4 April 2015

Kanak-kanak maut, jatuh dari tingkat dua

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat dua di kompleks beli-belah Kenanga Wholesale City Mall di sini, hari ini.

Insiden itu berlaku kira-kira 3.04 petang ketika kanak-kanak itu, yang dipercayai sedang bermain dengan eskalator, terjatuh hingga ke tingkat bawah.
    
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner (ACP) Zainol Samah berkata, kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Nurhayada Sofia Musa, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.
    
Dia ke pusat beli-belah itu bersama-sama ibu bapanya.
    
"Punca kejadian masih disiasat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Zainol berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - Bernama

2 comments:

Cik Ash said...

Takziah gak utk keluarga mangsa

Mimi Rheem said...

smlm tgk rakaman video..takut je tgk.cz x sdr2 adk tu dh jtuh ke bwh..takziah buat keluarga mangsa..