16 January 2014

RAMAI SUDAH "ROSAK"

Kuala Lumpur: “Wanita yang mudah terperdaya dengan kata-kata manis seorang lelaki yang dikenali melalui Facebook kemudian mereka bertemu, ibarat seperti menempah bala,” kata pakar motivasi Dr Rubiah Hamzah.
Beliau yang juga penceramah bebas berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa empat hari untuk mencari jalan meloloskan diri daripada menjadi ‘tawanan’ seorang Romeo Siber yang mengurungnya di sebuah rumah di Seksyen 19, Subang Jaya, yang dikenali melalui Facebook, Oktober lalu. Difahamkan, Romeo Siber yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta itu juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui Facebook sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, selagi laman sosial Facebook itu disalah guna, pelbagai masalah akan timbul sekali gus menyebabkan individu terjebak dalam kes keruntuhan moral.
“Jika dalam Facebook itu terdapat paparan gambar yang mendedahkan aurat serta menaikkan nafsu syahwat lelaki, tidak mustahil ia mendatangkan kemudaratan kepada wanita itu.

“Pendapat saya, wanita yang berkenalan melalui Facebook kemudian melalui fasa berjumpa dengan lelaki itu diibarat sudah menempah bala, kerana usia perkenalan tidak menjamin kebaikan lelaki itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, mengambil contoh anak gadis yang berada di pusat perlindungan di negara ini yang kebanyakan sudah ‘rosak’ akibat mudah percaya kepada Romeo Siber.

“Fenomena pergaulan menerusi laman sosial turut disifatkan sebagai pergaulan bebas tanpa batasan dan mampu menyebabkan individu terjebak dalam kes keruntuhan moral.
“Malah, ada antara lelaki itu bermodalkan ayat manis dan wajah kacak hingga berjaya menjerat cinta gadis remaja dengan menggunakan Facebook untuk menjadi pemuas nafsu mereka. Sasaran mereka adalah gadis remaja yang kemaruk melayari laman sosial untuk mencari kenalan hingga jatuh cinta dan seterusnya menyerahkan kehormatan diri,” katanya.

6 comments:

Cik Mun said...

itula..bila nak berkawan tu cubala fikir dalam2 sikit..jgnla mudah percaya sgt..

Wana Owen said...

berhati-hati la wahai wanita di luar sana..

Deqla Manjew said...

ish.. itulah.. mudah sgt pecaya.. pantang ada lelaki puji cntik ker ape ker.. mulalah melayan! nauzubillah!

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

jgn mudah nk jmpa dgn org xknal kn..huhu..jom jnguk blog dila..;) nak cantik x?

Sya Chot .. said...

setuju sangat la dgn entry ni..muhasabah untuk diri orang lain juga..mudah-mudahan..:)

Amira Ashikin said...

mudah sngat percaya . tulahh padahnya . lebih baek jngan approve / add lelaki yg tk kenal..