Janganlah
mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari
suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2.
KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang
tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si
gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda
berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan
Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat
dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda
harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila
anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5.
KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda
adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6.
SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan
yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak
belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH
TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi
sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8.
KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami
anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah
isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing
100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah
bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat
ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI
BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang
setia mendampingi kita semasa menderita.
12.
KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada
isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila
isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA
ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan
lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
FROM - USTAZ AZHAR IDRUS
9 comments:
Nice sharing♥
alhamdulillah..dpt lagi ilmu utk harini.. thanks for sharing... =)
Salam Ziarah! ^^
Hehe. dah dapat tips untuk masa depan kt sini. thanks for sharing.
*** http://addinaisyah.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html
wah2..
wahhh ade tips lahh heheee :p
Mamat ada ciri ciri tu tak Deq?
ye, dan paling penting jangan lupa Allah <3
perkahwinan yang diredai Allah :)
leave my footstep here too ~
Post a Comment