14 February 2022

GAJI


Bila kita sebut berkenaan gaji ni,ia adalah satu topik yang sensitif.

Kadang-kadang,bila kita sudah berduit sedikit,kita seolah-olah lupa daratan dan memandang rendah terhadap pendapatan orang lain.

Kita perlu faham bahawa tidak semua orang rezekinya sama.Struggle mereka,mereka pendam sendiri.

Ada yang punya degree,tetapi memilih untuk bekerja dengan gaji RM1200-RM1500.Berusaha mencari peluang pekerjaan lain tanpa henti.

Mereka pilih untuk keluar dari kampung halaman,asal punya cara untuk dapat rezeki yang halal.

Ada yang bergaji RM1500,tetapi hidup dia terasa cukup.Walaupun tiada simpanan,dia usaha buat 2-3 kerja untuk sara hidup dan keluarga.

Kita jangan terlalu taksub menilai gaji orang lain,kita perlu faham bahawa gaji RM1200 yang datang dari sumber yang halal adalah lebih baik daripada gaji RM12000 yang datang daripada sumber yang haram.

Dan percayalah tidak semua orang yang gajinya besar itu bahagia,kadang-kadang bila sudah terbiasa dengan kesenangan,mereka seolah-olah lupa apa itu erti struggle.

Belanja boros sana sini,kedekut untuk sedekah,melabur di tempat yang haram,berjudi setiap minggu. 

Gaji besar,selera pun besar,simpanan tiada.Ini juga adalah realiti,jangan fokus kepada gaji RM1200 sahaja.

Jika hari ini gaji kita cukup-cukup makan,kita usaha untuk upgrade hidup kita.Bukan untuk kaya-raya,tetapi untuk membantu orang lain yang lebih memerlukan.

Berhentilah menilai kehidupan orang lain,berehat seketika dan berilah penghargaan kepada orang-orang yang sedang berusaha mencari rezeki halal di luar sana.

2 comments:

Sally Samsaiman said...

struggle semua org tak sama, kita xleh jadikan gaji kayu pengukur sebaik mana sesuai mana utk individu tuu

dEdEQ dE wIshEs said...

betol2