Showing posts with label NIKAH. Show all posts
Showing posts with label NIKAH. Show all posts

24 July 2014

HADIAH | DARI COMPANY ROKOK DUNHILL

Assalamualaikum ..
Alhamdulillah .. Kedai deq terpilih diantara kedai yang lain sebagai SMART SHOP (pembeli rokok dunhi terbanyak daerah SETIU) .. 

Hanya 4 buah kedai di daerah setiu je yg terpilih .
Dan tauke rokok tu bagi hadiah RAYA dan merangkap hadiah NIKAH terus . Hehe ..

REZEKI ..




21 June 2014

NIKAH | PERSIAPAN KAMI YANG DAH SEPARA SETTLE

Assalamualaikum

Seriusly .. banyaknya duit yang nak diguna untuk nikah ni .. walaupun rasa macam SIMPLE dan ALAKADAR je .. tapi .. BANYAK gak duit HABIS .. 

Antara persiapan yang dah separa settle untuk majlis nikah nanti adalah :

1. Borang nikah - RM1
* Fuhyoo .. borang nikah tak hantar lagi sebab saksi sibuk .. nak ambil salinan IC tak sempat lagi .. insha allah .. minggu depan settle lengkapkan dan hantar

2. KAD JEMPUTAN NIKAH belah perempuan 1500 keping - RM600 (full payment)
* Aku tak buat 1 kad untuk belah lelaki dan perempuan sebab .. aku sanding nanti sekali dengan adik .. hehe .. kad pun simple miple je .. cukup-cukup untuk kami 2 beradik .. haha

3. PELAMIN , MEJA MAKAN BERADAP dan BILIK PENGANTIN - RM1800 (baki belum bayar RM1470)
* Pelamin 1 tapi besar jugak sebab pakat duit ngan adik .. meja makan beradap 1 set je .. simple .. sebab pakat duit ngan adik jugak .. bilik pengantin 2 .. hahaha . tak mau pakat sebab privacy . kuikui 

4. BAJU AKAD NIKAH (laki perempuan) dan BAJU SANDING (laki perempuan) , PHOTOGRAPER (akad nikah , sanding dan outdoor) , serta MEKAP (sanding , outdoor dan akad nikah) - RM2250 (baki belum bayar RM1300)
* Yang ni sendiri-sendiri .. takkan nak pakai baju sama kan ? kihkih

5. LEMBU dan MAKANAN - FREE
* Makanan nanti semua sponser dari ma ayah dan barang-barang kering untuk masak .. semua ambil kat kedai runcit sendiri je .. hahaha

6. BARANG-BARANG HANTARAN pihak lelaki dan perempuan - RM589
* Ni separuh je dulu .. ada lagi yang belum cari

7. BAJU BERTANDANG dan SHAWL MACAM VEIL - RM400 (Beli sendiri)
* Baju ni beli sendiri kat MASJID JAMEK sebab alang-alang dah g sane . haha . pasni sape nak sewa boleh la 

8. Kad JEMPUTAN belah laki 500 keping - RM350 (Full payment)
* Belah laki pun kena ada jugakkan . kot la cakap ngan mulut je . org tak ingat .. ngee ..

9. GIFT atau sisa untuk tetamu - FREE 
* Gift atau sisa tu di sponser 100% oleh mama tersayang .. 



# Lagi-lagi akan diupdate dari semasa ke semasa .. hohoho

TOTAL keseluruhan setakat ni RM5990

21 March 2013

JANGAN TAKUT NIKAH MUDA

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

"MAMAT" .. insya ALLAH sy takkan bebankan awak ..

COPY FROM http://harianislam.com/2013/01/24/jangan-takut-kahwin-muda/