26 January 2013

HAKIKAT INSAN

Assalamualaikum..Wbt..

Sebut sahaja tentang “ Hakikat Insan” berapa ramai pula diantara kita pada hari ini yang mengetahui tentang hakikat insan..? Begitu banyak tulisan-tulisan menarik dan hebat-hebat di blog-blog dan tak kurang juga website peribadi menulis atau membicarakan tentang hakikat insan…tetapi berapa ramai pula orang-orang yang hebat yang mengambil pelajaran atau erti hakikat insan ini..? Sesungguhnya yang menulis tetap terus menulis dan yang membaca tetap juga terus membaca..namun jika hanya sekadar baca sahaja tidak pula mengambil erti, itu hanya perbuatan sia-sia sahaja.
Pada membicarakan tentang hakikat insan ini marilah kita kaji atau renungi sedikit untuk apakah kita ini daripada tiada kemudian diadakan..? Apakah hanya sia-sia..?  Lihat pula pada firman Allahu Ta’ala ini yang berbunyi :-

( Afa hasibhtum annama kholaqnaakum ‘abasha, wa annakum ilaina la turjau’un, Maka apakah patut kamu mengira Kami hanya menciptakan kamu ( dari tiada kepada ada ) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu..? Dan kamu ( Menyangka pula ) tidak akan di kembalikan kepada Kami )

Ayat diatas cukup menerangkan kepada kita bahawa kita ini bukan dijadikan hanya sia-sia, sudah tentu ada tujuan dan maksudnya, apakah maksudnya dan tujuannya..? Sudah tentu untuk memperkenalkan diriNya. Sepert firman Allahu Ta’ala yang berbunyi:- ( Aku suka untuk memperkenalkan diriKu ). Siapakah yang bertanggungjawab mengenalnya..? Sudah tentu kitalah yang bertanggungjawab mengenalnya, tapi bagaimana..? Bolehkah kita mengenalinya..? ( Man arofa nafsahu faqod arofa robbahu, barangsiapa kenal diri maka kenal lah Tuhannya ).

( Al insanul sirruhu wa ana sirruhu, manusia itu adalah rahsiaKu dan Aku adalah rahsianya ). Sesungguhnya kita semua ini adalah rahsia ke”Wujudan “ Allah, dan bagi untuk menyatakan kewujudannya maka terlebih dahulu di tajallikan dirinya kepada “ Nur Muhammad “ yakni sifat bagi Zat, ( untuk membincangkan tentang Hakikat Muhammad ini memerlukan penjelasan yang agak panjang ), tapi disini saya tidak berhasrat untuk menjelaskan kesemuanya kerana sudah banyak  penjelasan tentang hakikat Muhammad ini di blog-blog yang lain terutama di blog Jalan Akhirat.  Kemudian di tajallikan pula ke alam “ Ruh “ seterusnya sampailah ke alam insan ( Manusia ). Nah! Inilah tanggungjawab yang dipikul oleh makhluk yang bernama insan ( Insan Kamil )untuk mengenali penciptanya, tetapi..ada tapinya..apakah makhluk yang bernama insan ini benar-benar boleh mengenal penciptanya..? Apakah bisa sampai kepada Tuhannya..? Tapi bagaimana..?

Bagaimana pula dengan firman Allahu Ta’ala ini..? ( Man ‘arofa nafsahu faqod ‘arofa Robbahu, barangsiapa kenal dirinya maka kenal-lah Tuhan-nya ). Kenal diri sebenar diri, bukan diri yang fana’ atau yang hancur binasa, kenal asal muasal dari mana kita datang maka ke situlah tempat kembali kita. Kenal diri yang mana..? Adanya kita sudah tentu adanya pencipta, berdirinya kita sudah tentu ada yang mendirikan,  melihatnya kita sudah tentu ada yang memberi penglihatan, tapi siapakah dia..? Adakah Allah..? Kalau Allah..mana dia..? Ada nama sudah tentu ada tuan-nya, tapi adakah dengan menyebut Allah itu sudah bererti itu tuan-nya..? Tidak..itu hanya nama yakni (makna ) pada Zat-nya, apakah manusia boleh mengenal  Zat-nya..? Jawapan-nya tidak..hanya Allah yang boleh mengenal Allah yakni dirinya sendirilah yang boleh mengenal  dirinya.

Tetapi mengapa manusia di per tanggungjawab kan untuk memikul rahsianya..? Kerana manusialah yang sanggup menjadi khalifah di muka bumi ini dan menanggung rahsia Allah S.W.T. Demi untuk memperkenalkan dirinya maka di tajallikan dirinya kepada sifatnya..yakni ”  Nur Muhammad “, nur Muhammad ( Sifatullah )inilah yang menanggung perbuatan Zat, tetapi itu tidak bereti perilaku zat Allah, janganlah terus di anggap bahawa apakah Allah seperti kita..?  Tidak, maksud menanggung perbuatan zat itu ialah setiap perilaku sifat muhammad itu adalah kekuasaan Allah semata-mata, kemudian di tajallikan pula ke alam insan yakni  alam zahir, Adam a.s ( afa’alullah ), diri yang zahir ini pula menanggung perbuatan qodim iaitu sifatullah ( Nur Muhammad ) semata-mata hanya untuk menyatakan dirinya wujud yang hakiki. Perilaku diri yang zahir inilah yang banyak  menampakkan kekuasaan Allah, wajah Allah.

Sabda baginda S.A.W yang berbunyi: “ Kemana sahaja kamu hadapkan mukamu disitu kamu akan lihat wajah Allah “, apakah dengan melihat wajah orang lain itu sudah bererti nampak wajah Allah..? Tidak..” Syuhudun wahid fi kasrath, lihatlah diri yang satu (Esa) kedalam yang banyak “, kemudian “ Syuhudun kasrath fi wahid, lihatlah diri yang banyak itu kedalam diri yang satu (Esa). Inilah yang dikatakan wajah-wajah Allah, melihat kebesaran dan keagungan Allah disebalik wajah-wajah yang mulia lagi suci.

Maka inilah yang dikatakan “ Al insanul sirruhu wa ana sirruhu, manusia itu adalah rahsiaKu dan Aku adalah rahsianya “   rahsia kewujudan-nya dengan maujudnya manusia yang zahir ini lagi bakal hancur dan binasa, yang kekal hanya Allah semata-mata. Hakikat manusia yang sebenar ialah diri yang qodim itu ( batin ), barangsiapa sudah mencapai martabat ini maka ia sudah menjelajahi alam Akhirat yakni ( Kekal ) dalam baqa’ billah. Tetapi, apakah ini yang di cari..?

Bukan ini yang kita mahukan..akan tetapi diri empunya diri yang tiada binasa tiada hancur dan tiada, tiada, tiada…bahkan ia bersembunyi di dalam nyata, bahkan rahsia yang di pikul tiada terbeban rasa di pikul, rahsia yang di kandung tiada rasa ia di kandung. Untuk mencapai martabat ini carilah guru “ Mursyid “ lagi ‘alim dengan pengetahuan-nya, kemudian carilah pula guru sebenar “ Guru “ baru bisa sampai kepadanya. Sekian wassalam…..

11 comments:

Unknown said...

jrang ada owg post sal ilmu hakikat ni

Unknown said...

nice

Nik said...

bagus info ni.thanks deq

Shida Radzuan said...

nice sharing deq :)

Unknown said...

nice info yunk :)

nursuriani said...

tengs for the info sayang, baru tahu jugak neh! :)

OKje said...

Semoga kita menjadi insan yang menghambakan diri kepada Penciptanya, mengikut sunnah rasulnya dan berbakti kepada sesama insankan Deq...

Mia Liana said...

thanks for sharinggg...

Anonymous said...

good sharing..org yg mengerti akn terus merasai nya dan org yg mengetahui akn terus memahaminya dan org yg mengamalkan akn terus mencapai nya.

zahrinkhalifah said...

Penjelasan begini adalah info bg mgundang minat si peminat...penjelasan syariat namanya wlaupun ceritanya hakikat..jika djelaskn lebih terperinci akan menjadi FITNAH sbb Adab ilmu itu tak mengizinkn bkn pada tempatnya..dmajlis ilmu jugalh tempatnya Adab tawasul juga mulanya..sbb penjelasan KAEDAH TAIP itu tidaklh ia brkalam sbb "KALAM dalilullah" KALAM itulah yg mnyampaikn...semakin panjang bicara semakin brdusta sbb bukan pd tmpatnya"MELETAKKN SESUATU PADA TEMPATNYA" cr lh guru yg murshid melengkapi usul fiqah tasauf bkn hakikat semata2,hakikat tanpa syariat hampa

Anonymous said...

Alhamdulilah syukur pd nya kerna telah mengerak kn sahabat utk memberikan kata2 semangat kpd yg masih mencari cari jalan kembali pd nya,erti kata lain masih Kosong lg,
Pd sya no comen sbb ia sungguh mantap sekali coretan mu yg berlandaskan kalam allah .moga diri mu sahabat kn tenang sentiasa kerna telah ketemui nya.