7 July 2023

FOOD AND BEVERAGE

Assalamualaikum

Alhamdulillah .. Pejam celik , pejam celik dah 2 tahun kerja bahagian FOOD & BEVERAGE di tempat yang sangat tenang dan best (bagi aku lah) ..

Dari staff biasa yang takde pengalaman dalam bahagiaan ni .. aku berani kan diri untuk redah je .. mula-mula kerja tu memang menangis .. sebab penat .. hikhik . yela.. sebelum aku kerje F&B ni .. aku tauke kedai runcit .. tibe-tibe tukar bidang .. hohoho .. 

Sekarang dah up sikit pangkat .Alhamdulillah .. banyak yang aku belajar selama 2 tahun ni .. dan banyak juga pahit manis dalam bidang ni .. tapi sebab pikirkan PERIUK nasi sendiri .. dah sampai tahap ni .. syukur sangat .. 

Ok .. mehh nak bagitahu serba sedikit ..


* gambar dari google



Apa itu FOOD & BEVERAGE ?

Food & Beverage atau lebih dikenali sebagai F&B Department , adalah  bahagian menguruskan makanan dan minuman serta bertanggungjawap terhadap makanan dan minuman serta layanan terhadap pelanggan . 

Bahagian-bahagian dalam FOOD & BEVERAGE .

F&B terbahagi kepada 2 
  • Front service - merupakan bagian pelayanan depan yang meluputi bar, restoran dan juga room service. Jadi petugas di bagian ini yang akan berhubungan atau tatap muka langsung dengan pelanggan yang datang.
  • Back service - merupakan bagian belakang yang area kerjanya meliputi dapur, service bar dan juga kantin. Di bagian ini tidak langsung berhubung dengan para pelanggan

Tujuan FOOD & BEVERAGE SERVICE

  1. Menyediakan pelbagai menu makanan dan minuman.
  2. Meningkatkan kepuasan pelanggan terutama dari segi pelayanan di industri F&B.
  3. Meningkatkan reputasi hotel, restoran, dan perusahaan lain yang memiliki department F&B dalam hal pelayanan.
Hehehehe.paham tak kat situ ? Ni jela yang boleh jelaskan ..

6 July 2023

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Pagi ni aku bangun dengan penuh rasa syukur. Syukur masih diberikan umur panjang. Semoga aku boleh menjadi orang yang lebih baik dan capai semua impian, di usia yang telah bertambah usia 1 tahun lagii ..

Jika sebelum ni i am nothing, sekarang i must be something. Semangat nak jadi seorang yang lebih baik. Terus belajar dan bekerja tak kenal penat lelah karena hasil tak pernah mengingkari kerja keras.

Chayorkkkk :)

28 November 2022

BAJET KE KUANTAN | 2HARI 1MALAM

Assalamualaikum semua .. 

Alhamdulillah setelah sekian lama tak update blog .. akhirnya harini terrrrrajin nak update .. hehe

Ok .. Meh nak cerita sikit ..


Pada 23 dan 24/11/2022 haritu ada appointment ke Kuantan Medical Centre (KMC) untuk cek jari kaki yang patah semasa eksiden 30/7/2021 .. 

Hmm .. jari kaki belah kanan kesan patah tu tak boleh nak bengkokkan habis macam jari belah kiri .. dan selalu sakit2 .. Saranan doktor untuk teruskan fisio dan makan ubat saraf seumur hidup / selagi hidup ..

Ok2 dah cerita pasal diri sendiri .. berbalik pada bajet ke kuantan pula .

Bajet ke kuantan haritu dari Setiu,Terengganu saya letak dalam RM800 ..tapi ada lagi baki untuk bawa balik 😂

MINYAK RM100 (pergi dan balik)

TOL RM50 (pergi dan balik)
- Tol gemuruh - tol kuantan rm18.64
- Tol kuantan - tol gemuruh rm18.64
- Parking KCM rm3
- Parking ECM rm2
- Parking KMC rm7 (2kali parking)


APARTMENT (STUDIO ROOM) RM175.74 (2HARI 1MALAM)
- Imperium Residence (LA HOMES)
- Memang best gilerrr apartment ni SEAVIEW .. petang2 boleh tengok SUNSET ... pagi2 boleh tengok SUNRISE
- Tersangatlah rekomen




MAKAN-MAKAN RM223.85
- Jagung dan jambu rm14
- Pais patin tempoyak (BESTTTTT GILER .. first time makan terus jatuh cinta weh) rm26
- Jajang2 rm37.15
- Kenny Rogers rm66.50
- Secret Recipe rm80.20

LAIN2 RM67.50

TOTAL HABIS DI KUANTAN RM617.09


Babai 😁








14 March 2022

MYLEA APPRECIATION NIGHT 2020 & 2021

Kuala Terengganu, 13 Mac 2022- Amyle Group Sdn Bhd atau dikenali MYLEA telah mengadakan Mylea Appreciation Night 2020 & 2021 bagi meraikan para fighter (business partner), ejen-ejen dan kakitangan Amylea Group Sdn Bhd untuk pencapaian tahun 2020 dan 2021. 

Majlis ini telah diadakan di Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu. Majlis ini sepatutnya diadakan pada tahun 2020 lagi tetapi terpaksa ditunda disebabkan wabak covid-19.


Turut sama dalam pelancaran ini adalah pengasas Mylea iaitu Pn. Amylia Farhana dan En. Mohd fakhrulrazi.



Pada majlis makan malam ini juga, turut diadakan perlancaran New Packaging Dream Curve. Dream Curve merupakan minuman campuran berperisa Hazelnut Latte. Minuman ini menfokuskan penyelesaian masalah berat badan yang mana telah diberi nafas baru dengan kombinasi jus minuman detox dan meal replacement didalam satu kotak. Dirasmikan oleh Pengasas Mylea itu sendiri iaitu Pn. Amylia Farhana dan En. Mohd fakhrulrazi.



Malam ini juga, seramai lapan (8) orang telah mendapat pakej umrah bagi pencapaian jualan mereka bagi tahun 2021. Empat daripadanya kategori fighter, dua orang dari kategori ejen dan manakala dua orang lagi adalah kategori kakitangan Mylea.


Bagi kategori fighter, penerima adalah seperti dibawah:

1. Pn. Azliza Binti Ibrahim 2020- RM 1,889,639.00, 2021- RM 2,559,529.00.

2. En. Ahmad Firdaus Bin Mohamad 2020- RM 1,044,848.00, 2021- RM 
1,672,030.00

3. Hf Stylish Enterprise 2020-RM1, 607,414.80 , 2021- RM 1,430,155.00

4. En. Ahmad Zakhirie Bin Mohamad 2020 - RM 958,602.00, 2021- RM 1,112,543.00.

Manakala bagi kategori ejen, penerima adalah seperti dibawah:

1. Pn Najihah binti Yusof 2020- RM 262,421.40, 2021- RM 419,413.75.

2. Pn Wan Normalini binti Wan Ghani 2020- RM 299,119.30, 2021- RM 
279,986.64

Akhir sekali, bagi kategori kakitangan, penerima adalah seperti dibawah: 

1. Muhammad Danial Firdaus bin Mat Nasir 2020- RM 1,923,343.00, 2021- RM
754,014.00

2. Mohd Aniq Asymawi Bin Mohd Tarmizi 2020- RM 963,453.00, 2021- RM 
562,455.55




Bagi tahun 2020, hadiah pakej umrah telah diberikan berbentuk wang tunai sebelum 
ini memandangkan majlis makan malam tidak dapat diadakan dan pada malam ini
hanya diberikan reward atas pencapaian bagi tahun 2021 sahaja.

Dalam majlis malam ini juga, pada akhir majlis turut disampaikan hadiah cabutan 
bertuah bagi peraduan Gores & Menang sempena pelancaran New Advanced 
Formulation Mylea Freckles Serum yang telah diadakan baru-baru ini. Pemenang 
akan membawa pulang sebuah motosikal MW 110 dan sebuah telefon pintar. 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pemenang.



Sebarang pertanyaan boleh hubungi seperti maklumat dibawah.

Cik Mas U’dah Binti Nordin
Amylea Group Sdn Bhd
No.37 (Pt810) Grd Floor, Pusat Komersial Cabang Tiga,
Jalan Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu.
myleaskin@gmail.com
09-6222450/ 016-3744029

15 February 2022

Restoran Hentian Rehat My Family 🦐🦀🦑😋😋

Holla . meh nak oyak sikit ni , hok mana dari timur nak ke selatan atau dari selatan nak ke timur lalu kot jalan utama .. dokpun dari ganung nak ke kota bharu .. dari kota bharu nak ke ganung .. perut tu duk bunyi kriuk kriuk .. buleh la brenti makan kat restoren hentian rehat my pamily depan hospital besar setiu .. 

Macam-macam menu ada kat restoren hentian rehat my family ni .. 

Antaranya adalah menu masakan panas ala thai 🍲

“Ikan stim limau Special Masak Hatyai” ‼️‼️ 😋👍🏻

“Ikan 3rasa Meleleh-Leleh Abang Piyang” ‼️‼️😋👍🏻

“Ikan masam manis Mai Singgah Sat Sungai Tarom” ‼️‼️😋👍🏻

“Ikan Masak Dua Musin Pattani ‼️‼️😋👍🏻

“Seafood Goreng Berasap Setiu ‼️‼️😋👍🏻

“Ketam Masak Telur Masin Permaisuri ‼️‼️😋👍🏻

“Udang Celup Tepung  🦐🦐🦐‼️‼️😋👍🏻

Sutong Celup Tepung 🦑🦑🦑 ‼️‼️😋👍🏻


Lokasi : Depan Hospital Setiu

Waktu Operasi : 12.00 pm - 10.00 pm

#jomberasap
#pakatberasap
#Seafoodberasap
#My family restoran

14 February 2022

GAJI


Bila kita sebut berkenaan gaji ni,ia adalah satu topik yang sensitif.

Kadang-kadang,bila kita sudah berduit sedikit,kita seolah-olah lupa daratan dan memandang rendah terhadap pendapatan orang lain.

Kita perlu faham bahawa tidak semua orang rezekinya sama.Struggle mereka,mereka pendam sendiri.

Ada yang punya degree,tetapi memilih untuk bekerja dengan gaji RM1200-RM1500.Berusaha mencari peluang pekerjaan lain tanpa henti.

Mereka pilih untuk keluar dari kampung halaman,asal punya cara untuk dapat rezeki yang halal.

Ada yang bergaji RM1500,tetapi hidup dia terasa cukup.Walaupun tiada simpanan,dia usaha buat 2-3 kerja untuk sara hidup dan keluarga.

Kita jangan terlalu taksub menilai gaji orang lain,kita perlu faham bahawa gaji RM1200 yang datang dari sumber yang halal adalah lebih baik daripada gaji RM12000 yang datang daripada sumber yang haram.

Dan percayalah tidak semua orang yang gajinya besar itu bahagia,kadang-kadang bila sudah terbiasa dengan kesenangan,mereka seolah-olah lupa apa itu erti struggle.

Belanja boros sana sini,kedekut untuk sedekah,melabur di tempat yang haram,berjudi setiap minggu. 

Gaji besar,selera pun besar,simpanan tiada.Ini juga adalah realiti,jangan fokus kepada gaji RM1200 sahaja.

Jika hari ini gaji kita cukup-cukup makan,kita usaha untuk upgrade hidup kita.Bukan untuk kaya-raya,tetapi untuk membantu orang lain yang lebih memerlukan.

Berhentilah menilai kehidupan orang lain,berehat seketika dan berilah penghargaan kepada orang-orang yang sedang berusaha mencari rezeki halal di luar sana.

12 February 2022

TEROKA

Wallaweh .. lamanya tak menulis .. otak dah keras kejung nak perah idea .. haha

Teroka ? Apa yang dimaksudkan teroka ?

Teroka
1. membuka kawasan baru untuk dijadikan kampung (sawah, ladang), membuat sawah (ladang dan lain-lain) di kawasan baru:

menetaplah mereka di sana untuk membuka tanah, ~ hutan belantara untuk dijadikan kampung;

2. [kiasan] menyelidiki (untuk mengetahui sesuatu, biasanya yang belum diketahui lagi), menjelajah:
perasaan ~ dan mengembara tidak hidup lagi dalam jiwa pemuda kita;

Kat sini bukan nak cakap pasal yang no 1 .. haha . tapi nak cakap pasal no 2 .. 

Teroka perasaan sendiri untuk tahu kehendak diri .. nak bahagia tapi perlu buat apa .. nak berjaya tapi perlu buat apa .. bab ni yang bermasalah sikit .. sebab tak pernah nak tetap dengan keputusan .. 

Contoh 

Nak berjaya tapi masih ada penyakit MALAS .. haishhh . kadang2 tu nak gi kerja pun lemau je . hahaha . itu yang susah .. nak teroka perasaan sendiri untuk tetap dengan keputusan nak berjaya tanpa ada penyakit MALAS tu susah 😫

I lagi bab perasaan .. nak bahagia tapi perasaan NEGETIF tu memang tak boleh buang .. jadi .. memang akan ada pergaduhan dalam perhubungan akibat cemburu .. 

Sekarang ni dalam proses teroka perasaan taknak MALAS dan taknak NEGETIF .. harap2 berjaya lah nanti .. 

Chaiyorkkk 

17 May 2021

KESAN VAKSIN SINOVAC

VAKSIN .. 

Hai .. assalamualaikum .. nak share pengalaman n nak jawab sikit soalan hok orang duk tanye pasal vaksin .. 

Ramai duk tanye ambe .. 
* Sakit ke ?
* Dose ke 2 tu ado kesan dok ?

Oh ye .. ambe vaksin SINOVAC

Ok gini neh .. 

Dose 1


Dose 1 
Bagi ambe . Dose 1 dok rase gape pun .. maknenye sakning .. dok sakit langsung la op . Haha .. kesan pulok .. kalu ambe .. rase ngantuk je lepas cocok tu .. memang seharian gok tido . Kuikuikui .. pah bangun tu .. bereh lalu .. hari ke 2 ke 3 dan seterusnya memang dok rase gape pun .. kire berehla orang kate .. 

Dose 2

Dose 2
Horr .. dose ke 2 plok .. ade rase macam mok ambe kutir sikit mase kecik2 dlu .. haha . Dok sakit mane la muge ambe ni nelang .. jenis degil .. kire heroin ah ngan jarum ni .. makan ubat je ambe nakut .. cocok dok .. kesan ye plok .. ambe mase tu tugas kat PPV .. lepas cocok tu balik nak tugas .. ambe jadi ngantuk jugok .. tapi dokleh tido . Haha . Muge kije kan .. ari ke 2 ke 3 dan seterusnye sampai sekarang ni .. ambe xdok kesan gape2 doh selain ngantuk lepas cocok tu je .. 

Sini ambe cume sian ke mok cik ngan pok cik n orang2 hok mari nak cocok vaksin benarnye .. duk dengar ke buoh mulut orang kate lepas cocok tangan xleh gerokla .. lepas cocok xleh bangun la .. hok jung oyak pulok tu xkeno cocok pun lagi .. mulut je duk potpet2 . Hahaha

Tapi hor ah .. sohih berita tu dok tahu la .. muge ye atas antibodi orang . Setakat ni ambe xdok lagi la tengok berita pasal kesan covid jadi teruk2 .. setakat demam sikit2 gitu je .. 

#vaksinsinovac #myvac #vaksin

8 April 2021

NASI ARAB DULANG SUMAI HOTEL MEMANG PERGHH

Assalamulaikum .. hai hai sekmung ..sihat dok ? Pose dah tak lama ni .. ganti dok agi pose sekmung ? Hahahahaha .. 


Eh dok eh .. benornye deq nak oyak ning .. deq ritu gi sumai hotel ngan sek2 blogger semata-mata nak gi makan nasi arab dulang je hor .. 



Berbaloi sekmung .. deq dari setiu gi dengan perut kosong .. tengok nasi arab dulang .. ingat ke dok cukupan . Eh ape .. makan 5 orang pun ade lagi baki .. padahal set tu untuk 4 orang makan je .. 


Oh yeee .. lupe nak oyak ke sekmung .. sumai hotel ade buat jugok nanti buffet grand ramadhan berharga rm80 sekepala untuk 5 hari terakhir je .. makanan pulok ade 150 jenis .. wohhh sedakkk doh sekmung kan . Ajom la pakat gi bukok pose kat sumai hotel .. hor .. hok mane takleh nak mari .. sekmung buleh je suruh cod .. dokpun order dulu .. pah mari amik .. senang mesekk .. 

Selain menu nasi arab dulang .. nasi buqhori jugok ade untuk sepanjang bulan ramadhan ketgih .. meh ah pakat gi .. Bowoh nung deq ade letok sikit-sikit detail .. kot ade liur or rasa-rasa nak bowok kuarge berbuke ngan nasi arab dulang sumai hotel .. 

NASI ARAB DALAM DULANG 
pilihan ayam, lamb shoulder & lamb shank .

Tempahan Nasi Arab boleh melalui

✅ DINE IN ( 11am-8pm)
✅ DELIVERY 
✅ TAKE AWAY  
✅ DRIVE TRU 

‼️Promosi Nasi Arab ‼️
===================
Nasi, Ayam bakar, Kambing bakar, Acar mentah, Sambal tomato, Dalca
===================

Di datangkan dengan dua versi

✅SET STANDARD: Set nasi arab, beras basmathi gred premium, lamb shoulder

*✅SET PREMIUM : set nasi Arab( nasi lebih), beras Basmathi gred premium, lamb shank

* Nasi arab dulang akan dibalut dalam aluminium foil untuk mengekalkan haba panas nasi dan ayam/kambing.

SENARAI HARGA SET DULANG

‼️NASI ARAB STANDARD‼️
Set 4️⃣ orang 
✅ Nasi Arab Ayam : RM36
✅ Nasi Arab Kambing : RM56
✅ Nasi Arab Kambing & Ayam : RM48

Set 6️⃣ orang 
✅ Nasi Arab Ayam : RM54
✅ Nasi Arab Kambing : RM84
✅ Nasi Arab Kambing & Ayam : RM72

Set 🔟 orang 
✅ Nasi Arab Ayam : RM90
✅ Nasi Arab Kambing : RM140
✅ Nasi Arab Kambing & Ayam : RM120

‼️NASI ARAB PREMIUM‼️
Set 4️⃣ orang 
✅ Nasi Arab Ayam : RM44
✅ Nasi Arab Kambing : RM76
✅ Nasi Arab Kambing & Ayam : RM64

Set 6️⃣ orang
✅ Nasi Arab Ayam : RM66
✅ Nasi Arab Kambing : RM114
✅ Nasi Arab Kambing & Ayam : RM96

Set 🔟 orang 
✅ Nasi Arab Ayam : RM110
✅ Nasi Arab Kambing : RM190
✅ Nasi Arab Kambing & Ayam : RM160

‼️NASI ARAB DRIVE TRU‼️
(single pack)

LOKASI : depan parking Sumai Hotel jalan menuju ke Batu Buruk.
.
🚦Drive Thru (SETIAP HARI )
.
🔥Ayam Standard : RM5
🔥🔥Ayam Special : RM12
🔥🔥🔥Lamb Shoulder : RM19
🔥🔥🔥🔥Lamb Shank : RM30

Untuk nasi arab dulang,
Sila membuat tempahan sehari sebelum  atau sebelum 11am

Untuk pertanyaan dan tempahan Sila hubungi 

📞https://www.wasap.my/60179070163/NasiArab

📞https://www.wasap.my/60199833236/NasiArab

📞https://www.wasap.my/60145243941/NasiArab


SUMAI HOTEL APARTMENT
KUALA TERENGGANU
TERENGGANU
09-631 0099

4 February 2021

RUMAH RAKIT | TOMAN 2 RAFT HOUSE


Rumah rakit best di Tasik Kenyir.

Adoii, dah macam houseboat gayanya.

Terletak tak jauh dari jeti utama Pengkalan Gawi, iaitu pintu masuk utama Tasik Kenyir. Lebih kurang 15 minit sahaja dengan bot laju untuk sampai ke rumah rakit ni.

Berlatar belakangkan air terjun Sg Siput, Toman Raft House ini menyediakan satu percutian inap mesra pelawat.

Unik dan tersendiri, pelawat akan disediakan khemah yang selesa.. Lengkap dengan tilam, selimut dan bantal. Buka je zip pintu khemah, hambekk.. Tasik luas terbentang depan mata.

Boleh menmpung pelawat lebih kurang 20 ke 25 orang pada satu satu masa. 
Dapur, tandas, bilik mandi semua cukup tersedia.

Apa nak buat kat sini? Selain menikmati alam semulajadi, pelawat boleh berkayak di sekitar rumah rakit ni, mandi tasik atau kayuh kayak tu sampai sg Sepat. Mandi air terjun. Besttt... 

Nak bbq pun boleh. Tempat bbq disediakan.


KENAPA MESTI RUMAH RAKIT ? 
- Suasana baru dan cara baru untuk mendapatkan ketenangan di tengah tasik.
- Boleh menginap di rumah rakit dengan bilangan kecil.
- Murah dan berbaloi
- Senang dapat line internet (xperlu stress)
- Kru2 rumah bot yang ramah dan sporting
- Dekat dengan jetty utama / xperlu spend banyak masa diatas bot
-Naik kayak je nak gi mandi air terjun sungai sepat 



Aktiviti lain yg boleh dibuat di Rumah Rakit

1. Island hopping
Naik bot, pusing pusing tasik.. Tengok sebahagian dari 340 buah pulau yg ada di sini.

2. Melawat Taman Herba, Taman Orkid, Taman Rama rama.

3. Mandi air terjun Saok atau air terjun Lasir

4. Santuari Kelah Sg Petang.
Wajib lawat ni.. Pelawat boleh lihat, sentuh dan mandi bersama ikan kelah jinak.

5. Taman Negara Terengganu.
Kat sini boleh melawat Gua Bewah, tempat penemuan rangka manusia purba  tertua di Malaysia.. Bewah Man.

Melunak Trail.
Bagi peminat rentas hutan, boleh cuba trek Melunak Trail ni.. Trail yg membawa ke Pokok Melunak terbesar yang ada kat sini.

Gambar dan more story tunggu posting lain ye.. Kita cerita detail nanti..

Pakej rumah rakit ada tak ? Ehhh .. mesti la ade .. ni haaaa . Tengok bawahh .. 

 ⛺⛺⛺⛱️⛱️⛱️🚤🚤🚤🚣🏽‍♂️🏊🏻‍♀️
*BERCUTI JOMM... NAK REHAT ? NAK TENANG ? NAK LUANG MASA DENGAN YANG TERSAYANG DENGAN KEHIJAUAN ?*

MEH KITE INAP KAT UMAH RAKIT TASIK KENYIR SERENDAH *RM130 JE SEORANG* .. 🥰 🥰🥰🥰🥰🥰

 *2hari 1malam* 
RM130/pax (Free & Easy)

 *2hari 1malam* 
RM200/pax (Fullboard) 

 *3hari 2malam* 
RM210.00/pax (Free and easy) 

 *3hari 2malam* 
Rm280/pax (Fullboard) 
                   
*Pakej termasuk:*
1)Khemah yg selesa
2)Tilam
3)Bantal
4)Selimut
5)Set cadar dan sarung bantal
6)Tandas / Bilik mandi
7)Dapur
8)Alatan memasak
9)Jaket keselamatan
10)Pelampung keselamatan
11)Umpan sawit
12)Kayak double
13)Boat transfer 

Free & easy : tanpa makan 
Fullboard : 1x bfast, 1x lunch, 1x dinner @ 2x bfast, 2x lunch, 2x dinner. 

*Aktiviti lain boleh add on*

TEMPAHAN RAFT HOUSE TOMAN 2
***Untuk tempahan @ keterangan lanjut boleh hubungi : 0199474903 - jihah
www.wasap.my/60199474903/rumahRAKIT

30 January 2021

HOUSEBOAT TERBAIK DI KENYIR | RAZNA

Alhamdulillah, permulaan 2021 diberi kesempatan dan peluang untuk menikmati keunikan tasik terbesar di Asia selama 3 hari 2 malam. Terletak didalamnya 340 buah pulau yang terbentuk dari pembinaan empangan  Sultan Mahmud. Itulah Tasik Kenyir. Lebih memberi persona keunikan flora dan fauna disini saya dapat menginap dan berlayar dengan Razna Houseboat.


Razna Houseboat adalah houseboat terbaru yang mula beroperasi pada September 2020 yang lalu dan mempunyai lantai 3 tingkat berkonsepkan VIP serta eksklusif.  Pendek kata, trip kali ini bertaraf premium.

Mula-mula naik rasa jugak risaunya, dengan houseboat yang besar macam ni nak berlayar jauh ke tengah tasik yang terbuka luas. Tapi, lega hati apabila sebelum berlepas dari jeti Pengkalan Gawi, Kapten houseboat memberi penerangan dengan baik tentang keselamatan serta semua benda yang berkiatan dengan bot ini. Memang rasa selamat sangat. Kru bot yang lain juga amatlah membantu serta ramah. Memang professional mereka semua ni. Kita bagi 5 bintang.yeayyy

Razna Houseboat ini mempunyai 10 bilik, ini termasuk 1 bilik VVIP dan 2 bilik VIP yang berhawa dingin. Houseboat ini boleh menampung seramai 35 orang penginap dengan selesa. 



Antara kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di Razna Houseboat adalah seperti bilik karaoke,dapur yang lengkap dengan kelengkapan, ditingkat paling tas pula dijadikan sebagai ruang santai dan ruang makan yang berkonsep terbuka dan yang paling istimewa houseboat ini mempunyai gelongsor yang terus ke tasik serta kolam mandi untuk kanak-kanak di ruang hadapan bot. Ibu bapa tak perlu risau kerana ianya memang selamat.

Razna Houseboat juga menyediakan khidmat katering. Menunya juga sedap-sedap belaka. Penginap tak perlu nak pikir dah nak masak apa dan siapa nak masak . Dengan menu yang menarik dan rasa yang memang buat kita tertarik, insyaAllah rasa lapar tak sempat menyapa. 


Terdapat pakej-pakej menarik yang disediakan oleh Razna Houseboat seperti membawa para pelancong melawat ke tempat-tempat menarik di Tasik Kenyir seperti Air Terjun Lasir, Taman Herba, Pulau Orkid, Taman Negara Terengganu dan Santuari Kelah.

Jadi anda tak perlu risau, semua ditanggung beres. Layanan kayangan dengan harga kampung je..hehehe.

Disini saya sertakan sekali harga pakej yang razna houseboat tawarkan .. 



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:


Razna Travel & Tours


Laman Web: www.raznatravel.com


Facebook: Razna Travel & Tours


Instagram: razna.travel / kenyirhouseboat.official 

Phone No: 09 - 6226565 | 014 - 3296565 | 010 - 9222665 | 011-10609897


HQ: Lot 37756, Tingkat 1, Block A, Rimba Square, 

Gong Pak Damat, 21200 Kuala Terengganu.


4 October 2020

FOOT THERAPY MASK (Ninety88)

ANDA MENGALAMI MASALAH BERIKUT ?

* Kaki berbau ?
* Tumit kaki merekah & pecah ?
* Kulit kaki berkerak & berkaki ?
* Kulit kaki keras dan kasar ?
* Kulit kaki kering dan kusam ?
* Kulit kaki gelap dan sunburn ?
* Atau mengalami lain-lain masalah kulit kaki ? FOOT THERAPY Mask NINETY88 boleh membantu!


KELEBIHAN PRODUK
~ Stoking terapi kaki terbaik dan wangi 
~ Jimat masa dan wang
~ Ringan , mudah disimpan dan senang digunakan
~ Berasaskan bahan semulajadi serta bebas bahan terlarang
~ Hasil terbukti berkesan hanya dengan sekali penggunaan
~ Kesan pantas seawal 3hari
~ 99% testimoni penggunaan positif dan berpuas hati
~ Dihasilkan oleh kilang bertaraf GMP, mendapat kelulusan KKM dan juga persijilan SIRIM

CARA PAKAI FOOTMASK
1. Rendam kaki dalam air suam selama 5-10 minit untuk kesan yang lebih baik
2. Jika taknak rendam, pastikan basuh kaki dahulu sebelum memakai FOOTMASK
3. Buka bungkusan dan gunting FOOTMASK pada 2 bahagian (kiri dan kanan)
4. Ketatkan FOOTMASK menggunakan pelekat yang disediakan
5. Sarung FOOTMASK dan biarkan selama 45-60 minit sahaja. Kemudian buka dan bilas
6. Sila buang FOOTMASK yang telah dipakai. Jangan simpan atau ulang pakai yang sama
7. Pakai 7 hari sekali sahaja

RM22.90 je 1pasang 
Harga xtermasuk pos tau

BERMINAT ? 
Boleh roger dedeq

28 September 2020

APA ITU COVID 19 ?

COVID 19 atau CORONAVIRUS (cov) adalah nama virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-Cov dan SARS-Cov

Tanda-tanda orang terkena jangkitan COVID 19

* Demam
* Sakit badan
* Pening kepala
* Batuk
* Sukar bernafas

Pencegahan untuk elakkan COVID 19

* Cuci tangan dengan air dan sabun
* Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk
* Masak daging dan telur dengan sempurna
* Elak bersentuh dengan individu yang mempunyai gejala



24 September 2020

Nak Bercuti,Pusing Selangor Dulu

PROGRAM JELAJAH PESONA SELANGOR 2020 Edisi "Nak Bercuti,Pusing Selangor Dulu"


Alhamdulillah berkesempatan untuk menghadirkan diri dalam Perasmian program jelajah promosi Pelancongan Negeri Selangor Bukti Tourism Selangor Komited dalam memperkasa Sektor Pelancongan Domestik Pasca Pandemik Covid-19 .. 


Program semalam turut menglibatkan 9 operator produk pelancongan Negeri Selangor seperti Sunway Lagoon,Sunway Resort Hotel&Spa,Farm in the City,Chocolate Museum,Gm Klang,Sky Mirror Tour&Travel,Persatuan Homestay Selangor,Selangor Fruit Valley dan Jumpstreet Asia.


Teruja giler dapat join .. sebab selama ni dengar je selangor .. terus terpikir pusat shopping mall dan rumah mak angkat je .. hahaha .. Lepas ni .. dah boleh masukkan dalam list la untuk pergi jelajah selangor pulak .. 


Program Jelajah Pesona Selangor ini akan melabuhkan tirai untuk tahun 2020 di 
Pulau Pinang pada 7- 9 Oktober 2020. Program Jelajah yang sarat dengan initipati 
pelancongan ini dilihat mampu memberi manfaat dua hala kepada Kerajaan Negeri 
Selangor dan Kerajaan Negeri tuan rumah bagi memacu industri pelancongan Negeri 
dan meningkatkan bilangan pelancong domestik, khususnya pasca pandemik 
Covid-19.


Tuan Azrul Shah bin Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam 
sebuah kenyataan berkata, 

“Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini merupakan sebuah landasan terbaik bagi memperkenalkan Negeri Selangor sebagai destinasi percutian unggul yang sarat dengan produk pelancongan menarik sama ada yang baharu mahupun sedia ada”.

“Diharap kerjasama pintar ini dapat memberi manfaat bersama yang akan memakmurkan lagi industri pelancongan ke tahap terulung. Hal ini secara tidak langsung akan membuka peluang yang lebih luas dalam usaha mempergiat Pelan Promosi Pelancongan bagi menggalakkan lebih ramai kemasukan pelancong domestik, khususnya ke Negeri Selangor Darul Ehsan”, tambah Tuan Azrul Shah.

Seiring dengan Kempen Pusing Selangor Dulu yang giat dipromosi di laman media 
sosial rasmi Tourism Selangor seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan 
Linked
 
Program Jelajah PesonaS 2020 merupakan sebuah penambahan 
yang signifikan kepada Pelan Promosi Pelancongan Tourism Selangor kerana 
potensi besar yang dimilikinya dalam memperkenalkan Negeri Selangor sebagai 
sebuah destinasi pelancongan pilihan di Malaysia.

Apa yang lebih menarik, penglibatan operator produk pelancongan Negeri Selangor dalam Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini membolehkan sesi promosi dan pengenalan produk dilakukan secara terus kepada penggiat industri pelancongan. 

Hasil perkongsian dijangka dapat disampaikan kepada golongan sasar yang terdiri dari pelancong tempatan yang bermastautin luar dari Negeri Selangor - penyumbang kepada peningkatan ekonomi Negeri menerusi dapatan industri pelancongan.

Untuk informasi lanjut tentang inisiatif Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dan juga produk pelancongan terbaharu dan sedia-ada di Negeri Selangor, 

Layari  Laman web: www.selangor.travel
                 Facebook: TourismSelangor
                 Instagram: discoverselangor

2 March 2020

EKSPLORASI 3HARI 2MALAM BERSAMA PIHAK UMT DAN MEDIA DI TASIK KENYIR

PENGALAMAN 3 HARI 2 MALAM BERSAMA TEAM UMT . MEDIA DAN BLOGGER DI TASIK KENYIR


Alhamdulillah .. syukur diberi peluang untuk mengikuti eksplorasi ni .. first time tido atas house bot .. first time jugak pergi kenyir untuk belayar macam naik kapal star crush 😅 . Seronok





Hari pertama kami ke Pulau aman herba ..
Pulau herba merupakan salah satu pulau yang terdapat di tasik kenyir. Pulau herba mempunyai kira2 26 ribu pokok herba. Di sana kami juga boleh mencuba minum air herba dan melihat sendiri herba direneh dengan dapur kayu.







Lepas tu terus ke Kelebu ..
House bot pusat penyelidikan UMT turut dibawa untuk kami melihat dan merasa sendiri pengalaman pelajar2 yang buat penyelidikan dengan lebih dekat. Usaha berterusan martabatkan Kenyir sebagai  GeoPark.

Oh ya ..

Tahukah anda bahawa UMT adalah hanya satu-satunya universiti di Malaysia yang menawarkan program dalam bidang Sains Marin dan bidang Maritim. Kemudahan yang disediakan juga adalah bertaraf antarabangsa. Menarik lagi ia mempunyai 4 pusat penyelidikan alam semulajadi di pulau, tasik dan pesisir pantai Terengganu serta pusat simulator navigasi kapal yang pertama di Pantai Timur.



Kelebu juga salah satu port memancing dan house bot yang kami naiki berhenti kat sana untuk bermalam .. kaki2 pancing tak lepaskan peluang . Turut masuk pertandingan memancing . Ada yang dapat ikan kecil,ada yang dapat ikan besar .. hehe .. atas nasib .. dan ada jugak yang tak dapat langsung .. tapi untuk yang bukan kaki pancing .. mereka ambil peluang untuk berborak kenal2 .. berkaroke .. dan masing2 ada aktiviti yang nak dilakukan ..






Hari kedua kami bergerak ke Gua bewah dan air terjun Lasir ..
Gua bewah adalah ketinggian 578 meter dari aras laut adalah sebuah bukit batu kapur yang terletak dikawasan Taman Negara di Tasik Kenyir. Perkataan bewah dikatakan merujuk kepada aktiviti penduduknya pada zaman dahulu yang suka melakukan kenduri kendara.

Dalam Gua bewah juga terdapat kehidupan lain seperti .. kelawar .. ketam dan lipas2 ..


Air terjun Lasir menjadi sebutan ramai dek kehebatan air terjunnya yang tinggi kira2 500 kaki dan membentuk kolam di setiap tingkatnya. Manakala bagi penggemar fotografi,air terjun lasir merupakan tempat yang menjanjikan pelbagai landskap serta flora dan fauna yang indah untuk dirakam . Air terjun yang terdapat di sekitar tasik kenyir ini juga merupakan tarikan utama perlancongan.



Hari ketiga pula kami ke air terjun Sauk .

Jika air terjun lasir mempunyai tingkat 7 aras untuk mandi manda .. saok ni hanya mempunyai 1 sahaja .. keistimewaan setiap tempat air terjun ni adalah keadaan air terjun tu sendiri.



Sayangg sungguh trip kali ni tak boleh nak lasak .. 2 hari sebelum pergi .. ASMA menyerang .. tak dapat jugak nak mandi manda lama2 sebab risau sejuk2 boleh sebabkan asma balik .. hehe ..

Terima kasih tak terhingga pada pihak UMT sebab sudi menjemput untuk menyertai eksplorasi ni .. semoga ukhuwah yang terjalin ni berpanjangan ..

UMT di media sosial
Facebook: @OfficialUMT
Instagram: @OfficialUMT
YouTube: OfficialUMT
Twitter: @UMT_Official