25 November 2019

Program Komuniti McDonald’s bantu rakyat Pantai Timur

Assalamualaikum

Semalam dedeq dengan rakan blogger telah menghadiri Majlis Komuniti McDonald 2019 Gong Badak,Kuala Terengganu. Majlis berlansung dengan meriah dan dengan pelbagai sumbangan.


Antara rakan2 blogger yang turut menyertai .. 

Dari kiri Husniey,Sisyaya,Fatin,SisHuda,Me(Dedeq),Sisgee dan Sisrini

Lebih RM590 ribu disumbangkan kepada golongan kurang berkemampuan di Terengganu melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan


KUALA TERENGGANU, 24 November 2019 – Seiring dengan nilai teras McDonald’s Malaysia dalam memberi semula kepada masyarakat, sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh syarikat khidmat segera terkemuka ini demi meringankan beban golongan masyarakat kurang berkemampuan di Terengganu. Program Komuniti merupakan usaha tahunan McDonald’s Malaysia mendekati masyarakat, dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Terengganu termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-k anak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.

“Kami amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. Sebagai syarikat terkemuka dengan reputasi yang kukuh di Malaysia, kami ingin memainkan peranan kami kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasi kami,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.


YAB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis hari ini bagi mewakili YAB Dato Sri Dr.Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

“Sokongan pelbagai pihak dalam membantu kerajaan negeri memikul tanggungjawab sosial dan usaha kearah meningkatkan kualiti hidup masyarakat adalah sesuatu yang amat penting. Hal ini membolehkan setiap anggota masyarakat lebih-lebih lagi mereka yang kurang bernasib baik menerima bantuan sewajarnya kearah kehidupan yang lebih baik. Kerjasama awam-swasta sebagaimana yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia menerusi Program Komuniti yang dianjurkan merupakan sesuatu yang wajar dipuji,” kata YAB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu

Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia


McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Terengganu untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000.

McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.

"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Terengganu untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s.

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.

Program “Kembali ke Sekolah”


Lebih 1,900 kanak-kanak dari 65 sekolah di seluruh negeri Terengganu menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.

Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.

2 September 2019

DNIALICIOUS CAKE HOUSE / KEK SEDAKK TERENGGANU


Assalamualaikum .. Hepi befday to you .. hepi befday to you .. hepi befday to kak huda .. kak gee .. husniey dan kak shada .. hepi befday to you .. 


Haaaa .. cantik tak kek tu .. ? Hehe . Bukan sedap saja tau .. package sedapp sekali .. serius .. dengan kek gebu lembap . Uh .. boleh bawak masuk mimpi taw .. ngeee .. 

Kek ni dari kedai kek Dnialicious taw .. bukan kek sahaja ... Nak buat suprise ke .. nak bucket chocolate dan ballon pun boleh .. 


AWESOME SEPTEMBER
3 IN 1

RM 99
( Normal price RM 110 )

Bouquet fresh flower + chocolate
Fresh cream cake S
Helium balloon 3pcs
Free card!
Free delivery within 7km 😍

Whatsapp sekarang !

Www.wasap.my/60179087745







πŸ—“ Buka setiap hari
⏰ 930 am - 930 pm ( Jumaat rehat 1230-230 )
🏬 Jalan Pasir Panjang (sebelah farmasi )

πŸ“± WA 0179087745 ( soalan/tempahan)
πŸ“ž Kedai 096221163 ( untuk ready stock )

πŸ“–Contoh gambar >>> 


πŸŽˆπŸ«πŸ’πŸŽ‚ Menyediakan kek, gubahan bunga dan coklat, belon helium dan suprise delivery

#surprisedelivery
#surprisedeliveryterengganu
#surprisedeliverykualaterengganu
#kekterengganu
#weddingcaketerengganu
#surpriseterengganu
#customcaketerengganu

D'RUMOH PATA Mengabang Telipot

Assalamualaikum

31ogos 2019 korung sambut kat mana ? Haha .. dedeq sambut kat kedai aje pada sebelah pagi .. al maklumla .. kami peniaga ni .. kalau tak niaga .. tak ada lah duit belanja .. kihkih .. 

Pada sebelah petang .. dedeq dan 1pamily kecil pergi ke D'rumoh Pata untuk gathering dengan blogger ganu dan sambut befday geng2 blogger bulan 8 .. 


Serius .. Ni kali pertama dedeq sampai kat D'rumoh Pata .. tapi dah jatuh cinta .. orang kata jatuh cinta pada pandangan pertama ye dakk .. hahaah .. 


                        Makanan
D'rumoh pata menyediakan makanan seperti masakan panas .. western .. dessert .. satay .. mango shake dan kambing bakar pun adoo .. serius .. kalau korang datang kat sini .. sampai tak tahu nak pilih makanan apa .. semua sedap2 ... 





                        Suasana
D'rumoh pata ni restoran betol2 tepi pantai .. suasana nyaman dan tenang je .. sesuai untuk bawa keluarga untuk makan2 dan sambil tu anak2 pun tak lepaskan peluang nak bermain pasir dan air pantai ..



                      Kemudahan
Haa .. dekat D'dapur pata ni .. korang datang awal sebelum maghrib pun boleh .. sebab kat sana ada kemudahan seperti surau dan tandas yang selesa dan bersih .. tak perlu makan cepat2 sampai tercekit sebab nak kejar waktu solat .. hehe ..


P/s : Jadikan kenangan yang terindah





Instagram : drumoh_pata
No. Tel : 0169206940 / 0129848844
Waktu Operasi: Setiap hari. 5.00 Petang - 1.00 Pagi
Lokasi : Lot 8163 Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.


                      

14 August 2019

JUALAN BUKU BIG BAD WOLF KEMBALI KE ‘NEGERI SANTUARI PENYU’ DENGAN DISKAUN BUKU 75% HINGGA 95%

Jualan Buku Big Bad Wolf  bakal tiba di Terengganu untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan memperkasakan mereka dengan ilmu pengetahuan menerusi pembacaan.

Jualan Buku Terbesar di Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf bakal singgah di Terengganu dengan  pilihan buku yang meluas. Jualan Buku selama 11 hari ini akan bermula pada 8 hingga 19 Ogos 2019, mulai jam 10:00 pagi hingga jam 12:00 tengah malam kecuali pada 11 Ogos di mana Jualan Buku Big Bad Wolf akan ditutup sempena Hari Raya Aidiladha. Jualan Buku berkenaan akan diadakan di Mydin Mall, Gong Badak, Terengganu dan kemasukan adalah PERCUMA!

Jualan Buku Big Bad Wolf menawarkan buku-buku dalam Bahasa Melayu serta Inggeris merangkumi pelbagai genre. Para pembaca boleh mendapatkan judul-judul terlaris, novel remaja, sains fiksyen thriller, perniagaan, seni bina, kesenian dan reka bentuk, buku masakan, buku kanak-kanak dan banyak lagi. Oleh itu, bawa bersama rakan-rakan serta keluarga anda untuk mencari buku kegemaran anda.

Ibu bapa juga pasti akan gembira apabila menemui Buku Ajaib yang digabungkan dengan teknologi Augmented Reality (AR) di Jualan Buku Big Bad Wolf Terengganu. Dikenali sebagai pengedar terbesar serta eksklusif Buku Ajaib, ibu bapa boleh menemui pelbagai kisah klasik kanak-kanak seperti Cinderella, Little Red Riding Hood, dan Goldilocks and the Three Bears atau buku-buku pendidikan seperti Let’s Learn Counting dan Let’s Learn ABC di Jualan Buku berkenaan. Kanak-kanak boleh membaca, bermain dan belajar dengan Buku Ajaib ini kerana ia menggunakan teknologi AR yang serba canggih bagi merevolusikan pembacaan untuk si manja anda.

“Kita tidak boleh menafikan bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Buku Ajaib menggabungkan pembacaan dan keupayaannya ‘menghidupkan’ cerita yang membolehkan kanak-kanak mengalami keajaiban melihat watak kegemaran mereka bercakap dan berinteraksi dengan mereka. Ini menjadikan pembacaan dan pembelajaran sebagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan,” kata Pengasas Big Bad Wolf Books, Andrew Yap.

Terdapat beraneka pilihan buku di Jualan Buku Big Bad Wolf dan para pelanggan boleh mendapatkan buku-buku terkenal terbitan Karangkraf PTS, Kualiti Books, serta buku-buku pendidikan daripada Pernerbitan Pelangi dan Sasbadi pada harga yang berpatutan. Terdapat juga pelbagai pilihan novel-novel kontemporari Malaysia oleh Buku Fixi, The Patriots, Iman Publication dan banyak lagi di Jualan Buku berkenaan. Para pengunjung boleh memilih daripada kira-kira 8,000 buku yang terdiri daripada pelbagai genre seperti buku rujukan, novel, buku fiksyen, buku bukan fiksyen, keagamaan dan banyak lagi buku terbitan penerbit tempatan. Di sepanjang tempoh Jualan Buku Big Bad Wolf ini, para pelanggan juga boleh membeli  lencana, magnet, kemeja-t dan pelbagai barangan Big Bad Wolf Books yang lain.

Dalam usaha mencapai matlamat untuk berbakti kepada masyarakat dan memastikan semua orang memiliki sebuah buku, sayap Tanggungjawab Sosial Korporat Big Bad Wolf Books bernama Red Readerhood, telah menjalinkan kerjasama dengan 2 pertubuhan-tanpa-untung iaitu Pertubuhan Insan Masyarakat (Prisma Society) dan Bukan Kerna Nama. Pertubuhan Insan Masyarakat (Prisma) merupakan sebuah pertubuhan yang menyasarkan untuk memberikan bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara, dan buku yang dikumpulkan adalah untuk perpustakaan bergerak mereka. Bukan Kerna Nama pula menyasarkan untuk membantu keluarga yang memerlukan di mana buku-buku yang berjaya dikumpul akan diberikan kepada kanak-kanak kurang berkemampuan di bawah jagaan mereka. Big Bad Wolf Books  berikrar untuk menyumbangkan 200 naskah buku bagi tujuan berkenaan. Orang ramai juga boleh memainkan peranan dalam mengubah kehidupan mereka yang memerlukan dengan menyumbang buku yang dibeli di sudut Red Readerhood.

Jualan Buku Big Bad Wolf menyasarkan untuk menjelajah ke 10 negeri di Malaysia sempena Ulang Tahunnya yang ke-10. Jualan Buku ini telah pun berkunjung ke Pahang, Johor, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, dan akan ke Perak serta negeri-negeri lain dalam beberapa bulan yang akan datang. Dalam tempoh sedekad yang lalu, Jualan Buku Big Bad Wolf juga menjelajah ke luar negara seperti Myanmar, Indonesia, Pakistan, Filipina, Thailand, Sri Lanka, Emiriah Arab Bersatu, Korea dan Taiwan.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Jualan Buku berkenaan, sila ikuti Jualan Buku Big Bad Wolf dalam platform media sosial berikut:
Facebook: www.facebook.com/bbwbooks/
Instagram: www.instagram.com/bigbadwolfbooks

Maklumat Acara:
Big Bad Wolf Terengganu 2019
Lokasi: Mydin Mall Gong Badak, Terengganu
Tempoh Jualan: 8 hingga 19 Ogos 2019 (Kecuali 11 Ogos, Hari Raya Haji)
Masa: 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam
Masuk adalah PERCUMA!

1 May 2019

KEMAMPUAN LELAKI 3 JARI INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ..
Selamat malam .. dah tidur ? Hee .. ambe macam biasa .. selagi anak tak tidur selagi tu la tak boleh nak tidur ..

Sekarang pun tengah risau dengan si iman .. semua yang dimakan .. badan akan naik ruam penuh besar2 ..

Alergik macam ni pun ambe dah risau .. haish ..

Oh ye .. sekarang ni tengah viral kan pasal seorang lelaki boleh gerakkan 3 jari je jadi pengasas produk jamumall .. serius weh .. bangga gila dengan beliau .. walaupun beliau OKU tapi beliau mampu berjaya .. kekurangan bukan 1 halangan buat beliau ..

SIAPA BELIAU ? Beliau ialah Encik Khairul Nizam . . 


Terkesan dengan ucapan beliau dalam video kat bawah ni .. dan turut terinspirasi dengan beliau ..



Luahan di fb beliau sangat terkesan buat ambe….









Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku betsyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah meeah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...

Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .

Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..

Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...

Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!

Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...

Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..

Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..

Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!

6 April 2019

KARNIVAL KEWANGAN TERENGGANU

Assalamualaikum ..

hi readers .. ada yang pergi ke karnival kewangan terengganu di Th hotel & convention tak ?

Dedeq pergi taw .. besh giler .. banyak aktiviti yang dianjurkan ..
Contohnya seperti mengumpul cop ..   aktiviti untuk kanak2 bermain sambil belajar dan belajar mengenai pendidikan kewangan  .. pocket talk .. cabutan bertuah dan maskot2 pun ada taw . hahaha .. 

Yang paling dedeq suka adalah aktiviti mengumpul cop .. hahaha . dedeq dan suami penuhkan cop tau .. semangat betol bila orang kata ada cabutan bertuah .. lepas submit tu dapat lagi beg dan buku nota .. sambil kita minta cop dari booth-booth .. staff yang menjaga booth turut memberikan ilmu tentang bidang mereka ..

Memang seronok gila ..










22 March 2019

MAKANAN BEST KAT TERENGGANU

Selamat datang ke Terengganu
Negeri cantik budaya menarik
Insyaallah orangnya pun baik2 🤗😘

Nak cari makanan best kat Terengganu ? Meh tengok bowoh ni .. mane tahu boleh wat rujukan ..

Nasi Dagang: kak poh batu buruk, nasik dagang kat kapung atas tol, nasik dagang dalam pasor keda buluh, nasi dagang kak joh bukit besar, nasi dagang mok ngoh chendering, nasik dagang warisan kat tepi shell batu buruk tepi keda hok jual roti cana, nasi dagang dalam pagar sejid bukit payung ,DD corner kg gong pak jin

Burger: Awang beger depang spital kuala tranung, green star burger kedai buluh, burger ladung simpang bukit tok beng

Nasik Minyok: nasik minyok john blakang aeon kapung sri kolam, nasik minyok ayam kampung zaki depang giant bukit besor, nasik minyok jenab kat depan KEMAS kuala bekoh tepi dia ada stor geh, nasi minyok kat tanjung depan Hock Kee Seng (Dulu Astaka), Nasi minyak aziz kat hiliran depan perodua

Nasik Lemok: nasik lemok bromoh pasir panjang, nasik lemok atah court kg ladang (sebeloh seng heng), nasi lemok kak dah kat gerai food court beteng tanjung blakang hock kee seng astaka, nasi lemok paru dalam sejid b.payung

Ayam kentucky : warung dillah tepi petronas cendering, ayam mad pasir panjang

Rojok Keling: restoren selamat jalan tok lam, rojok sultan kat area sipang 3 skoloh tengku ampuan mariam menuju ke kapung ladang, rojok sultan kat depan petronas chendering tepi car wash, rojok keling di kedai awang A kat kapung gong tok nasek

Rojok Kateh: Kedai ben10 tepi stadium bola bando, Kedai Air Nyior kat bulatang skoloh SKSS1

Nasik Ayang: Nasik ayang nurul Iman kat depan skoloh arab batu buruk, nasik ayang meto kat jalan nok gi muzium, nasik ayang hainan kat bazar batu buruk

Roti Payang: nurul islamiah kat lekoh jalan kamaruddin, roti payang ahlan sena rendang, line clear marang

Roti canai: kedai dlm pagor sejid b.payung (saddam husien ladang) , depan masjid kubang ikan , sebelum petronas tok jamal pengadang baru,

Mutabok: Kedai buruk kaler kuning depang Hock Kee Seng (Astaka lama), dalam pagar sejid bukit payung (tempoh shja)

Nasik Belacang: kedai sri wani bromoh kat depang surau besor tanjung

Mee Sup: Sup Atas Pasor Payang (sebeloh nasik minyok rozak) , bukit payung (cwgn atas pasor) , atas tol (lepas pada masjid atas tol) , rasa sayang wakaf beruas, tanjung (ngadap restoran selamat)

Mee Talang: Kedai goreng pisang kat tepi skoloh rendoh sri budiman,se lagi pulau kambing...nyakot molep hok tu..

Ikang Celup Tepong: Warung Pok Nong kat Kampung Telipot, warung kat pata pandak depang hok tutup nge pagor utk pembinaang hotel

Nasik Kapit Gula Ikang Aya : Kedai depang Shell Chabang 3, Warung Norazila kat depang masjid terapung

Satey: Satey Lina kat area Waterfront Pula Kambing, satey pata timur kat batu buruk sebeloh batu buruk beach resort, satey jam besor di seberang takir dekat kem askor, Sate Tulang Gong Datok , sate kak jue atas tol Cyam ZieRah

Ikang bakor: Ikang bakor bukit tunggal (ada cawangan di pasir panjang), ikang bakor di Cairo Tomyang kat tepi skoloh pusak chabang 3, ikan bakor hamid keda bowoh jambatang koliba

Kuih Muih Tradisi: Kedai kat trafik light nok gi ke panji alam dan gong kapas, kedai kat trafik light simpang 3 sekoloh tengku ampuan

Mee Goreng Basoh: Kedai mat nawi & mat sarip kat area spital haiwang pula kambing, keda mek comel kat rumah org tp dia wat keda betul2 depan skoloh rendoh Tok Dir

Nasik Padang: Restoren safinaz kat istana badariah dan masjid putih,

Nasik Campur: Warung kedai binjai kat depan hotel sri malaysia kuala tranung, restoren mat binjai kat depan wisma sri tenang

Nasi ulang cicoh budu: Warong lempeng kat kapung rusila depang masjid rusila

Ikan singgang : kalu ikan singgang ho kene lere amb, kedai zaki,kedai menghala ke sejid kristal beloh kanan (kuoh singgang pior molek)

Kari kepala ikan : warung santai d river pasir tinggi Saiful Azlan

Makang Pagi Muroh Teh O 30 Seng: Warung Che Nah jalan losong dekat Muzium

Lemang bako orijinee
C7 Lemang Lina.Orang lakki paka pioh ...
Deppang steseng minyok Shell Kg Bukit Anok Dare Kijal.

Pulut Lepe (pulut panggang) : Pulut lepe bonda kat tepi sekoloh rendoh ladang, pulut lepe kat tepi wisma persekutuan tepi steseng minyok caltek, pulut lepe depan depo jkr kg bukit

Meggi Dapur Kayu: kat kapung Padang Machang (lokasi payoh skit sbb dalang kapung.. kena tanya penduduk setempak)

Mee Udang Galoh: Warung Pok Jak kat tepi masjid kampung tanjung sabtu manir

Nasi Khabu : Nasik kerabu ala thai kat jalan pasir panjang, nasi kerabu ayam/daging bakar norra rich kerabu gong datuk (dekat pintu blakang uniza), nasi kerabu cik ani bukit payung, nasi kabu hasmira (ye jual di paso minggu je)

Nasi ayang / daging bakar dan sup herba : Kedai alhijrah Oasis kat jalan bukit bayas

Sup belut: Kampung belukar jambu kat selekoh lepas 100 meter signboard kampung belukar jambu dari kapung laut, sup belut atas tol

Nasik lemok kakung, nasik kuning: Warung tepi hotel permai inn blakang warung mat jeng

Cikeng chop: yee stall kat bazar batu buruk tepi nasik ayang hainan, cikeng chop rege rm3.90 kat teluk ketapang, bobby kitchen , Green Star's Burger ( Mohd Hanafi Mohd Nor )

Lamb chop: hanafi green star kedai buluh , bobby kitchen Bobby's Kitchen pasir panjang,
Kambing bakar : mad pree kesom Muhammad Zulkifri ,kambing bakar guangzhou gong badak

meatball : booth Wan Lily lagoon koliba

Sandwich : Cik Leha Sandwich ( Armie Zaiful Mohamad )

Mee jawa, soto: Warung kat gong kapah sebeloh bangunan umno

Nasik goreng cina, watangho: kat keda cina kapung depang masjid batu rakit kedai naik bukit skit

Selamat menjamu selera

18 March 2019

KARNIVAL KEWANGAN TERENGGANU 4-6 APRIL DI TH HOTEL & CONVENTION

ASSALAMUALAIKUM AWOK MUNG ..

NOK TAHU DOK .. BANK NEGARA MALAYSIA ADA MENGANJURKAN KARNIVAL KEWANGAN TERENGGANU DI TH HOTEL AND CONVENTION CENTRE DARI 4 - 6 APRIL ..

JARANG2 ADE PROGRAM GINI NI .. JEMPUT MARI LA AWOK MUNG NEH .. ADA 45 INSTITUSI KEWANGAN DAN AGENSI KERAJAAN DALAM MEMPAMERKAN PELBAGAI PRODUK DAN PERKHIDMATAN KEWANGAN ..

KARNIVAL NI JUGOK AKAN MENAWARKAN PELBAGAI AKTIVITI TERMASUK FORUM PERDANA MENGENAI KEWANGAN DAN HAL EHWAL ISLAM , POCKET TALK , AKTIVITI KANAK2 DAN HADIAH SEHINGGA RM150,000 .. DOK RUGI MARI AWOK MUNG .. ILMU BULEH .. ANOK2 HEPI .. ADA REZEKI . DUIT PUN DAPAT πŸ˜€ ..

MEH LAYARI www.karnivalkewangan.com.my UNTUK INFO LEBIH LANJUT ..








14 March 2019

Apakah ciri-ciri Skim Cepat Kaya ?

+ Pengambilan deposit secara haram (tanpa lesen)
+ Urusniaga mata wang asing tanpa lesen (FOREX)
+ Jualan langsung tanpa lesen & skim piramid
+ Gores dan menang
+ Skim berkepentingan / pembahagian plot
+ Skim KUTU
+ Tawaran saham tanpa kebenaran Suruhanjaya Sekuriti

T I P U

T - TIDAK AKAN RUGI

I - INDAH KHABAR DARI RUPA

P - PELUANG HANYA SEKALI

U - UNTUNG BESAR

Apa perlu anda lakukan jika terjebak dalam Skim Cepat Kaya ?
- serahkan BUKTI kepada pihak berkaitan
- keluar dari SKIM
- LAPORKAN kepada pihak polis
- RUJUK agensi berkaitan
   * BANK NEGARA MALAYSIA
   * KPDNKK
   * SSM
   * SURUHANJAYA SEKURITI

28 February 2019

TOP4 TOUCH N GO ewallet PERCUMA

Caranya :
Awak hanya download “e wallet touch & go”

Daftar dlm application “APP STORE @ PLAY STORE”

Lepas tu wassap saya .. saya akan bagi SOFT PIN CODE automatic RM8 terus masuk dlm e wallet korang secara PERCUMA/FREE”

Lepas ni,

E-Wallet ni korang boleh check baki touch n go, top up ‘RFID’ , top up prepaid/postpaid phone, bayar bil2, bershoping dan lain2..

Hanya gunakan e-wallet ni je..jangan risau .. SELAMAT dan USER FRIENDLY... juga tidak ada unsur PENIPUAN @ SCAM

Bestkan? Ok, ape lagi pegi la download app ni.

Dekat Google Playstore ada, Apple App Store pun ada. TAWARAN TERHAD.

Dah download, dah register, wassap saya utk dapatkan FREE RELOAD PIN RM8 ..

www.wasap.my/60199474903/Nak.Reload.Pin.touch.n.go

27 February 2019

PINJAMAN TEKUN

Assalamualaikum .. kawan-kawan ada yang nak buat loan tekun bagi memulakan perniagaan atau nak besarkan perniagaan ?

Meh sini saya nak kongsikan sikit .. tahu la serba sikit ni sebab tengah memohon loan tekun untuk besarkan sikit perniagaan . hehe ..

Okeh .. pertama sekali yang kena buat .. cari 5 orang ahli kumpulan .. cukup 5 orang wakilkan seorang or pergi semua ke pejabat tekun untuk mengambil borang ..

Settlekan borang .. dalam borang tu .. dia perlukan ..

IC sendiri
IC suami / isteri
Ssm untuk 3keping
Gambar kedai / produk yang kita jual
Bil elektrik / air kedai
Gambar pasport 1 keping

lain-lain tu ada semua dalam borang .. cuma lengkapkan je ..

Oh ye .. 1 lagi .. nanti kena pilih salah seorang untuk dijadikan ketua .. ketua ni tugas dia untuk ingatkan ahli-ahli kumpulan untuk payment pada tarikh sekian-sekian 😀 ..

Permohonan akan mengambil masa lama mana untuk lulus ?
Yang saya tahu .. dalam 14 hari waktu berkerja atau sebulan untuk kelulusan sekali dengan menerima duit ..

Untuk permulaan .. tekun akan luluskan pinjaman sebanyak Rm10,000 sahaja .. selepas itu baru boleh naikkan kadar pinjaman.

Dan cara bayaran .. boleh dibuat di kaunter tekun .. online banking dan kutipan oleh pegawai tekun asalkan bagitahu tempat yang nak minta dia ambilkan duit ..

Pembayaran boleh dibuat seminggu sekali atau sebulan sekali ..

Jelas tak ? hehehe . ni yang pemahaman saya sendiri la ..

Senang je .. cuma pastikan borang semua ahli kumpulan tu lengkap .. baru proses tu boleh cepat ..