4 January 2013

SAMUN TIGA RUMAH DALAM TIGA JAM

KUANTAN 3 Jan. - Sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang mengambil masa tiga jam untuk menyamun tiga buah rumah di sekitar bandar ini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, kes samun pertama berlaku kira-kira pukul 8.30 malam apabila empat penjenayah bertopeng dan membawa parang menceroboh masuk rumah seorang ahli perniagaan di Lorong Pelindung 33 di sini.

Pengadu iaitu Gow Jun Hor, 22, berkata, hanya ibunya berada di rumah ketika kejadian dan bergegas pulang sebaik sahaja dimaklumkan oleh ibunya berusia lingkungan 60-an mengenai kejadian tersebut.

"Suspek menggeledah rumah mangsa dan melarikan barangan kemas serta sejumlah wang tunai kesemuanya dianggarkan kira-kira RM55,000.

"Ibu pengadu tidak mengalami kecederaan namun dia gagal mengecam suspek kerana kesemua mereka bertopeng," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kumpulan suspek tersebut kemudian menyamun sebuah lagi rumah di Lorong Indera Mahkota 2/90 dekat Bandar Indera Mahkota di sini kira-kira sejam kemudian.

Tambahnya, ketika kejadian pemilik rumah iaitu seorang ahli perniagaan lelaki berusia 46 tahun tiada di kediamannya.

Kata beliau, mangsa juga menerima panggilan telefon daripada ibunya memaklumkan rumah mereka disamun.

"Suspek merampas barang kemas, wang tunai dan jam tangan berjenama dengan nilai kerugian dianggarkan RM20,000. Rumah pengadu mempunyai CCTV (kamera litar tertutup) namun penjenayah turut melarikannya," katanya.

Kira-kira pukul 10.30 malam, Aziz berkata, sebuah rumah di Lorong Tok Sira 4/2 Taman Melor di sini turut disamun sembilan lelaki bersenjatakan parang.

Bagaimanapun katanya, suspek hanya sempat melarikan seutas gelang tangan yang dianggarkan bernilai RM3,000 dan mereka melarikan diri menaiki dua buah kenderaan.

Tambahnya, polis percaya ketiga-tiga kejadian tersebut didalangi penjenayah yang sama namun masih menyiasat kes berkenaan.

Kata beliau, modus operandi kumpulan ini juga sama iaitu mengumpil pintu hadapan sebelum menceroboh rumah mangsa.

"Polis kini giat memburu penjenayah terbabit dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

7 comments:

OKje said...

Nasib tak diapa apakan... kalau boleh tak mo hilang dua dua...nk buat xam ne dh nasib...

Unknown said...

macam2

MalizaMah said...

macam2 jenayah skrg ni.

Nik said...

byk nyer diaorg rompak. jahat la manusia skrang ni

Unknown said...

dunia2.. menakutkan la sekarang..huhu

jaakechik said...

semoga kes ni cepat selesai...biar padan muka diorang tuh....

Mrs Velentine said...

menakutkan