31 May 2014

Perkara yang perlu dielak selepas makan

Selepas makan selalunya anda dinasihatkan tidak terus berbaring kerana ia akan menyebabkan makanan tidak hadam. 

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa perkara yang mungkin anda selalu lakukan sebaik sahaja selepas makan. 

Oleh itu baca di bawah tentang perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada sistem tubuh anda. 

Jangan merokok
Kajian daripada pakar-pakar kesihatan mendapati bahawa sebatang rokok yang dihisap sebaik sahaja selesai makan bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok dan meningkatkan risiko mendapat kanseer paru-paru. 

Jangan makan buah
Jangan makan buah sebaik sahaja selesai makan kerana perkara ini akan menyebabkan perut kita buncit kerana kandungan air berlebihan. Jika anda mahu makan buah, makanlah sebelum makan ataupun 1-2 jam selepas makan. 

Jangan minum teh
Daun teh mengandungi asid yang agak tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan protein yang terkandung dalam makanan yang kita makan menjadi keras sehingga sukar untuk dihadamkan. 

Jangan longgarkan tali pinggang anda
Melonggarkan tali pinggang sebaik selesai makan boleh menyebabkan usus terbelit dan terhalang. 

Jangan mandi
Mandi sebaik selesai makan boleh menyebabkan peningkatan aliran darah pada tangan, kaki, dan badan hingga menyebabkan aliran darah di sekelling perut menurun. Ini menyebabkan sisitem penghadaman menjadi lemah. 

Jangan banyak berjalan
Ada nasihat menyarankan agar anda berjalan sehingga 100 tapak sebaik selesai makan. Ini adalah tidak benar kerana berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap zat daripada makanan yang dimakan. 

Jangan tidur 
Tidur sebaik selesai makan akan menyebabkan makanan tidak dapat dihadamkan dengan elok. Ini akan menyebabkan gastric dan jangkitan pada usus.



3 comments:

MalizaMah said...

sama2 lah jaga kesihantan diri....
-santaileeza.com

Athirah said...

sejak dua menjak ni, saya suka tido lepas makan,, teruk beno perangai kiter,,haha

Yanty Lee said...

Good Tips untuk yang nak lose weight.. TQ!