20 April 2013

Jururawat Ditemui Mati Tergantung Di Bilik Asrama

Jururawat Ditemui Mati Tergantung Di Bilik Asrama

KUANTAN : Seorang jururawat ditemui mati tergantung pada kipas di dalam biliknya di asrama jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata, polis menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 11.40 malam.

“Mayat wanita terbabit yang berusia 25 tahun ditemui penyelia asrama yang bertindak memecahkan pintu bilik yang berkunci dari dalam setelah mendapati mangsa tidak menyahut panggilannya,” katanya, hari ini.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik mayat hospital berkenaan untuk dibedah siasat.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah berlaku. Bagaimanapun polis masih menyiasat dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” kata Mohd Zakaria.

Sementara itu seorang lelaki turut ditemui mati tergantung pada pokok rhu dengan tali nilon, kira-kira 50 meter dari pantai Kuala Pahang.

Mayat mangsa ditemui seorang nelayan kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mangsa yang berusia 30 tahun adalah seorang duda dan mempunyai seorang anak lelaki.

SUBHANALLAH .. MINTAK JAUH ..

17 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

x pikir pjg

Anonymous said...

macam-macam lahh.. huhu

combi said...

erk.......

Unknown said...

nipis nya iman... nyawa tak dihargai

Unknown said...

astaga... nape sampai bunuh diri ni..sayangnya..

Ayue Rejaluddin said...

Macam2 hal..

Nina Mads said...

mintak dijauhkan.. ada jalan lain

kasihredha said...

Nauzubillah

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

stress kot

Shida Radzuan said...

seramnye..

Unknown said...

ish seram pulak tgk gmbr tu...mcm2 kes la skng ni... mcm kes bunuh je ni.. tp kalo dia yg bunuh diri..alahaii... sadis!

Faez D Lafee said...

Followed.. Do follow me back okay.. :)

http://delafeesencyclopedia.blogspot.com/

Unknown said...

hai dear.. saya dah pm details saya kat fb awak tentang http://nooramyma.blogspot.com/2013/04/1st-giveaway-by-emas-putih.html

saya x terlambat kan untuk tuntut hadiah.. hihi :)

Miss Zahirah said...

alahai.. mana pegi iman kamu?
mati sia2 aje..

OKje said...

Dijauhkan hendaknya ....moga terpelihara dpd perkara yang tak baik!

Mia Liana said...

jangan ambil jalan singkat..

Nik said...

alahai siannyer. mesti sakit kan tergantung mcm tu..huhu
seram la.mintak2 jauh la benda gitu