31 March 2015

NIAGA | DRESS 1 SET [Cardigan + Dress + Shawl (Chiffon)]

RM65 SM / RM70 SS

3 Pieces = Cardigan + Dress + Shawl (Chiffon)

Material : Lycra + Chiffon

Measurement

Cardigan: 
Shoulder to Sleeve:63cm 
Length:70cm 
Bust:150cm

Dress: 
Waist:70-98cm 
Length:140cm 
Bust:90cm


UNTUK ORDER .. 

WHATSAPP : O133458296
FACEBOOK : DEDEQ DE WISHES



NIAGA | Kurung Lace Ribbon

RM80 FREE POS 1 MALAYSIA
- free size( S fit to small L)

-material:
Top - lace full lining( stretchable)
Skirt - lycra
- leher bulat

Ukuran:
Bahu 14 stgh"
Dada 34-38"
Pinggul 36-40"
Labuh tangan 24"
Labuh baju 29"

**skirt standard mermaid biasa 
-pinggang bergetah






UNTUK ORDER .. 

WHATSAPP : O133458296
FACEBOOK : DEDEQ DE WISHES


30 March 2015

PESANAN BUAT SUAMI

  • Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
  • Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
  • Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
  • Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
  • Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
  • Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
  • Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
  • Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
  • Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
  • Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
  • Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  • Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
  • Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
  • Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
  • Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  • Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  • Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
  • Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
  • Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
  • Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
  • Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
  • Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
  • Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah
mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

5 Sebab Utama Yang Buat Wanita Cancel Hot Date

FAL
Hari yang dinantikan sudah tiba. Setelah sekian lama menunggu respon positif daripada jejaka idaman, akhirnya si dia ajak anda keluar pertama kali.
Maka, sudah semestinya si gadis mahu tampil super menawan dengan kulit yang flawless persis Nora Danish.
Namun, tiba-tiba si jejaka terima panggilan daripada si gadis yang mahu batalkan temujanji makan malam istimewa mereka. Bila tanya kenapa pun tak nak jawab. Emosi terganggu disebabkan apa pula ni?

1. Kecelaan Kulit

FAL-NEW-2
Awas! Kadang-kala solekan tebal pun tidak mampu untuk menutup kecelaan di wajah. Lebih-lebih lagi kalau ada mempunyai parut jerawat yang ketara. Its a big no for hot date!

2. Kulit Perangf3cdtb

Dek kerana terlalu terdedah dengan sinar matahari, tona kulit menjadi tidak sekata. Bahkan seakan-akan bertompok. Sudah tentu si gadis susah hati nak jumpa jejaka idaman dengan kulit sebegitu walaupun dalam profil FB nampak cun melecun.

3. Kulit Kusam

wanita-minum-air-lebih-banyak
Masalah ini paling kerap dialami oleh si gadis. Mungkin dek kerana kurang minum air, kulit nampak pucat dan kusam.

4. Lingkaran Bawah Mata

dark_circles_by_angeliquecloud-d4xdihm
Dalam bahasa pasarnya ia dipanggil mata panda! Nak dijadikan cerita, tersalah pula teknik solekan, kesan lingkaran bawah mata ini akan menampakkan efek seperti kena tumbuk pula!

5. Pencerahan Kulit

FAL-NEW-7
Sudah semestinya nak jumpa si dia dengan kulit yang lebih cerah dan berseri-seri. Tapi, sempat ke ya?
Jadi, kami ada berita baik untuk anda semua kerana Fair and Lovely kini kembali dengan New Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin Best Ever Formula.
Bayangkan jika anda mendapat rawatan laser, melicinkan kulit, pengelupasan , antioksidan dan pencerahan dalam 1 produk istimewa ini sahaja! Awesome kan?
fal
Malah, dengan hanya berkongsi pengalaman anda menggunakan sampel FAL yang diberikan secara percuma, anda berpeluang menjadi salah seorang daripada 15 pemenang mingguan.
Bila dah jadi pemenang mingguan, ia sekaligus melayakkan anda untuk merebut hadiah utama bernilai RM 5,000! Oh ya, jangan lupa kongsi pengalaman menakjubkan ini kepada 3 orang kawan anda ok?
Tunggu apa lagi, cepat dapatkan sampel FAL percuma anda sekarang kerana kempen ini berlangsung daripada 2 Mac sehingga 30 April ini sahaja! Oh ya, jangan lupa untuk #Setiaberseri #fairandlovelymalaysia.

COPY PASTE FROM SINI


DAY 3 | MEMASAK GUNA RICE COOKER

Assalamualaikum

Fuh .. lamanya tak hupdate blog pasal cerita sendiri .. hahaha .. bukan malas .. tapi takdo idea nak menaip .. dan harini baru ada idea .. sebabnya .. harini hari ke 3 aku masak guna rice cooker .. 

Eh .. kejap-kejap .. kalau goreng karipap guna rice cooker tu pun kategori memasak la jugak kan ? hahaha . ke bukan ? Ok .. abaikan .. Yang penting .. aku berjaya .. horeyyy ..

Acegini cerita dia .. 

Kelmarin ada sorang kawan a.k.a adik-beradik MKFC .. mak dia ada buat karipap segera .. jadi . untuk banyakkan barang kat "GMIE SHOP" yang kecik ni .. aku nak tambah la makanan sikit-sikitkan . mana tahu rezeki .. walopun dapat sikit . bolehla tambah-tambah dari takde langsung .. hehe

Jadi .. untuk permulaan . aku amik dalam 10 paket .. 5 paket inti IKAN .. 5 paket inti DAGING .. dan dapat 2 paket HADIAH untuk TUAN KEDAI inti ubi dan ikan .. hehe .. baik sungguh makcik tu .. TERIMA KASIH MAKCIK .. 

Dan .. projek aku datang kedai pagi-pagi .. bukak plag periuk nasi .. dan panaskan minyak .. 

Leceh jugakkan nak goreng pakai RICE COOKER ni .. sebab dia asyik tendang je .. haha .. terpaksa tekan ngan sebelah tangan untuk biakan dia COOK .. ekeke .. GORENG PUNYA GORENG .. 

Akhirnya siap 


Siap je .. suruh INCIK SUAMI jadi tukang rasa .. dia cakap "ummm sedapnya .. ranggup .. pandai sayang goreng" ..

Adeh .. hahahaha .. ayat .. goreng karipap je kot kan .. ngeee~ ..

Sekian

28 March 2015

AWAS ! Antibiotik mungkin bahaya


Apa itu ANTIBIOTIK ?
Antibiotik hanya membunuh atau merencat pertumbuhan kuman bakteria. Ia tidak membunuh kuman lain seperti virus dan kulat.

Mengapa ANTIBIOTIK diperlukan ?
Antibiotik hanya berkesan terhadap jangkitan bakteria. Antibiotik yang berbeza diperlukan untuk merawat jangkitan bakteria yang berlainan. Doktor akan menentukan jenis antibiotik yang sesuai untuk anda.

Tahukah anda ?
  • Batuk dan selesema biasanya TIDAK MEMERLUKAN antibiotik dan biasanya akan pulih dengan pengambilan air dan rehat secukupnya.
  • Sekiranya disalahguna , kerintangan antibiotik mungkin berlaku dan boleh menyebabkan hilang keberkesanan.
  • Bakteria yang telah mengalami kerintangan antibiotik akan menyebabkan jangkitan yang lebih serius dimasa akan datang.
Peranan anda untuk mengurangkan kerintangan ANTIBIOTIK
  • Ambil antibiotik mengikut arahan.
  • Elakkan meminta antibiotik daripada doktor. Doktor akan menentukan jika anda memerlukan antibiotik.
  • Jangan guna semula antibiotik untuk penyakit dikemudian hari.
  • Berjumpa dengan doktor sekiranya anda demam dan sakit lebih daripada 2 hari.

GUNAKAN ANTIBIOTIK SECARA BIJAK DEMI KESIHATAN ANDA DAN GENERASI AKAN DATANG



26 March 2015

TIPS | CARA MENERAN SEMASA BERSALIN

  • Angkat kepala dagu cecah dada.
  • Mata pandang perut
  • Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
  • Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat
  • Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
  • Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar tanpa blow nafas anda .. teran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas then sambung teran .. tiap kontraksi cuba 3kali .. time kontraksi je push sebab time tu baby pun gerak sama so jangan buang masa .. ada kontraksi terus push macam cara tadi..takde kontraksi , relax
  • Baca bismilah, selawat

Tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat)

ROKOK SELUDUP

Tidakkah kita sedar rokok yang diseludup masuk ke dalam negara mampu menimbulkan kesan yang sangat merbahaya kepada kesihatan?

Kepada perokok yang menjadikan rokok seludup (atau rokok murah) sebagai sumber rokok harian, anda mungkin mahu teruskan membaca artikel ini sehingga penamat

Kita semua tahu bahawa semakin hari semakin ramai perokok membeli rokok seludup. Kenapa? Sebab harganya yang jauh lebih murah berbanding rokok yang sah.

Tetapi hakikatnya...

...rokok yang diseludup masuk ke dalam negara ini adalah 3 kali ganda lebih merbahaya. Selain menjejaskan kesihatan, kandungan bahan kimianya yang terlalu tinggi juga mampu meragut nyawa seseorang.

Buktinya? Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah menjalankan satu kajian terhadap rokok seludup, dan hasil yang mereka dapat sungguh memeranjatkan.

Kajian terkini yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM) telah mengesahkan tiga perkara iaitu:

1. Kandungan bahan kimia dalam rokok seludup melebihi had yang ditetapkan menurut undang-undang Malaysia.

2. Kandungan tar dan nikotin di dalam rokok seludup sebenarnya lebih tinggi.

3. Kandungannya mungkin telah dicemari bahan kimia atau produk bukan tembakau lain.

Tahukah anda kandungan bahan kimia di dalam sebatang rokok seludup juga adalah TIGA KALI GANDA lebih tinggi berbanding rokok yang sah? Ya, itulah kebenarannya!

Ini bermakna, menghisap sebatang rokok seludup adalah sama dengan menghisap 3 batang rokok yang sah!

Lima jenama rokok seludup yang telah dijadikan bahan ujikaji adalah Surya Gudang Garam, Nusantara Gudang Garam, Sampoerna, L.A. Lights dan Nusantara Menthol.

Secara amnya, kandungan tar di dalam kelima-lima jenama ini melebihi had yang dibenarkan, malah sampel rokok Surya Gudang Garam mengandungi lebih daripada 45mg tar di dalam setiap batang rokok.

Paras yang dibenarkan hanyalah 15mg di Malaysia.


BACA LAGI DI SINI


PENTING | AMBIL TAHU ALAHAN UBAT ! !

Assalamualaikum

Tadi ke klinik lagi untuk IM INFERON .. tapi tak boleh cucuk sebab LEPAS DOS TRIAL INFERON HARITU .. ADE S.O.B & HEADACHE .. INGATKAN NORMAL .. RUPA-RUPANYE AKU ALERGIK DENGAN IM INFERON NI .. 2 HARI DAH SUNTIK .. REAKSI SAME JE .. LAST KENE REFER DOKTOR .. DAN STOP IM INFERON .. DOKTOR SURUH TERUSKAN UBAT IBERET . HAHAHA .. DUGAAN SGGUH PREGGY NI ..

Pastu .. masa nak balik tu .. aku ada amik pamplet pasal AMBIL TAHU ALAHAN UBAT ni .. hahaha .. maka terhasillah ENTRY ni .. 

Jom baca kat bawah ni ..

Apakah Alahan Ubat ?

Alahan ubat merupakan kesan tidak diingini yang berlaku akibat tindak balas ketahanan badan terhadap ubat tertentu yang diambil

Tanda dan Kesan
  • Reaksi alahan ubat-ubatan tidak berlaku kepada semua orang dan mungkin berbeza bagi setiap individu
  • Ia terdiri daripada ruam biasa , kegatalan pada kulit atau mata , bengkak pada bibir , lidah , mata atau muka
  • Ia juga boleh menjadi serius sehingga mengancam nyawa
Contoh Alahan Ubat
  • Ruam - Alahan ubat yang paling kerap berlaku
  • Lepuh (blister) - Ia amat menyakitkan dan biasanya menyebabkan permukaan kulit melecet
  • Sindrom Stevens-Johnson(SJS - Merupakan reaksi yang bermula dengan lepuh dan menyebabkan pengelupasan kulit yang serius
  • Anafilaksis - Tindak balasnya termasuk kesukaran bernafas , resah , berdebar-debar , loya , muntah , bengkak , kekejangan otot dan pitam . Tindak balas ini berlaku dengan pantas dan boleh membawa maut.
PERINGATAN : SEKIRANYA ANDA MENGALAMI TANDA-TANDA DI ATAS , SILA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR .

23 March 2015

INFERON PUNYER PASAL , BONTOT JADI MANGSA ! !

Assalamualaikum

WOO WOOO .. LUCAH tajuk entry ko ni najihah .. hahaha ..

Tadi pergi klinik untuk check PEROT dan HB .. 

Then .. ternyata .. HB aku memang lowww lowwww lowwww dan lowwww

Nurse dan Dr ada tanya ..
  • Najihah .. awak makan sayur hijau tak ?
  • Najihah .. awak makan ikan bilis tak ?
  • Najihah .. awak ada makan kerang tak ?
  • Najihah .. awak makan ubat yang klinik bagi tak ?
  • Najihah .. awak ada makan ubat iberet tak ?
  • Najihah .. awak ada makan obimin tak ?
Nurse .. Dr .. semua dah di bedal .. sampaikan muak muak dan muak .. tapi tetap tak naik .. 

Dan dari tu la .. Dr cakap .. Najihah .. awak kena ambil suntikan INFERON ni .. untuk naikkan HB awak .. sebab HB awak makin turun .. 

Aku redha jika tu yang terbaik untuk aku dan kandungan .. 

Siap tanya lagi .. sakit tak Dr ? Dr cakap .. tak tipu .. memang sakit ..

MAKANYA .. start harini dan esok sampai la cukup 1 minggu .. BONTOT JADI MANGSA ..

Adoi .. saket bontot kanan dan kiri .. uwaaaa .. lama betol nak hilang rasa dia .. harini .. baru dos percubaan 0.5ml kanan dan 0.5ml kiri .. tu pun dah sakit .. esok dan hari-hari seterusnya 2ml sampai la cukup 1 minggu .. uhuk .. 

HANAN .. tolong kuat taw .. jangan lemah-lemah .. mama sakit takpe .. asal HANAN sihat dalam kandungan mama .. 


18 March 2015

DAY 2 | MEMASAK GUNA RICE COOKER

Assalamualaikum ..

Hooorey .. kali ke 2 masak guna rice cooker kat kedai .. hahaha .. dah la rice cooker ada 1 je .. haiyoo .. memula tanak nasi .. siap nasi .. tukar letak nasi dalam bekas dan basuh periuk pulak untuk masak TOMYAM .. 
Iye .. untuk hari kedua ni .. aku testing-testing masak TOMYAM ayam .. hahaha .. 

Rasa dia ? Emm .. aku da tanya juri (incik suami) .. 

Katanya "SEDAP yunk .." hahaha .. berbunga-bunga hati aku nih .. walopun aku tahu tak sedap .. errr .. rasa cukup .. cuma perencah tak cukup 1 paket .. kena buh 1 1/2 paket kot baru pekat sikit dan kaw kaw sikit rasa masam dia .. takpun sebab aku tak masukkan air asam limau .. hoho .. 

Tapi takpala .. yang penting .. aku boleh kenyangkan perot incik suami .. dan walopun tak berapa nak sedap .. dia tetap habiskan nasi .. hikhik .. TQ INCIK SUAMI yang selalu support cik isteri yang baru belajar masak .. ekeke

Ni haa .. 

NASI PUTIH + TOMYAM AYAM + AYAM GOLEK TERGOLEK GOLEK + AIR TEA O BEN





* Tomyam yang aku buat .. dan ada tambahan ayam golek tergolek golek .. (tadi beli ayam golek tergolek golek sebab da lama tengok dia buat show tepi jalan dan teringin nak makan .. haha)


17 March 2015

ANAK MAMA DAH MAKIN BESAR dan BERAT ye ?

Assalamualaikum

Anak mama ni dah makin berat ye ? 

Kaki mama lenguh-lenguh dah .. makin tak boleh nak menampung berat ..

Perot mama dah makin kebawah ..

Belakang mama selalu sakit-sakit .. 

Baju t-shirt , jubah dan baju kurung mama semua dah tak boleh pakai .. haha .. mama bedal baju papa je untuk keluar or ke kedai .. nasib la papa ada baju lengan panjang .. ekeke .. 

Mama hepi sebenarnya .. tak sabar nak tunggu anak mama ni keluar .. 

Anak mama ni aktif je malam-malam kan ? sampai mama nak tido pun tak boleh .. tapi takpe .. mama bahagia sebab dapat rasa pergerakan anak mama ni .. walaupun kekadang sakit dan geli .. haha .. 

NUR HANAN BATRISYA .. anak mama yang bakal lahir .. semoga jadi seorang anak yang baik , solehah , taat pada mama & papa dan ceria je .. tu dah cukup untuk mama dan papa .. 

Ehek .. takde koje .. duk cakap ngan bakal baby sambil taip entry ni .. 

ENTRY sesaje je ni .. monolog dalaman .. kuikui



16 March 2015

HUDUD vs GST MALAYSIA

DAY 1 | MEMASAK GUNA RICE COOKER

Assalamualaikum

Tak tipu taw apa yang bakal aku bagitahu ni .. hehehe

Sejak 8 bulan nikah ni .. baru 2 kali aku masak lauk untuk suami .. tu pun goreng sayur je .. ALLAH .. kejam kan aku ni .. hummm .. selama ni tolong-tolong mertua je .. dengan alahan mengandung tak habis-habis .. dugaan sungguh .. nasib suami paham jiwa .. dia pula yang duk uruskan makan minum aku ..

Ada kedai ni .. lagila .. makan minum suami entah kemana .. asyik makan kedai je .. YA ALLAH .. nape la aku ni teruk sangat ..

Sekarang .. aku nekad .. nak masak jugak .. walaupun lauk simple .. dan harap sangat incik suami makan .. serius .. aku tak reti masak .. tapi slow-slow dah belajar masak dengan mertua .. takat-takat nak wat lauk simple tu INSHA ALLAH boleh la .. 

Kat kedai ni .. sempit je .. ruang macam bilik mandi korung je .. tapi .. sikit-sikit aku angkut periuk elektrik , gelas , dan mangkuk yang hadiah perkahwinan haritu .. nak masak jugak .. nak jugak .. nasib suami ok je .. dan ngikut je bini dia walopun dia tahu bini dia tak pandai masak . ahak .. 

Untuk hari pertama ni .. 

NASI PUTIH + SARDIN + AIR TEA O BEN




* SARDIN CAIR (T_T) .. 

Bila masak sardin cair .. tak sampai hati nak suruh suami makan . alahai .. hmmm .. siap cakap .. "abang tak payah makan la .. sayang masak tak sedap" .. 

Aleh-aleh dia suruh bubuh nasi .. errrr .. 

Tak henti-henti aku duk mintak maaf sebab masak tak sedap .. 

Ni ayat dia untuk aku bila aku cakap macam tu 

"asal sayang masak .. tu dah cukup buat abang .. sedap ke tak .. belakang kira .. pahala besar tu" ..

Dia habiskan makanan tu .. licin pinggang .. (aku cukup puas hati sebenarnya .. walopun tak sedap .. dia licinkan jugak ..)

Terus aku rasa sebak semacam je .. sambil taip entry ni .. tetiba meleleh air mata (suami ada kat depan aku .. cepat2 lari kesat air mata kat lain) .. hurmm .. alhamdulillah .. incik suami hargai pe yang aku buat walopun tak sedap .. Nak try masak lagi .. sampai incik suami cakap .. "sedapnya sayang masak" hehe .. insha allah .. 






14 March 2015

REVIEW | ANANAS WAKAF MEMPELAM

Assalamualaikum

FUHH .. kenyang sungguh malam ni lepas membedal nasi GORENG AYAM .. hehe .. mata pun dah rasa mengantuk .. badan lak rase letih .. kalau dapat katil ni .. mahu lena terus .. ekeke

Haaa .. malam ni aku try makan kat ANANAS .. kedai baru bukak kat deret kedai aku ni haa .. 

Aku makan nasi GORENG AYAM , SUP KOSONG dan LIMAU NIPIS AIS  .. dan incik suami makan nasi GORENG KAMPUNG , TELUR MATA , CILI POTONG dan MILO AIS .. TOTAL : RM12 .. Makanan ok dan harga dia boleh tahan .. dan paling penting .. LANDSKAP dia chantek .. hikhik ..

Lepas ni boleh la pergi makan lagi .. tak pun .. order je .. makan kat kedai .. kuikui

Aku ada amik gambar .. tapi LANDSKAP dia tak jelas sangat .. ramai orang .. malu pulak rasa nak bangun dan tawaf semua kawasan tuk amik gambar .. hahaha .. 

NI je mampu sajikan .. nanti lain kali aku pegi amik gambar LANDSKAP keseluruhan eh .. tak pun .. datang sendiri kat ANANAS WAKAF MEMPELAM .. alang-alang tu .. boleh singgah kedai GMIE SHOP sekali .. ngeee~








Okeh .. SEKIAN wassalam .. 

* MATA dah layu .. hahaha .. idea pun takdak .. otak dah TEPUUUUUUUUUUUUU ..


ANAK KEMBAR SEPASANG

Assalamualaikum

Fuh .. anak sapa la tu kan kembar sepasang ? EH .. anak aku la .. hahaha .. 

Acegini cerite dia .. 

Entah kenapa semalam lena giler tido lepas incik suami tunaikan selera aku yang mengidam nak makan buah pauh kuning , buah jambu dan buah kemiyo .. (kemiyo camtu ke eja ? haha . tibai jela labu) .. mengidam pulak pukul 11 malam .. nasibla masa tu di kedai lagi . kalau da balik rumah .. kesian lak incik suami nak kena keluar ke bandar balik kan .. ekeke .. maaf ye incik suami .. cik isteri ni banyak ragam ..

Haaa .. berbalik pada anak kembar sepasang ni .. emm .. sebelum subuh .. aku ada mimpi yang aku da beranak .. memula tu rasa sakit perot macam nak terbirak .. pastu kejutkan incik suami dan cakap nak birak .. tapi entah macam mana dah ada dalam kereta .. hahahaha .. pastu tetiba baby tu da besar .. yang lelaki macam muka incik suami .. yang perempuan macam muka aku .. aiyoyo .. penangan mimpi memang hebat kan ?

Seronoknya kalau dapat kembar sepasang kan ? hehe .. 

Tapi aku syukur sangat-sangat diberi peluang untuk rasa pengalaman mengandung ni .. dan harap sangat bila tiba waktu bersalin nanti .. semua lancar dan selamat .. 

AMIN ..

* mimpi je tu anak kembar sepasang .. haha .. scan ada sorang je .. tapi kalau rezeki kembar .. terima je dengan 2 belah tangan . ihik

SEKIAN



13 March 2015

WANITA | LELEHAN CECAIR MACAM KEPUTIHAN TAPI BANYAK

Assalamualaikum

ADEH .. sungguh open tajuk dan entry aku petang ni kan ? Maaf bagi yang tak suka .. tapi ENTAH la .. nak jugak luahkan .. kot ada yang pernah alami macam aku .. sekarang ni tengah BLURR ..

Dah 2 hari ada lelehan cecair macam keputihan tapi banyak dan yang penting jernih .. baby pun kerap je mengeras .. aiyoyo .. tapi tanda-tanda macam nak bersalin tu takde .. cuma rasa macam perit-perit je dalam perot ..

Keputihan ke macam tu erk ? Tapi kalau pakai spender tu .. basah sampai kena seluar / kain .. tu pelik .. tak pernah terjadik pun sebelum ni .. dalam 2 hari ni je ..

Tadi tanya mertua .. napa baby selalu mengeras je ..  mertua cakap sebab aku aktif .. banyak berjalan dan duduk je kat kedai .. tak baring-baring .. kot baby tak selesa .. sebab tu mengeras .. pasal lelehan cecair yang keluar tu .. mertua tak berani nak jawab .. tapi dia cakap kalau banyak lagi .. baik pergi klinik .. tanya nurse normal ke tak .. uhuk .. 

HMMM .. sebabkan nak lagi kepastian .. aku search gugel .. dan ni yang aku dapat carik ..

"Semasa seorang wanita sedang hamil, bayi dalam rahem dilindungi oleh selaput yang dikenali sebagai amniotic membrane dan mengandungi cecair, yang disebut sebagai air tuban, atau ‘amniotic fluid”.
Ia bertujuan untuk melindungi bayi dari ancaman gegaran dan hentakan dari luar dan menjadi medium untuk perkumuhan. Bayi akan bebas bergerak di dalamnya, ibarat bayi yang sedang bermain dalam kolam air yang cetek.
Apabila selaput ini bocor, ia akan menyebabkan air tuban akan keluar dari rahem melalui faraj. Dalam istilah perubatan ia dinamakan SROM (spontaneous rupture of membranes).
Selalunya apabila wanita hamil sedang mengalami proses kelahiran, selaput tuban akan mula bocor dan mengeluarkan air tuban. Dalam hal ini, ia adalah kejadian yang normal.
Namun sebahagian kecil wanita yang hamil mengalami kebocoran tuban sebelum berlakunya proses kelahirnan ini dan berlaku pada usia kehamilan kurang dari 37 minggu.
Mereka tidak merasa sakit perut seperti rasa mahu bersalin kerana proses kelahiran belum bermula. Selalunya proses kelahiran dan sakit perut akan berlaku dalam masa 24 jam.
“Apa yang perlu dilakukan?”
Jangan panic. Letakkan pad atau tuala atau kain yang bersih pada kemaluan. Selalunya air tuban yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan. Ada juga bercampur dengan sedikit darah.
Jumlah air yang kecil berbeza-beza. Ada yang keluar sedikit, dan ada yang keluar dengan banyak seperti ‘empangan yang pecah’, sehingga membasahi kain yang dipakai.
Oleh itu saya mencadangkan agar segera membuat persiapan untuk ke hospital, walau pun tidak merasa sakit perut untuk melahirkan. Di hospital doctor akan membuat pemeriksaan dan mungkin ditahan di wad.
Doktor akan memastikan bahawa air yang keluar itu adalah air tuban, bukan air kencing atau lendiran dari faraj. 
Pemeriksaan ultrasound dilakukan bagi memeriksaan air tuban yang tinggal dalam rahem, selalunya menjadi kurang.

Pemeriksaan ultrasound juga dapat melihat pergerakan dan fizikal bayi."

Normal ke tak eh ? alahai .. kakak2 or adik2 yang pernah preggy dan dah jadi ibu sekarang pernah alami tak macam deq alami ni ?




CHECKLIST dan GAMBAR BARANG BABY

Assalamualaikum

Selamat pagi jumaat ..

Semangat betol aku nak terima bakal baby NUR HANAN BATRISYA BINTI AHMAD FAHMI ni .. ekeke .. (siap ada nama dah) ..

Meh tengok GAMBAR dan LIST barang yang aku dah prepare tuk bakal baby .. 

(Gambar 1)
  • Pampers PETPET saiz newborn - 1 pek (36 keping)
  • Alas getah - 1 gulung
  • Tuala - 2 helai
  • Baju newborn - 2 pasang (siap sarung tangan + kaki)
  • Pembarut perut - 2 helai


(Gambar 2)
  • Lampin baby - 1 pek (10 helai)
  • Botol susu - 1 botol
  • Pemberus botol - 1 set (sekali dengan pemberus puting botol)
  • Selimut - 2 helai
  • Stokin - 1 pasang
  • Tisu basah - 1 pek (2 bungkus)
  • Baju newborn - 2 pasang
(Gambar 3)
  • Pembersih pakaian baby - 2 botol (taktahu mana yang ok .. last2 bedal 2)
  • Set peribadi baby - 1 beg (bedak , syampu , mandian dan losyen)
  • Minyak yukyi cap limau - 1 botol
  • Kapas - 2 jenis (hehe .. bebola tu bawak pegi hosp nanti)
  • Puting kapas - 1 botol


(Gambar 4)

Gambar baju 2 pasang kat atas tu .. hadiah dari mak azie dia .. hehe .. untung betol bakal baby nur hanan batrisya ni .. belum lagi keluar dari perut mama dia .. dah dapat hadiah .. TOCEY mak azie .. rajin betol belikan hadiah tuk bakal baby .. (excited nak dapat kawan la tu .. akhirnya .. ada jugak kawan perempuan dia dalam keluarga . hahaha)

*mak azie : adik ipar (satu2 je perempuan dalam keluarga mertua selain mak mertua . hoho)


Ok dah .. tu je yang aku belikan tuk bakal baby .. nak beli katil or tilam .. tapi tengah kumpul modal dulu .. kalo dapat simpan banyak .. belikan katil .. tapi kalo sikit je .. hanya mampu cari tilam je la .. hukhuk .. IN SHA ALLAH .. 

Haaa .. ada cadangan untuk aku tambah apa lagi tak untuk barang baby ni ? PLESS PLESS tolong kasi tahu .. hehe .. mekasih ..


12 March 2015

BELAJAR LAIN .. KERJA LAIN ..

Assalamualaikum ..

Haritu .. "kamu" duk kata kat aku .. ambil NURSE tapi kerja kedai RUNCIT ma aku .. tapi aku diam .. malas nak menjawab .. kang tetiba je angin kuskus aku datang samput .. hahaha .. dah lali dengan soalan orang kg .. soalan sama .. 

Eh .. mari aku nak tanya "kamu" pulak .. kenapa anak "kamu" masuk U tapi duk makan tido je kat RUMAH ? hahaha .. agak-agak ape yang "kamu" nak jawab kan ? takde rezeki nak kerja lagi ? nak rehat kat rumah dulu sebelum start kerja ? walaupun dah bertahun-tahun habis belajar ? ok .. lupakan .. kompirm kalau time "kamu" tanya aku soalan tu .. aku tanya "kamu" macam ni .. mesti gigit jari sampai PUTUS .. 

Harini aku nak menjawab soalan "kamu" .. aku nak kerja apa pun .. LANTAK aku la .. dah bukan rezeki aku jadik NURSE .. hahaha .. ok ke jawapan aku ni ? ENTAH la .. tapi apa yang aku nak bagitahu ..

AKU bahagia jadi PENIAGA .. dan sekarang .. aku dapat buktikan kat "kamu" .. walaupun memula aku kerja kedai RUNCIT ma aku .. akhirnya .. dari duit gaji tu la aku kumpul .. then dapat jalankan 1 perniagaan atas modal aku sendiri (tambah duit suami separuh) .. BANGGA ni .. dan sekarang .. anak "kamu" masih melepak kat rumah tanpa sebarang kerja (^_^) [maaf .. bukan riak .. tapi cukup geram dengan soalan yang tak berasas "kamu" tu]

Hahaha .. ok .. agak kasar bahasa aku petang ni .. tapi ni la akan terkeluar bila dah lama memendam ..


HADIAH Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare DAH SAMPAI

Assalamualaikum ..

Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare ni kerjasama KAK MIA dengan pihak MY BEAUTY HERBS ..

Giveaway ini terbuka kepada semua blogger berumur melebihi 18 tahun, tidak kira lelaki atau perempuan yang ingin kulit muka kelihatan cantik, cerah, gebu dan bersinar.

Keterangan produk ada di SINI dan testimoni produk ada di SINI.
Review produk di blog Kak Mia ada di SINI.

Dalam Giveaway ini, hanya 50 orang blogger yang layak akan dipilih menerima produk Whitening Intensive Booster Skincare dan mencuba sendiri keberkesanan produk yang hebat ini. Kemudian, akan diminta untuk membuat entri review produk ini berdasarkan pengalaman. Selepas siap dan hantar link URL, screenshot entri penyertaan akan dimasukkan ke dalam fanpage My Beauty Herbs. Dan kena promote gambar entri penyertaan untuk dapatkan LIKE yang tertinggi.

Selama ni .. dah banyak produk yang aku try untuk muka .. haish .. nak cantek kan . ekeke .. tapi tak berapa nak menjadik .. bila tengok kak mia buat giveaway ni .. aku try join .. mana tahu kot rezeki aku tuk try produk dari my beauty herbs ni pulak .. then jeng jeng jeng .. hahaha ..  Dan .. antara 50 orang blogger tu .. aku terpilih .. yahoo .. hehe .. 
dapat jugak try guna .. 



Nantikan perubahan aku lepas pakai produk ni selama sebulan ye .. hehe .. 

Boleh jugak baca keterangan produk ni kat sini : my beauty herbs whitening intensive 

11 March 2015

HEPI BEDAY KE 45 TAHUN MA ..

Assalamualaikum

Ini cerita dah basi .. tapi tetap nak buat ENTRY .. ekeke .. 

Befday ma 030315 haritu .. 

Kami adik-adik pakat nak wat kejutan .. aku wakil adik-adik tuk belikan kek .. dan bawak adik bungsu .. haha .. tapi disebabkan adik bungsu kami yang tak pandai simpan rahsia .. pecah telur lerr ... ma aku da tahu awal-awal pelan kami .. 

Meh nak nyanyikan sikit lagu BEDAY .. hehe

"HEPI BEDAY TO U .. HEPI BEDAY TO U .. HEPI BEDAY TO U MA .. HEPI BEDAY TO U"

Pejam celik pejam celik .. dah 45 tahun umur ma aku .. hehe .. tapi still AWEK MUDA .. 

Hadiah ? 

MAAF ma .. kaklong dan suami , kakngah , kakcik dan suami , abe , ipah , ika , tihah , ain dan chacha tak sempat nak sediakan hadiah lain .. sebab memula kami plan nak belikan ma HANDBEG tapi stok habis lak .. hanya mampu sediakan kek dan sedikit makanan je .. walaupun apa yang kami sediakan tu tak seberapa .. tapi ma tetap senyum .. seronok betol bila tengok ma hepi .. IN SHA ALLAH .. hadiah untuk ma akan ada .. cuma postpone sikit .. hehe .. 

KAMI doakan ma sentiasa bahagia .. semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik ... AMIN .. 







KAMI SAYANG MA dan jugak WAN .. TERIMA KASIH sebab MENJAGA KAMI dengan LIMPAHAN KASIH SAYANG ..