Cerpen Pengajaran
 Tajuk: Maafkan Isterimu Sayang 
 Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri. 
 "Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak 
keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak
 elok awak buat, itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu"
 rungut Zakri pd Nisa.
 Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik 
 bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata 
begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri 
terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. 
Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor 
Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan 
keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit 
dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi
 rungutan Zakri tadi.
 Doktor Johari menyuruh Nisa meneran 
..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari
 itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah
 keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang 
keluar itu. 
 Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran 
untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u 
got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji
 Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah 
kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran 
anak pertamanya, kembar pulak. 
 Memang Doktor Johari itu 
menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan 
girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa 
 berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi.
 Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi 
Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan 
dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan 
Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa 
berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel 
sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang 
kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu
 memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, 
gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada
 Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa 
kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
 Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung 
 anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa
 mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima 
baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. . Nisa dah 2 bulan... Nisa cuma 
kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
 Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila 
mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga 
Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat 
hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. 
 "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka 
 berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa
 pada Zakri .
 "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa 
 "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. 
 "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, 
Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang 
lain pulak Bang?" terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki 
awal, tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan 
menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan 
pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis
 dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin 
laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua 
tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. 
 "Woi, benda-benda tu 
bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak
 ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam 
kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, 
Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan
 kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku la 
dapat bini cam engkau ni" kutuk Zakri lagi pada Nisa. 
 "Bawa 
mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan 
tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis 
macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya 
tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima 
kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya 
sendiri" kata Nisa pada Zakri. 
 "Tapi Abang tak boleh hina 
keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak 
kandung saya. Mereka lahirkan saya ke dunia,"ucap  
 Nisa sambil menangis.
 Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya 
apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. 
Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut 
shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga 
pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu 
tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan 
keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa 
terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh 
lagi. 
 Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.
 Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja 
terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir 
pada waktu bersalin Nisa. 
 Kalau diminta jemput... macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa,
 perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. 
Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai
 sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik 
angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar 
dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista 
dilemparkan pada Nisa.
 Nisa tambah sedih mengenangkan diri 
Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula... bila Nisa balik ke rumah, 
mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh... Nisa sedaya 
upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. 
Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, 
masih kuat lagi emosinya. 
 Satu hari Zakri dalam keadaan marah 
telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding... 
Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak 
pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung 
Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi 
 ke sanauntuk menolong. Hari dah
 mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari 
malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi 
awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas 
pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras 
kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton.
 "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan 
nanti" desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis 
memandang Nisa 
 "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. 
 "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, 
Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang 
pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa 
kedinding. 
 Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri 
berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening 
kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, 
lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya 
 YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding
 dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam 
nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa 
minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri 
sambil teresak-esak.
 Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi 
handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je.... " Rungut Zakri yang tengah 
sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. "Hoi, Encik 
Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir 
Azlan, kawan pejabat Zakri. 
 "Alah, dia sihat je kat wad tu, 
makan tanggung berak cangkung, ha, ha, ha" gelak Zakri dan kawan-kawan 
lain. Azlan cuma berdiam diri. 
 "Senangnya hidup Zakri nie tak 
ader risau langsung pasal bini dia" cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini
 aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau... mereka 
perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak 
melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" 
Azlan mengingatkan Zakri. 
 "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah 
bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau 
lagi" jawab Zakri selamba. 
 "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, 
 sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.
 Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. 
 "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, 
datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ." 
panggilan kecemasan dari Doktor Johari
 "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. 
 "Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..." ajak Zakri pada Lan.
 "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri.
 "Alah jom ler cepat" desak Zakri.
 "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang
 serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause 
sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin 
kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan 
Zakri.
 Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri 
teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala 
Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah 
pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan 
semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri 
tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa.... baginya Nisa 
mengada-ngada.. saja buat sakit untuk minta 
 simpati... tetapi sebaliknya.....
 Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat 
dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa 
mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di 
Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke
 Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah 
beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu 
lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di 
 operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan
 tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm
 really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata
 Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
 Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, 
setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku 
pada Nisa pada setiap hari, Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,
 kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan 
Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri 
terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati 
Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh 
Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah
 yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . 
 Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"  
 Assalamualaikum. 
 Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu 
mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah 
lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar 
menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada 
Nisa. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa 
sayangnya Nisa.. 
 Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti
 kita baru kahwin... Abang panggil Nisa AYANG... terasa diri dimanja bila
 Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu
 seketika sahaja.
 Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak 
kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang... 
mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa 
pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita 
yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk 
Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan 
melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari 
ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. 
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan 
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. 
 Itulah
 hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging 
Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. 
Sayangilah mereka... Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan 
dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa 
hanya untuk Abang seorang.
 Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma
 menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah
 Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan
 mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak 
kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang 
bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat 
mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat 
Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan 
sentiasa bersama di samping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat 
membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita 
dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA 
adalah darah daging abang...
 Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan
 minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi 
menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga 
kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP 
Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga 
rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel 
anak kita bang.. Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
 orang 
dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa... 
Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa
 untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun
 Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
 Wassalam.
 Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa.
 Ikhlas dari
 Nur Nisa
 "Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih 
ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA 
ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya 
terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh 
dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI 
YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING
 SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN 
KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR
 HAYAT NISA.
 Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan 
merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi 
satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam 
kotak otaknya... setiap perbuatannya... seperti wayang jelas 
terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya... kejamnya aku... Nisa, 
Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana 
amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang 
begitu sedih atas pemergian Nisa. 
 Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam 
 pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka
 Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir 
seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta 
ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis 
dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri 
meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan 
dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali 
terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi 
mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.
 Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada
 neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya 
termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi 
biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan 
mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa 
melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas 
perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. 
 
Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya 
tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya... 
meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan... YA ALLAH , 
kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku 
pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH.... akhirnya Zakri terlelap disisi 
pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup 
dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang 
dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, 
Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. 
Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH, Zakri, Zakri bangun 
Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini 
Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak 
dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju 
ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara 
automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah 
akan menjagamu nak... kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... 
emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah 
meninggalkan pusara Nisa...
p/s : air mate aku senang bertitik lepas bace cerpen ni .. korung ? hayati lah .. ngee~
sumber : fesbook ..