Selain itu, ia juga bermaksud sebagai memasuki kehidupan akhirat bermula dari saat itu. Secara mudah, al-Yaum al-Akhir merujuk kepada hari terakhir kehidupan di dunia, sekali gus hari pertama bermulanya hari penghabisan.
Beriman atau percaya akan al-Yaum al-Akhir adalah satu daripada Rukun Iman. Tidak sempurna iman seseorang Islam jika tidak meyakini atau percaya akan al-Yaum al-Akhir seperti yang dipaparkan melalui firman Allah SWT dalam ayat 13 hingga 18 Surah al-Haqqah:
“Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup dan diangkatlah bumi dan gunung-ganang, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur. Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat, dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi lemah. Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan malaikat menjunjung Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatu pun daripada keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah)”.Sesiapa yang melarikan diri daripada beriman kepada al-Yaum al-Akhir bermakna dia melarikan diri daripada kebajikan dan jadilah ia seburuk-buruk makhluk.
Tanpa beriman kepada al-Yaum al-Akhir, seseorang itu menjadi makhluk yang tidak mempunyai kebaikan sama ada untuk diri sendiri atau orang lain.
Penghisaban
Untuk menghadapi al-Yaum al-Akhir, setiap umat Islam harus melakukan penghisaban ke atas diri sendiri kerana sesiapa yang melakukannya akan memperoleh keringanan penghisaban pada hari akhirat.
Selain itu, umat Islam juga harus membuat persiapan dengan melakukan amal soleh dan membersihkan hati serta perbuatan.
Firman Allah SWT pada ayat 47 Surah al-Anbiya: “Kami akan memasang timbangan tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahalanya). Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan”.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian siapa itu orang yang muflis?” Sahabat menjawab “Orang yang muflis menurut kami itu adalah yang tidak punya dirham dan tidak punya harta benda”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang bangkit dari umatku adalah yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa dan zakat, namun datang juga dengan perbuatan mencela orang, lalu diberikan kepada orang sebahagian kebaikannya.
Jika kebaikannya habis sebelum lunas dosanya, maka akan diambil dari kesalahan mereka, lalu dialihkan kepadanya, kemudian dia dilemparkan ke dalam neraka”.
Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan supaya sentiasa menginsafi bahawa kematian adalah ajalnya, kubur adalah pembaringannya, cacing adalah temannya, Munkar dan Nakir sebagai penunggunya, kubur adalah tempat tinggalnya dan syurga atau neraka adalah muaranya.
Allah SWT berfirman dalam ayat 30 Surah Fushilat: “Sesungguhnya orang yang mengatakan “Tuhan kami ialah Allah.” Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan) “Jangan kamu berasa takut dan janganlah kamu berasa sedih”.
sumber : berita harian
3 comments:
terima kasih di atas peringatan ini deq...
thanks sharing bersama kami dedeq..peringatan buat kita semua
Peringatan untuk diri ~
Post a Comment