Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

26 March 2015

TIPS | CARA MENERAN SEMASA BERSALIN

  • Angkat kepala dagu cecah dada.
  • Mata pandang perut
  • Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
  • Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat
  • Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
  • Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar tanpa blow nafas anda .. teran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas then sambung teran .. tiap kontraksi cuba 3kali .. time kontraksi je push sebab time tu baby pun gerak sama so jangan buang masa .. ada kontraksi terus push macam cara tadi..takde kontraksi , relax
  • Baca bismilah, selawat

Tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat)

5 March 2015

TIPS | MUDAH BERSALIN UNTUK IBU HAMIL

SAKIT BERSALIN adalah sakit yang tidak dapat digambarkan.
Hanya orang yang pernah merasainya yang tahu bagaimana rasanya sakit bersalin, seperti satu perjuangan antara hidup dan mati seseorang ibu.
Setiap kelahiran adalah berbeza proses bersalin yang akan dilalui oleh ibu hamil walaupun sudah mempunyai ramai anak.
1) 2 minggu sebelum DUE, amalkan makan telur separuh masak untuk memberikan tenaga.
2) Bila sakit nak bersalin, makan sebiji telur mentah
3) Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka.
4) Rebus epal hijau, dan makan semasa sakit 'contraction'
5) Amalkan membaca Surah Maryam untuk memudahkan bersalin
6) Semasa di labour room, banyakkan membaca Al-fatihah dan Doa Nabi Yunus serta sebut " Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.
7) Amalkan minum air minyak kelapa hujung-hujung nak bersalin
8) Makan buah kurma dalam bilangan ganjil
9) Banyakkan berjalan, naik tangga. Senaman sebelum melahirkan baby.
10) Amalkan makan sayur bendi
11) Untuk senaman, duduk bersila dan temukan kedua kaki, pegang jari-jari kaki dan tolakkan kedua tapak kaki perlahan-lahan ke dalam.
12) Masa proses meneran, baring sambil kaki atau betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk mengelak luka koyakan yang banyak. JANGAN angkat pungung semasa meneran!
13) Amalkan sapu Minyak Kelapa Dara di sekeliling Faraj bagi melembutkan bahagian tersebut.
14) Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat-cepat.
15) Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan ke dalam air.
16) Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka bermula kandungan masuk 37 minggu.
17) Minum minyak selusuh

22 June 2014

TIPS | NAK MERAHKAN INAI DAUN KENA LETAK GAPE EH ?

Assalamualaikum

Malam ni teringin nak pakai inai .. hahaha .. tapi untuk merahkan inai tu masa kat kuku camne eh ? Maka .. terciptalah soalan kat FB .. hahaha .. tapi last sekali .. ayah aku pulak yang pakai untuk ubat kuku yang tak berapa nak cun .. dan aku ? hahaha .. tak pakai lagi .. 


Soalan aku  kat fb tadi .. NAK MERAHKAN INAI DAUN KENA LETAK GAPE EH ? 

Dan kawan-kawan ramai memberi TIPS untuk merahkan inai daun .. 

Jom tengok kat bawah ni bahan-bahan untuk memerahkan INAI 

  1. Gambir
  2. Arang
  3. Asam keping
  4. Sirap
  5. Air asam limau
  6. Uncang teh pekat
  7. Asam jawa
  8. Minyak cap kapak
  9. Daun inai yang tua-tua dan banyak bintik-bintik hitam kat daun
  10. Teh boh
* sapa ade tips lagi untuk merahkan inai daun .. sila-sila la tinggal komen kat bawah ni eh .. terima kasih .. sekian ..

18 June 2014

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~


31 May 2014

Perkara yang perlu dielak selepas makan

Selepas makan selalunya anda dinasihatkan tidak terus berbaring kerana ia akan menyebabkan makanan tidak hadam. 

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa perkara yang mungkin anda selalu lakukan sebaik sahaja selepas makan. 

Oleh itu baca di bawah tentang perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada sistem tubuh anda. 

Jangan merokok
Kajian daripada pakar-pakar kesihatan mendapati bahawa sebatang rokok yang dihisap sebaik sahaja selesai makan bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok dan meningkatkan risiko mendapat kanseer paru-paru. 

Jangan makan buah
Jangan makan buah sebaik sahaja selesai makan kerana perkara ini akan menyebabkan perut kita buncit kerana kandungan air berlebihan. Jika anda mahu makan buah, makanlah sebelum makan ataupun 1-2 jam selepas makan. 

Jangan minum teh
Daun teh mengandungi asid yang agak tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan protein yang terkandung dalam makanan yang kita makan menjadi keras sehingga sukar untuk dihadamkan. 

Jangan longgarkan tali pinggang anda
Melonggarkan tali pinggang sebaik selesai makan boleh menyebabkan usus terbelit dan terhalang. 

Jangan mandi
Mandi sebaik selesai makan boleh menyebabkan peningkatan aliran darah pada tangan, kaki, dan badan hingga menyebabkan aliran darah di sekelling perut menurun. Ini menyebabkan sisitem penghadaman menjadi lemah. 

Jangan banyak berjalan
Ada nasihat menyarankan agar anda berjalan sehingga 100 tapak sebaik selesai makan. Ini adalah tidak benar kerana berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap zat daripada makanan yang dimakan. 

Jangan tidur 
Tidur sebaik selesai makan akan menyebabkan makanan tidak dapat dihadamkan dengan elok. Ini akan menyebabkan gastric dan jangkitan pada usus.



30 January 2014

KEBAIKAN KUNYIT DALAM PENJAGAAN KULIT WAJAH

Kunyit selalunya digunakan bagi menlazatkan pelbagai jenis makanan, namun tahukah anda bahawa kunyit sebenarnya mempunyai kebaikkan dalam penjagaan kulit wajah. 

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa kebaikan kunyit yang boleh merawat dan mencerahkan kulit wajah agar tampak berseri. 

Membuat kulit bersinar
Kunyit dapat membuatkan kulit kita tampak lebih bersinar dan licin dari dalam kulit. 

Menghaluskan kulit
Kunyit membantu meringankan segala macam masalah kulit dan membuat kulit menjadi halus dan mulus.

Menghilangkan kerutan/garis halus di wajah
Masalah ini juga sering kali yang menjadi perhatian dari banyak wanita iaitu masalah penuaan. Yang terutama adalah kerutan di wajah. Untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan manfaat kunyit yang akn dapat menyamarkan tanda-tanda penuaaan. Kulit anda akan kelihatan lebih tegang dan muda. 

Mengatasi masalah jeragat/bintik hitam
Kunyit juga dapat membantu menghilangkan jeragat/bintik hitam di wajah dengan khasiat nye yang berkesan. 

Menghilangkan jerawat
Manfaat kunyit juga mampu menghilangkan jerawat dengan melawan kuma jerawat supaya jerawat dapat diatasi tanpa meninggalkan kesan.


25 January 2014

Tips kempiskan perut mudah

Pasti anda di luar sana pening memikirkan bagaimana hendak mengempiskan perut kerana bosan dan malu apabila memakai baju dengan perut anda kedepan. Jangan risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tip mudah untuk anda amalkan untuk kempiskan perut buncit.

Jaga pemakanan
Perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang seimbang untuk tubuh badan. Anda perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau. 

Berhenti makan lewat malam
Elakkan dari makan di waktu tengah malam. Ini kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar. 

Tinggalkan makanan & minuman ringan
Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun tiga bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin. 

Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari. 

Lakukan senaman kardio
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat. 

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam mendapatkan perut yang kempis.selamat mencuba!


sumber : yahoo

22 January 2014

TIPS KURANGKAN BAJET PERKAHWINAN

Assalamualaikum 

Selamat petang ..

Petang ni .. deq nak bagi tip-tip tuk yang bakal memasuki alam perkahwinan tapi bajet kurang .. 

Jom tengok kat bawah ni .. mana tahu . kot-kot boleh membantu .. tak banyak pun .. 1 takpe dah . hehe 

1) Senaraikan jumlah tetamu

2) Majlis diadakan secara gotong-royong

3) Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah

4) Buka akaun khas untuk perkahwinan

5) Hantaran tak perlu banyak

haaa . ada yang membantu tak ? hehehe ..


19 November 2013

10 Soalan Wajib Tanya Sebelum Anda Berkahwin

sebelum anda mengikat tali perkahwinan, tanyakan dahulu pada pasangan 10 soalan yang rasanya mampu mengubah perspektif kewangan anda nanti. Anda juga boleh merancang kewangan yang stabil untuk jangka masa panjang. Yang penting, anda berdua harus bersikap terbuka ya!

1.      Ada membuat pinjaman?
Jika ada, berapa banyak? Berapa lama tempoh pinjaman? Dengan mengenal pasti beban pinjaman yang anda berdua ada, anda boleh merancang pelan kewangan yang lebih efektif. Pinjaman ini termasuklah pinjaman peribadi, kereta, rumah, PTPTN dan sebagainya. Mulakan proses perbincangan dengan mengenal pasti cara terbaik untuk melangsaikan semua pinjaman, sama ada berkongsi bayar atau membayar sendiri.

2.      Adakah sebarang pelaburan?
Jika ada, bagaimana cara anda berdua mengendalikannya apabila sudah berkahwin kelak. Adakah akan dijadikan pelaburan bersama dan apakah prosedur yang harus dilakukan? Bagaimana pula dengan keuntungan pelaburan? Walaupun dalam Islam, ia merupakan harta sepencarian, namun tidak salah jika perkara ini ditentukan terlebih dahulu supaya tidak ada ungkit mengungkit di kemudian hari. Apatah lagi, jika anda dan pasangan mempunyai sebarang masalah nanti.

3.      Di mana kita nak tinggal?
Soalan ini nampak ringkas tetapi sangat penting untuk merancang kewangan anda. Jika anda sepakat untuk tinggal sendiri dengan pasangan, mungkin bajet bulanan tidak terlalu tinggi dan boleh dikongsi bersama. Namun, jika anda berdua akan tinggal bersama keluarga, berapakah sumbangan kewangan yang akan dikeluarkan bagi membantu keluarga seperti bayaran bil, belian barangan runcit dan sebagainya. Jika pasangan anda merupakan penyumbang tunggal, ini akan lebih membebankan dan perlu diberi perhatian serius. Secara amnya, jumlah bajet bulanan isi rumah yang perlu anda berdua keluarkan tidak harus melebihi 25 peratus daripada pendapatan bulanan.

4.      Bagaimana cara kita kendalikan duit?
Anda dan pasangan perlu faham maksud ‘berkongsi’ dari segi jumlah pendapatan atau pembayaran bil yang ada. Cara yang terbaik adalah mewujudkan akaun bersama (walaupun jarang dipraktikkan di negara kita). Alternatif lain pula ialah mempunyai tiga akaun iaitu satu akaun bersama dan dua akaun individu. Akaun bersama untuk simpanan dan pembayaran bil/hutang yang dikongsi. Akaun individu pula tertakluk kepada hak peribadi masing-masing.

5.      Bagaimana pula dengan insuran?
Semua insuran yang anda dan pasangan punyai seperti insuran nyawa, kereta, rumah dan apa sahaja perlu dikaji semula dan digabungkan untuk memastikan anda berdua mendapat manfaat dan faedah yang diperlukan untuk kehidupan selepas berkahwin.

6.      Bagaimana pula dengan harta?
Walaupun Islam menetapkan akan harta sepencarian, tidak salah jika perkara ini ditetapkan sebelum berkahwin untuk kepentingan bersama.

7.      Adakah bajet tertentu?
Mempunyai bajet bagi setiap perkara adalah satu perkara yang sangat bagus untuk diamalkan. Perancangan bajet yang baik terutamanya untuk majlis perkahwinan mampu mengelakkan anda dan pasangan daripada beban hutang selepas berkahwin. Selain itu, ia juga membantu anda untuk berjimat dan menyimpan untuk masa depan bersama.

8.      Bagaimana pula selepas bersara?
Walaupun perkara ini masih jauh tetapi tidak salah sekiranya ditimbulkan dalam perancangan kewangan ini. Anda dan pasangan perlu merancang sama ada masih mahu bekerja atau menikmati sahaja persaraan tersebut. Ini membantu untuk anda menetapkan jumlah simpanan yang perlu ada sehingga saat anda bersara untuk menampung kehidupan, bil kesihatan dan sebagainya.

9.      Status cukai?
Selalunya selepas berkahwin, akaun cukai anda dan pasangan akan digabungkan. Namun, tetapkan siapa yang perlu membayar cukai supaya anda dan pasangan mempunyai kelebihan dalam hal ini.

10.  Perlukah perjanjian sebelum kahwin?
Perjanjian ini tidak diamalkan oleh pasangan Melayu. Perjanjian ini selalunya dilakukan oleh pasangan Barat untuk mengelakkan bebanan hutang kepada mana-mana pihak andai satu pihak mempunyai beban hutang/liabiliti melebihi pihak yang satu lagi terutamanya bagi pasangan yang kaya. Namun, perjanjian ini boleh dijadikan garis panduan untuk masa depan kewangan yang lebih sihat.

5 November 2013

TIPS | Kriteria Bakal Suami Yang Dicari


Sebaiknya sebelum berkahwin setiap wanita meneliti pelbagai aspek diri lelaki yang diputuskan untuk menjadi pasangan hidupnya. Baik daripada sifat, tingkah laku dan juga kebiasaan dirinya.

Anda tidak tahu mungkin ada ciri pada lelaki pilihan anda ini yang sangat bertentangan dengan diri anda. Walaupun hanya perkara kecil namun mungkin akan memberi kesan sesudah anda melangkah ke alam perkahwinan.

Perhatikan beberapa kriteria berikut pada teman lelaki anda sebelum anda memutuskan untuk naik ke jinjang pelamin bersamanya. Teruskan perkahwinan jika bakal suami anda mempunyai sikap: 

Banyak persamaan
Persamaan baik dari segi minat mahupun pendapat. Hubungan akan lebih tenang jika anda berdua memiliki komunikasi yang seiringan. Anda takkan sukar untuk
menyesuaikan diri.

Gentlemen sejati
Tutur katanya sopan dan dia tidak ‘double standard’ dalam melayani orang lain. Daripada tukang jaga parking sehinggalah anak majikannya semua dilayani dengan ramah. Dia juga sentiasa memberi perhatian penuh pada anda ketika bersamanya dan selalu berusaha menghargai keinginan anda.

Tidak takut pada komitmen
Sebelum meletakkan harapan yang tinggi pada dirinya tak salah jika anda terus terang bertanya pendapatnya tentang komitmen perkahwinan. Kalau jawapannya sekadar ‘Saya rasa mahu enjoy dulu la” atau ‘saya tak suka terikat’ sebaiknya berfikir dulu sebelum meneruskan hubungan.

Kelakar
Lelaki yang memang punya humor akan melontarkan lawak atau jenaka tanpa memburukkan pihak lain. Dia juga tidak akan malu mentertawakan kekurangan dirinya untuk menghidupkan suasana. Biasanya lelaki jenis ini memiliki visi yang jelas akan masa depannya dan hidupnya seimbang kerana dia menikmatinya kehidupan dengan relaks dan tanpa beban.

Ingin mengenal diri lebih dekat
Sekiranya dia menunjukkan keprihatinan terhadap kehidupan peribadi anda seperti bertanyakan minat dan perkara-perkara yang membuatkan anda gembira bermakna dia ingin mengenal anda dengan lebih serius. Baginya anda bukan sekadar penglipur lara yang mengisi harinya yang sepi sebaliknya ingin menjadikan anda teman hidupnya.

Memberi semangat
Adahari-harinya anda akan terus menerus mengalami peristiwa buruk dalam hidup hingga membuatkan diri begitu tertekan. Pada waktu ini anda memerlukan pendorong yang boleh diharapkan.
Jika teman lelaki anda mahu menjadi pendengar setia, berusaha menggembirakan anda dengan humor atau kejutan yang menyenangkan, inilah pasangan yang boleh diharapkan untuk tetap setia baik dalam ketawa mahupun tangis.


sumber : mingguan wanita

2 November 2013

TUNANG | SEDIAKAN CHECKLIST

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu akan bertunang dahulu sebelum menuju ke gerbang perkahwinan. Persiapan menjelang majlis pertunangan juga tidak banyak bezanya dengan persediaan majlis perkahwinan. Ada yang sukakan majlis meriah dan ada juga sukakan yang serba sederhana. Tidak kira bagaimanapun bentuk acara yang bakal berlangsung, senarai penting atau checklist tetap perlu dibuat bagi mengelakkan masalah di kemudian hari. Singkir segala kekusutan, checklist istimewa dihidangkan buat anda.


TARIKH / WAKTU / TEMPAT
Sama seperti majlis perkahwinan, pemilihan lokasi untuk melangsungkan majlis pertunangan juga sangat penting. Lokasi di sini tidaklah bermaksud sama ada dewan ataupun rumah. Cukup sekadar berlangsung di rumah tetapi dengan hanya menentukan sama ada upacara menyarung cincin dilakukan di ruang tamu ataupun di dalam bilik.

PELAMIN MINI / HIASAN
Seakan menjadi trend, setiap majlis pertunangan pasti akan diserikan dengan pelamin mini sebagai tempat si gadis menunggu untuk cincin disarungkan. Variasi pelamin mini terdapat di pasaran dan juga boleh dibuat sendiri. Namun, ada juga yang lebih suka menggunakan bilik tidur yang dihiasi begitu indah sempena hari bermakna itu.

HANTARAN
Menentukan jumlah hantaran yang perlu diberi dan ditukar merupakan salah satu perkara penting dalamchecklist. Jumlah standard adalah lima dulang daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan. Selain itu, pemilihan warna tema untuk hantaran juga perlu ditulis agar lebih selaras. Untuk memudahkan perancangan, tentukan sama ada ingin menggubah sendiri hantaran atau menempahnya.  

WARNA TEMA
Warna tema majlis, busana dan konsep hantaran penting untuk menimbulkan mood tersendiri. Bergantung pada tema yang dirancang, segala persiapan harus disenaraikan dengan teliti. Apa yang paling penting adalah busana pertunangan. Jika anda tidak menggunakan khidmat butik pengantin, pastikan busana tersebut ditempah lebih awal. Begitu juga dengan kelengkapan lain yang perlu disenarai penting.

WANG HANTARAN / MAS KAHWIN
Jumlah wang hantaran dan mas kahwin antara senarai penting dan kebiasaan, jumlahnya ditentukan mengikut negeri. Dalam adat masyarakat Melayu, sekiranya upacara merisik tidak dijalankan, maka cincin merisik akan naik sekali bersama cincin bertunang. Manakala mas kahwin dan wang hantaran akan diserahkan pada hari pernikahan.

SOLEKAN / JURUGAMBAR
Checklistyang keenam membawa anda kepada perkara yang kononnya dianggap remeh namun masih penting dalam sesebuah majlis pertunangan. Pemilihan jurusolek dan jurugambar harus dibuat dengan betul agar memori hari pertunangan dapat diabadikan dengan sempurna.

JAMUAN MAKANAN
Sediakan peruntukan untuk bahagian jamuan makan. Anda mempunyai pilihan sama ada ingin menggunakan khidmat katering ataupun masak sendiri. Bergantung kepada bajet, duduk berbincang bersama ahli keluarga untuk menentukan makanan apa yang hendak dihidangkan kepada para tetamu.

WAKIL KELUARGA
Mungkin ramai yang terlupa untuk memasukkan  senarai yang satu ini. Untuk pengetahuan anda, menentukan wakil keluarga untuk berbincang bersama keluarga pasangan adalah penting. Pilih wakil yang berpengalaman dan pandai berkomunikasi agar mesej mudah disampaikan. Kemudian, maklumkan kepada keluarga pasangan jumlah keluarga yang akan turut serta menghantar rombongan meminang.


PERKARA-PERKARA YANG PENTING AKAN DIBINCANGAN DIHARI PERTUNANGAN :
  •        Tarikh nikah dan kenduri?
  •        Jumlah wang hantaran dan mas kahwin?
  •        Jumlah dulang hantaran yang akan diberikan?


+ majalah pengantin 

30 August 2013

TIPS | PENJAGAAN HANDPHONE

1. Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si HP pening & mual..

2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full) Hal ini akan membuat bateri anda bunting/ melembung.. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawab & sanggup menikahinya..

3. Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius dengannya. Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan..seperti anda juga..

4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit..



* kihkihkih .. biase duk serius je .. sesekali nak gak gelak-gelak kan ? hahaha .. sori haaa . jangan MARAH .. papai .. 

26 August 2013

MAJLIS BERTUNANG TIDAK PERLU TERLALU MEWAH

Bertunang adalah perkara yang paling mengembirakan bagi pasangan yang akan ke jinjang pelamin .. ini kerana ia merupakan salah satu jalan untuk ke fasa yang seterusnya .. dan masa yang paling baik untuk saling mengenali dan memahami pasangan .. ini hanyalah adat untuk berkenal-kenalan dan sebagai persiapan untuk menjadi seorang suami dan isteri .. Pada masa kini , bertunang bukan hanya adat semata-mata .. bahkan dah menjadi trend yang memerlukan belanja yang besar .. Pihak lelaki dan pihak wanita perlu mengeluarkan bajet dan modal yang besar untuk memastikan majlis meriah dengan ramai tetamu undangan ..

Untuk memastikan anda masih bertunang mengikut bajet yang ada , pastikan anda membuat senarai agar tidak terlebih daripada bajet yang ada kerana anda masih memerlukan bajet untuk berkahwin dan sebagainya .. Disediakan tips untuk anda agar majlis pertunangan anda meriah dan diberkati serta masih dalam bajet yang rendah dan tidak dikira membazir ..

1) Dulang hantaran
Tetapkan berapa hantaran yang anda perlukan untuk kedua-dua belah pihak san tidak terlalu banyak .. Contohnya 5 hantaran dari lelaki dan dibalas 7 hantaran dari pihak perempuan .. 

2) Pelamin
Pastinya anda menginginkan pelamin yang ditempah pada hari pertunangan anda nanti bukan ? apa kata anda mendekorasi mini pelamin anda sendiri dan mencita hiasan anda mengikut contoh-contoh yang sedia ada ..

3) Kenduri
Buat senarai semak berapa orang yang akan dijemput nanti agar mudah untuk anda tentukan bajet ..

4) Busana Tunang 
Pada hari pertunangan anda nanti , pasti anda ingin tampil cantik dan bergaya seperti mempelai diatas elamin indah yang digubah oleh anda sendiri ..anda boleh menemah baju kurung atau mengikut fesyen yang anda inginkan dimana-mana kedai jahit ..

5) Mekap dan jurugambar
Kenalpasti rakan atau saudaramara anda yang mahir untuk menyolek dan menghias anda nanti dihari pertunangan .. dan untuk potret kenangan indah anda , apa kata anda dapatkan rakan-rakan yang mahir dengan DSLR untuk merakamkan detik-detik indah itu nanti .


TIP EKSTRA
  • Untuk pilihan tema pada hari pertunangan nanti , pilihlah warna yang lembut dan tidak terlalu terang ..
  • Pastikan untuk dekorasi pelamin mini anda nanti .. siapkan juga sedikit ruang untuk sesi menyarung cinsin dijalankan oleh bakal ibu mertua anda .. 


31 July 2013

TIPS | PERSEDIAAN UNTUK BERTUNANG

Assalamualaikum

hai .. semalam cakap pasal simpan duit .. hari ni nak bagi tips untuk yang bakal bertunang .. TERMASUKLAH aku .. eh aku ke ? hahaha . wait n see .. kihkih .. 

jom jenguk bawah .. mana tahu serba sedikit boleh membantu .. hihi


Senarai Semak Sebelum Bertunang


1. Pilih tarikh/waktu/tempat
– Rumah (hall) atau dalam bilik atas katil pengantin.


2. Tentukan jumlah hantaran L/P
– Contoh: 7 dulang (P) balas 5 dulang (L)
(Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan nombor ganjil).


3. Pilihan tema hantaran
– Biasanya pemilihan warna yang lembut seperti soft pink, soft yellow atau putih.


4. Pilihan gubahan sendiri / tempah
-Buat sendiri (lagi jimat).


5. Pilihan warna pakaian L/P
– Bergantung pada tema.


6. Tentukan jenis barang hantaran
– Contoh: Perempuan : 7
(listkan barang-barang yang hendak diberi)


7. Tentukan jenis barang hantaran
– Contoh: Lelaki : 5
(listkan barang-barang yang hendak diberi)


8. Jumlah wang hantaran & mas kahwin
– Hantaran : ? , Mas Kawin : (ikut negeri)


9. Cincin tunang & risik
– 2 cincin ( ikut pilihan sendiri sama ada nak bagi 2 sekali atau nak bagi cincin tunang saje pun boleh)


10. Pilihan dais / pelamin
- Bergantung. Setengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yg dihias cantik. Nak jimat DIY (Do it yourself).


11. Makeup
– Makeup soft kalau boleh.


12. Jurugambar


13. Sediakan bajet jamuan makan tengahari / petang/ malam
– Katering atau pun masak sendiri.


14. Tentukan wakil pihak L/P sebagai jurucakap
– Biasanya orang tua yang berpengalaman.


15. Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – Contoh: (L ) - 7 orang, (P) - 10 orang

Di Hari Pertunangan

Perkara-perkara yang akan dibincang oleh kedua keluarga pada hari pertunangan:

1. Tarikh nikah/ berlangsung kat mana?
2. Tarikh kenduri ?
3. Jumlah wang hantaran?
4. Jumlah wang mas kahwin ?
5. Jumlah barang hantaran semasa kahwin?

credit to SOLEHAH SHAMSUDDIN (sori sygg . excited sangat ni haa . jangan marah haa akak copy .. hihi)

26 May 2013

TIPS PERKAHWINAN

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

FROM - USTAZ AZHAR IDRUS