Showing posts with label PTPTN. Show all posts
Showing posts with label PTPTN. Show all posts

26 January 2014

PTPTN | CARA BAYAR MELALUI MAYBANK2U

First sekali, pergi ke website Maybank la apa lagi. Login macam biasa. Kalau yang belum register tu kena register dulu kot. Tapi takkan la korang dah umur macam ni tak register lagi. Gila laser ayat. Heh.


Dah login, tengok pada Quick Link di sebelah kanan tu. Biasanya memang akan appear Bill Paymentdulu, so just click Go.

Lepas click Go tu, appear macam macam pasal payment kat bawah tu kan? Kau klik je pada link yang pertama sekali tu: Make one-off payment.


Then, adik adik tengok pada View all payees by category, select Education & Education Loans and click Continue.


Next, select PTPTN - Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan.

And this is the confusing part, actually not that confusing tapi benda ni lah yang selalu ditanya oleh rakan rakan korang ingat aku ni kaunter pertanyaan PTPTN?? grrr.. 

Ok you see below. Amount tu letak la berapa yang kau orang nak bayar, kalau boleh biarlah amount yang sama dengan surat yang anda terima dari PTPTN lepas grad hari tu. Lebih takpe tapi jangan kurang, sebab tak berbaloi dengan cukai perkhidmatan yang mahal wtf tu.

Next, masukkan IC number tanpa sengkang. Contoh IC aku 900414145xxx. Eh muda lagi aku rupanya :D


Then, Letter of Offer No. tu adalah Nombor Pinjaman yang locate kat sebelah kanan surat yang korang dapat dari PTPTN pasal pembayaran balik tu. Kalau korang tak ada surat tu atau tak pernah terima macam saya ni yang lepas setahun grad baru terima, anda boleh call HOTLINE PTPTN : 03 - 2092 7788 dan request Letter of Offer No. ataupun No. Pinjaman anda. Mana mana satu pun boleh digunakan untuk buat pembayaran ok.

Bila dah masukkan semua, anda kena masukkan TAC number tau. Yang ni semua orang tau kot, sebab kalau nak topup online ke bayar bill online ke memang kena request TAC number. Kalau ada gak yang tak tahu jangan malu jangan segan tolonglah tanya sebab malu bertanya memang akan sesat jalan..


Done!


Bila dah bayar kan, you can always monitor your payment dan baki yang perlu dibayar dengan melayari website PTPTN, click on button E-FES (button atas sekali belah kanan bawah Trexx Zone) dan masukkan IC and No. Pin (sama macam Letter of Offer No.). Biasanya baki akan dikemaskini selepas 3 hari anda membuat pembayaran.

sumber : http://princessuna.blogspot.com/2010/06/panduan-bayar-ptptn-menerusi-maybank2u.html

+ HARAP DAPAT MEMBANTU ^_^

15 January 2014

CIMBCLICK | BAYARAN BALIK PTPTN : Hanya 10 Langkah... tak perlu beratur !!

Langkah 1 : Mestilah ada akaun CIMB dan register online CIMB Clicks terlebih dahulu..dan duit
                   dalam akaun kenalah melebihi RM1.
Langkah 2  : Call nombor Hot line PTPTN yang tertera..& dapatkan NOMBOR SURAT TAWARAN PTPTN anda.



Langkah 3 : Login nama anda dalam CIMB CLICKS...

 




Langkah 4 : Klik pada 'Bill Payment'


Langkah 5 :  Select Akaun anda.



Langkah 6 :  Select pada Full Payee List.. pilih 'education'.



Langkah 7 :  Pilihlah PTPTN!







Langkah 8 :  Masukkan No ICnombor Surat Tawaran dan Jumlah RM yang hendak anda bayar. 




Langkah 9 :  Klik 'Proceed to Payment'



Langkah 10 : Klik 'TAC on SMS' untuk kod pengesahan dari telefon bimbit anda.. Masukkan di
                    Transaction Code..dan Klik Confirm!..... 


Dan kini anda telah berjaya membayar HUTANG PTPTN anda......!!!!

Caj yang dikenakan hanyalah 50 sen.... Kalau dekat kaunter BSN kena caj RM1.. dah la nak kena beratur lagi kan? Jadi gunakanlah kemudahan yang ada

Selamat Mencuba...



28 September 2012

PTPTN

PTPTN OH PTPTN .. 


kenapa pihak PTPTN baru hantar surat kat aku ? kawan-kawan aku da lama sampai .. haaa . ni mesti tak kasi aku bayar la ni kan kan ? hahaha

cehhh .. poyo je .. kalau meminjam .. kena la bayarkan .. jangan la wat derkk pula ..

aku duk tilik duk belek surat "cinta" yang PTPTN hantar ni .. pening gila ..
sebab .. aku tak tahu cara nak bayar .. haha

ok .. di sebabkan semangat gila aku nak bayar ni .. aku search la MADAM GOOGLE sebab .. hanya dia yang boleh tolong aku .. ekeke .. 
*ayat takleh blaaaa ..

TARAAAA ..

jumpa da pun .. jom skodeng kat bawah ..

Kaedah bayaran balik: 

PTPTN memperkenalkan pelbagai kaedah untuk meningkatkan jumlah bayaran balik pinjaman. Pendekatan yang diketengahkan oleh PTPTN adalah dengan menggunakan pelbagai saluran seperti bayaran melalui kaunter bank, kaunter PTPTN, iaitu di One Stop Center (OSC) atau Ibu Pejabat PTPTN, saluran internet dan pejabat Pos Malaysia. Ini jelas membuktikan PTPTN bersungguh-sungguh untuk memastikan peminjam dapat membayar pinjaman mereka dengan cara yang paling mudah dan berkesan. Antara cara diperkenalkan ialah:



  • Melalui potongan gaji
PTPTN bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memastikan bayaran balik melalui kaedah ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
Saluran ini adalah kaedah yang perlu diberikan keutamaan oleh peminjam kerana ia lebih berkesan dan dibayar tepat pada waktu dan menjimatkan masa bagi yang tiada kelapangan kerana sibuk dengan urusan kerja.



  • Melalui Kaunter
PTPTN menjalinkan kerjasama dengan beberapa institusi kewangan bagi memudahkan urusan pembayaran balik pinjaman PTPTN melalui kaunter yang terpilih saja. Antara institusi kewangan dilantik sebagai ejen penerima bayaran balik ialah CIMB Bank (CIMB), Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Pos Malaysia Berhad dan Ibu Pejabat LHDN.

Bagi peminjam yang memilih membuat bayaran melalui kaedah ini, mereka dikehendaki mengisi slip pembayaran bil yang disediakan oleh institusi kewangan itu setiap kali ingin membuat bayaran balik pinjaman.


Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran kerana PTPTN tidak akan mengeluarkan resit rasmi bagi pembayaran yang dibuat melalui ejen, melainkan pembayaran dibuat terus di kaunter PTPTN.



  • Secara On-Line
Kaedah pembayaran lain yang disediakan adalah melalui perbankan internet. Antara institusi kewangan yang dilantik sebagai ejen bayaran balik pinjaman melalui kaedah ini ialah


Semua institusi kewangan di atas mengenakan caj antara 50 sen hingga RM1 bagi setiap transaksi dengan tempoh kemas kini selama tiga hari.


Melalui kaedah ini, peminjam hendaklah mempunyai akaun di bank itu dan seterusnya mendaftar sebagai pengguna perkhidmatan perbankan internet bank itu. Pembayaran melalui kaedah ini tidak dikeluarkan resit rasmi oleh PTPTN. Peminjam hendaklah mencetak resit yang boleh dijana oleh sistem yang disediakan bank berkenaan dan menyimpannya sebagai rujukan dan bukti pembayaran. Caj perkhidmatan akan dikenakan oleh bank berkenaan bagi setiap transaksi dilakukan bagi pembayaran melalui kaedah ini.

  • Melalui FPX
FPX ialah singkatan bagi Financial Process Exchange iaitu perkhidmatan pembayaran dalam talian yang ditawarkan bank yang turut serta dalam FPX bagi memudahkan pembayaran pinjaman PTPTN. FPX menawarkan pembayaran atas talian yang diproses secara masa nyata (real time) iaitu di mana saja dengan secara langsung mendebitkan terus dari akaun pelanggan.

Bayaran secara perkhidmatan FPX boleh dilakukan di
www.ptptn.gov.my. Peminjam boleh membuat pilihan nombor pinjaman yang hendak dijelaskan. Peminjam yang mempunyai akaun BIMB Bank, CIMB Bank, Maybank, Hong Leong Bank atau Public Bank boleh menggunakan cara ini dan caj perkhidmatan RM0.50 dikenakan bagi setiap transaksi.


  • Bayaran Terus
Bayaran balik pinjaman melalui pos boleh dilakukan dengan mengemukakan bayaran dalam bentuk bank deraf atau kiriman wang berpalang saja dan dibayar atas nama PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL. Pastikan nombor kad pengenalan dan nama peminjam ditulis dibelakang bank deraf/kiriman wang itu. Manakala bayaran TUNAI atau segala urusan berkaitan bayaran balik pinjaman boleh dilakukan di kaunter PTPTN di alamat:

One Stop Center PTPTN , 
Unit 1 & 2A, 2B Level 2, 
Stesen Sentral Kuala Lumpur, 
50470 Kuala Lumpur 

atau 

Ibu Pejabat PTPTN, Tingkat 6, 
Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, 
Damansara Heights 
50490 Kuala Lumpur.

  • Pengeluaran Akaun II KWSP
Peminjam PTPTN boleh membuat pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membayar balik pinjaman. Bagi pengeluaran oleh ahli (bagi peringkat Diploma dan Ijazah), perjanjian mestilah bertarikh 2 Januari 2000 ke atas. Bagi pengeluaran oleh ibu bapa, perjanjian pinjaman mestilah bertarikh April 2001 dan ke atas untuk peringkat ijazah, manakala bagi peringkat diploma, perjanjian pinjaman mestilah bertarikh 17 Januari 2006 ke atas. Semua syarat pengeluaran ditetapkan oleh KWSP.

p/s : harap dapat membantu korung yang tengah pening memikirkan cara nak membuat pembayaran k ..