5 March 2015

UNDANG-UNDANG KELUARGA | PENDIDIKAN ANAK-ANAK MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

PENDIDIKAN SEMASA HAMIL

Pemakanan Berzat dan Halal
  • Merupakan faktor yang amat penting kepada ibu yang mengandung kerana makanan tersebut akan menjadi darah dan daging yang akan memberikan kesan yang mendalam kepada pembentukan janin atau keturunan menjadi orang yang beriman dan bertaqwa
Riadah yang sesuai
  • Ia dapat mengurangkan tekanan dan akan memberikan perkembangan yang sihat kepada tumbesaran fizikal dan mental bayi dalam kandungan
Hubungan suami isteri yang harmoni
  • Apabila isteri berada dalam keadaan yang aman dan tenteram dan tidak menghadapi tekanan dalam hidupnya , maka bayi yang dikandungnya akan juga berada dalam keadaan yang sempurna
Perbanyakkan bacaan AL-QURAN , ZIKIR , SELAWAT dan DOA
  • Hati akan sentiasa tenang
Sentiasa berinteraksi dengan bayu dalam kandungan
  • Segala pertuturan dan tingkah laku si ibu akan dirasai oleh anaknya yang akan menjadi ikutan anaknya apabila lahir nanti

PENDIDIKAN SEMASA BAYI (lahir hingga tamat tempoh menyusu)

Azan dan Iqamat
  • Hukumnya adalah SUNAT
  • Sebagai bapa mewasiatkan kalimah tauhid kepada anak
  • Syiar islam yang diucapkan ketika bayi dilahirkan ke dunia
Sentiasa membaca ayat-ayat AL-QURAN
  • Supaya bacaan suami isteri ini akan memberikan cahaya dan rahmat dalam kehidupan serta bayi yang baru dilahirkan juga akan mendapat keberkatan kerana pada peringkat ini bayi sangat sensitif dengan apa yang didengarinya
  • Kajian menunjukkan bayi dapat mendengar suara ibu bapanya sejak dalam kandungan lagi
Tunjukkan akhlak yang Mahmudah
  • Ibu bapa hendaklah menjaga percakapan dan tingkah laku kerana ianya boleh mencorakkan akhlak anak-anak

PENDIDIKAN KANAK-KANAK (selepas penyusuan hingga baligh)

Memperkenalkan ciptaan ILLAHI 
  • Mendidik anak-anak supaya beriman kepada ALLAH , memahami konsep kekuasaan ALLAH sebagai maha pencipta
Membina Akhlak mulia
  • Ibu bapa perlu mentarbiahkan anak-anaknya dengan pendidikan agama dan akhlak yang mulia supaya dapat menjadi anak yang soleh
Melaksanakan perintah ALLAH (solat dan puasa)
  • Ibu bapa merupakan role model kepada anak-anak dimana mereka terlebih dahulu perlu melaksanakan perintah ALLAH seperti menunaikan solat atau puasa supaya dapat dilihat dan diikuti oleh anak-anak

RENUNGAN !!!
Anak-anak yang soleh adalah hasil dari pendidikan yang baik dan terancang mengenai asas keimanan yang bermula di dalam rahim hinggalah dewasa

SUMBER : PAMPLET MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU

Yang MENAIP balik dari PAMPLET : DEDEQ de WISHES


 



No comments: