8 February 2014

Eksklusif: Johor wajibkan ujian saringan air kencing

Peraturan baharu pastikan penjawat awam bebas salah guna dadah

Nusajaya: Johor dijangka menjadi negeri pertama menguatkuasakan peraturan mewajibkan semua penjawat awam menjalani ujian saringan air kencing pada setiap tahun bagi memastikan mereka bebas daripada penyalahgunaan dadah. 


Selain menjalani ujian air kencing, penjawat awam juga diwajibkan menghadiri bengkel dan kursus pencegahan dadah di tempat kerja yang akan diambil kira dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT) masing-masing.

Ia bukan saja membabitkan lebih 20,000 penjawat awam, malah Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut diwajibkan menjalani ujian berkenaan” Ayub Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor

sumber : BB


2 comments:

Kekzamanis said...

Okayla tu.. Negeri2 lain bila nak start agaknya ekk?

Farid Laham said...

perkara macam ni mmg kene ambil penting