,413.75.

2. Pn Wan Normalini binti Wan Ghani 2020- RM 299,119.30, 2021- RM 
279,986.64

Akhir sekali, bagi kategori kakitangan, penerima adalah seperti dibawah: 

1. Muhammad Danial Firdaus bin Mat Nasir 2020- RM 1,923,343.00, 2021- RM
754,014.00

2. Mohd Aniq Asymawi Bin Mohd Tarmizi 2020- RM 963,453.00, 2021- RM 
562,455.55




Bagi tahun 2020, hadiah pakej umrah telah diberikan berbentuk wang tunai sebelum 
ini memandangkan majlis makan malam tidak dapat diadakan dan pada malam ini
hanya diberikan reward atas pencapaian bagi tahun 2021 sahaja.

Dalam majlis malam ini juga, pada akhir majlis turut disampaikan hadiah cabutan 
bertuah bagi peraduan Gores & Menang sempena pelancaran New Advanced 
Formulation Mylea Freckles Serum yang telah diadakan baru-baru ini. Pemenang 
akan membawa pulang sebuah motosikal MW 110 dan sebuah telefon pintar. 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pemenang.



Sebarang pertanyaan boleh hubungi seperti maklumat dibawah.

Cik Mas U’dah Binti Nordin
Amylea Group Sdn Bhd
No.37 (Pt810) Grd Floor, Pusat Komersial Cabang Tiga,
Jalan Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu.
myleaskin@gmail.com
09-6222450/ 016-3744029

15 February 2022

Restoran Hentian Rehat My Family 🦐🦀🦑😋😋

Holla . meh nak oyak sikit ni , hok mana dari timur nak ke selatan atau dari selatan nak ke timur lalu kot jalan utama .. dokpun dari ganung nak ke kota bharu .. dari kota bharu nak ke ganung .. perut tu duk bunyi kriuk kriuk .. buleh la brenti makan kat restoren hentian rehat my pamily depan hospital besar setiu .. 

Macam-macam menu ada kat restoren hentian rehat my family ni .. 

Antaranya adalah menu masakan panas ala thai 🍲

“Ikan stim limau Special Masak Hatyai” ‼️‼️ 😋👍🏻

“Ikan 3rasa Meleleh-Leleh Abang Piyang” ‼️‼️😋👍🏻

“Ikan masam manis Mai Singgah Sat Sungai Tarom” ‼️‼️😋👍🏻

“Ikan Masak Dua Musin Pattani ‼️‼️😋👍🏻

“Seafood Goreng Berasap Setiu ‼️‼️😋👍🏻

“Ketam Masak Telur Masin Permaisuri ‼️‼️😋👍🏻

“Udang Celup Tepung  🦐🦐🦐‼️‼️😋👍🏻

Sutong Celup Tepung 🦑🦑🦑 ‼️‼️😋👍🏻


Lokasi : Depan Hospital Setiu

Waktu Operasi : 12.00 pm - 10.00 pm

#jomberasap
#pakatberasap
#Seafoodberasap
#My family restoran

14 February 2022

GAJI


Bila kita sebut berkenaan gaji ni,ia adalah satu topik yang sensitif.

Kadang-kadang,bila kita sudah berduit sedikit,kita seolah-olah lupa daratan dan memandang rendah terhadap pendapatan orang lain.

Kita perlu faham bahawa tidak semua orang rezekinya sama.Struggle mereka,mereka pendam sendiri.

Ada yang punya degree,tetapi memilih untuk bekerja dengan gaji RM1200-RM1500.Berusaha mencari peluang pekerjaan lain tanpa henti.

Mereka pilih untuk keluar dari kampung halaman,asal punya cara untuk dapat rezeki yang halal.

Ada yang bergaji RM1500,tetapi hidup dia terasa cukup.Walaupun tiada simpanan,dia usaha buat 2-3 kerja untuk sara hidup dan keluarga.

Kita jangan terlalu taksub menilai gaji orang lain,kita perlu faham bahawa gaji RM1200 yang datang dari sumber yang halal adalah lebih baik daripada gaji RM12000 yang datang daripada sumber yang haram.

Dan percayalah tidak semua orang yang gajinya besar itu bahagia,kadang-kadang bila sudah terbiasa dengan kesenangan,mereka seolah-olah lupa apa itu erti struggle.

Belanja boros sana sini,kedekut untuk sedekah,melabur di tempat yang haram,berjudi setiap minggu. 

Gaji besar,selera pun besar,simpanan tiada.Ini juga adalah realiti,jangan fokus kepada gaji RM1200 sahaja.

Jika hari ini gaji kita cukup-cukup makan,kita usaha untuk upgrade hidup kita.Bukan untuk kaya-raya,tetapi untuk membantu orang lain yang lebih memerlukan.

Berhentilah menilai kehidupan orang lain,berehat seketika dan berilah penghargaan kepada orang-orang yang sedang berusaha mencari rezeki halal di luar sana.

12 February 2022

TEROKA

Wallaweh .. lamanya tak menulis .. otak dah keras kejung nak perah idea .. haha

Teroka ? Apa yang dimaksudkan teroka ?

Teroka
1. membuka kawasan baru untuk dijadikan kampung (sawah, ladang), membuat sawah (ladang dan lain-lain) di kawasan baru:

menetaplah mereka di sana untuk membuka tanah, ~ hutan belantara untuk dijadikan kampung;

2. [kiasan] menyelidiki (untuk mengetahui sesuatu, biasanya yang belum diketahui lagi), menjelajah:
perasaan ~ dan mengembara tidak hidup lagi dalam jiwa pemuda kita;

Kat sini bukan nak cakap pasal yang no 1 .. haha . tapi nak cakap pasal no 2 .. 

Teroka perasaan sendiri untuk tahu kehendak diri .. nak bahagia tapi perlu buat apa .. nak berjaya tapi perlu buat apa .. bab ni yang bermasalah sikit .. sebab tak pernah nak tetap dengan keputusan .. 

Contoh 

Nak berjaya tapi masih ada penyakit MALAS .. haishhh . kadang2 tu nak gi kerja pun lemau je . hahaha . itu yang susah .. nak teroka perasaan sendiri untuk tetap dengan keputusan nak berjaya tanpa ada penyakit MALAS tu susah 😫

I lagi bab perasaan .. nak bahagia tapi perasaan NEGETIF tu memang tak boleh buang .. jadi .. memang akan ada pergaduhan dalam perhubungan akibat cemburu .. 

Sekarang ni dalam proses teroka perasaan taknak MALAS dan taknak NEGETIF .. harap2 berjaya lah nanti .. 

Chaiyorkkk