Showing posts with label RESIPI. Show all posts
Showing posts with label RESIPI. Show all posts

10 July 2013

RAMADHAN 1 | RESEPI AYAM PERCIK DARI DAPUR DEDEQ

Bahan-bahan (kuah percik) 10 orang makan
9 ulas bawang besar merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
4 sudu besar lada mesin
400 ml santan pekat
1 sudu kecil halba
4 batang serai (diketuk)
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan air
Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan (perap ayam)
1 ekor ayam
2 ulas bawang putih
2 ulas halia
2 batang serai
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih

Cara-cara
  1. Kisar bahan-bahan untuk memerap ayam. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak.
  2. Untuk kuah, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar. Kacau sekata, kemudian masukkan air.
  4. Masukkan santan, halba, dan serai. Kacau hingga sekata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak sehingga kuah menjadi pekat (30-40 minit).
  7. Bila siap, curahkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar.

24 November 2012

DEMAM CREPE DURIAN

crepe crepe .. crepe ape ? crepe durian .. crepe durian ..
hehehe ..

sana sini .. dalam facebook dalam blog .. atas bawah .. semua duk bual pasal crepe durian .. sedap kah ? kuikui ..

iye .. ternyata sungguh sedap .. sedap sampai menjilat jari .. tak menyesal beli walaupun mahal .. eh mahal ke ? aku rasa tak mahal kot .. sebab barang-barang nak buat sekarang ni mahal dan yang paling penting .. durian tu yang mahal .. hehe .. nak yang fresh kan .. takkan nak letak yang lama .. baru lah rasa tempoyak kan ? hahaha

BAHAN-BAHAN CREPE
  • 250gm TEPUNG GANDUM
  • 2/3 biji TELUR
  • 500ml SANTAN (pakai je santan kotak)
  • 100ml AIR (mangkuk kecil)
  • 1/2 sudu teh GARAM
  • 1 sudu teh PEWARNA (ikut suka nak guna pewarna apa .. tapi lebih sesuai kaler kuning telur)
 CARA-CARA 
  1. Satukan semua bahan dlm bekas dan kacau.
  2. Masukkan dalam blender dan blend. Kemudia tapis.
  3. Sediakan kuali leper non stick.
  4. Panaskan kuali dan letak sdkt myk.
  5. Tuang 1 senduk kecil dan msk crepe. X perlu di terbalikkan.
  6. Buat sampai habis adunan.

BAHAN-BAHAN FILLING
  • Isi durian secukupnya
  • 1 cawan non dairy whippg cream

CARA-CARA
  1. Pukul whipping cream dlm mixer hingga kental.
  2. Asingkan isi durian dgn biji. Lumatkan sidikit.

CARA-CARA BUNGKUS CREPE
  • Bentangkan 1 keping crepe.
  • Letakkan whipping cream.
  • Letakkan isi durian.
  • Kemudian ttp semula dgn whipping cream.
  • Lipat crepe. Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.


JUAL .. 3 KETUL CREPE DURIAN NI RM5.50

2 August 2012

RESIPI : CoCTaiL + SuMi

assalamualaikum .. heyooo heyoo .. hehehe ..

ok adik-adik , kakak-kakak , mak cik-makcik sekalian ..

hari ni cik najihah nak kasitahu cara-cara untuk membuat coctail + sumi .. kenapa nama dia macam tu .. sebab saya punya suka lah .. hahaha ..

ok .. cik najihah start ya ..

baca betol-betol dan buat sebagai pencuci mulut ..

BAHAN-BAHAN
1 tin coctail
2 tin susu cair
2 pek sumi (ikut citarasa masing-masing)
2 senduk kecil gula (secukup rasa)
1 gelas air
1 pek ais batu

CARA-CARA
  1. masukkan susu cair dan gula ke dalam periuk .. serta panaskan sehingga gula hancur ..
  2. selepas gula hancur .. tutup api dan masukkan coctail dan sumi ..
  3. masukkan air dan kacau sebati ..
  4. siap untuk di hidang bersama ais batu .. 

ni coctail yang aku belum hidang lagi .. tapi da siap .. very easy lerr .. hehehe

* nak letak nata de coco pun boleh juga .. ikut selera masing-masing

31 July 2012

RESIPI : PaTiN TeMPoYaK

sumber gambar : pakcik google

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan patin (dipotong)
1 helai daun kunyit
1 batang bunga kantan
3 tangkai daun kesum
2 cawan air
2 keping asam
4 keping jering tua (direbus dahulu)

BAHAN DIKISAR
12 tangkai cili padi
100gm tempoyak
3 tangkai cili merah
7 sm kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :
  1. masukkan bagan-bahan kisar ke dalam periuk
  2. seterusnya , masukkan pula daun kunyit , bunga kantan , jering tua dan daun kesum
  3. kemudian , masukkan ikan , garam dan serbuk perasa secukupnya
  4. biarkan masak seketika di atas api sederhana
  5. sedia dihidangkan
* jika kuah tempoyak cukup masam , tidak perlu lagi masukkan asam keping.